Want your
own Fotopage?












































 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 18-Sep-2008 00:09 Email | Share | | Bookmark
SWEET SOUR SIAKAP & KUIH SAGU

Sweet Sour Siakap
Sweet Sour Siakap
Padprik Ayam
Sambal Sotong Kembang
Masak air+gula+sirap rose
Masukkan sagu biji
Tuang perabih
Kacau and kacau and kacau...
Tuang dalam loyang
View all 10 photos...
Dah lama sungguh tak masak sweet sour. Elok rasanya buat sebagai lauk berbuka puasa disamping hidangan lauk-pauk yang lain...



SWEET SOUR SIAKAP
Bahan-bahan:
Ikan Siakap, dibersihkan
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar cili kisar
2 suu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
Garam Gula secukup rasa

Bahan2 potong:
Carrot
Timun
Nenas
Tomato
Capsicum

Daun bawang & daun sup

Cara-cara:
1. Ikan digaramkunyitkan. Goreng secara deep fry sehingga garing, ketepikan.
2. Tumis bawang2 dan halia. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan semua sos
dan garam gula. Kacau rata.
3. Tambah sedikit air agar tidak terlalu pekat.
4. Masukkan semua bahan2 potong. Kacau seketika, tuang ke atas ikan. Tabur dengan daun bawang dan daun sup.


Buat juga kuih sagu ni tapi yang lawaknya tak teringat yang kelapa tak ada. Akhirnya bila dah siap diloyangkan, simpan ajelah dalam peti ais. Esok harinya baru cari kelapa untuk menyalut kuih sagu ku ini...



KUIH SAGU
Bahan-bahan :
1 cawan biji sagu, disiram air dan toskan
4 - 5 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan Cordial Rose Syrup F&N (Brand lain pun ok )
Kelapa muda parut secukupnya

Cara-cara:
1. Masak air bersama sirap rose dan gula hingga larut.
2. Masukkan biji sagu dan kacau sehingga biji sagu kembang.
3. Tuangdalam loyang dan sejukkan sebelum dipotong.
4. Hidangkan dengan kelapa muda parut.

Kuih sagu ni ada jugak yang panggil Bronok . Rinn pun baru tahu sebenarnya. Cukup sesuai untuk hidangan berbuka puasa kerana terasa sejuuuuuuuuuk aje bila lalu kat anak tekak. Tambahan pulak dalam kes Rinn kali ni, kuih sagu terpaksa dipetisejukkan semalaman akibat ketiadaan kelapa parut. Lenkali check dulu naaaaaaaa....kalau nak masak apa-apa. Nanti dah siap buat itu ini..alih-alih tak cukup satu dua bahan !!! Tak ke susah...Kalau omitable tak pe, ni kuih sagu togel tanpa kelapa parut.....ooohhhhh, tak sanggup aku melihatnya


wui semua nampak sedap ... bleh suruh isteri masak nihhh .... baguih + tabik spring coz tak kedekut ilmu .... bleh panggil CIKGU MEMASAK pasni tak pun CHEF SELEBRITI Fri 10-Oct-2008 02:40
Posted by:asfax asfa8184@yahoo.com  - [Link]
Assalamualaikum K.Rinn...wahh hebat menu ni...kene cube..anyway salam perkenalan dari Fiza from Manchester..Selamat hari raya dan maaf zahir batin.. Fri 10-Oct-2008 17:51
Posted by:Fiza Azree  - [Link]
slmt hari raya..
kuih sagu tu suka mkn..
tp lom pernah try buat sendiri..hehe..
Sat 11-Oct-2008 03:52
Posted by:srsfeqah  - [Link]
View all 73 comments Add comment


Friday, 12-Sep-2008 07:03 Email | Share | | Bookmark
NASI KEBULI & DAGING BAKAR

Tumis bahan kisar
Tuang santan
Masuk beras
Biar masak
Kacau gembur
Siap utk dihidang
View all 9 photos...
Bukan Nasi Kena Buli ya.. . Biasa dengar sebelum ini tapi tak pernah lah mencubanya. Kali ini tergerak hati nak memasaknya utk berbuka puasa..




NASI KEBULI
Sumber : Buku Resipi Tradisional Keluarga

Bahan-bahan:
2 pot (tin susu) beras
1/2 biji kelapa, diambil santannya semangkuk
1 senduk minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaha
1 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis

Bahan-bahan tumbuk :
1/2 sudu makan ketumbar
1/2 camca teh jintan putih
1/2 camca teh jintanmanis
1 sudu teh lada putih
1 inci halia

1 biji bawang besar, dimayang

Bahan-bahan tabur atas nasi :
Telur dadar
kacang gajus
kismis
bawang goreng
Daging Bakar

Cara-cara:
1. Basuh beras dan toskan airnya.
2. Panaskan minyak sapi dlm periuk, tumiskan bawang besar, rempah2 dan bahan kisar.
3. Bila telah agak garing dan naik bau wanginya, masukkan santan secukupnya. Biarkan
mendidih, masukkan beras. Kacau seketika.
4. Biarkan nasi tanak dan kering.
5. Setelah nasi masak, hidangkan dengan bahan2 tabur.

Resipi daging bakarnya terlalu mudah. Cuma diperap dengan garam dan kunyit. Tapi terlintas di hati nak perap daging dengan rempah ala-ala satay...baru ada rasa !!!

DAGING BAKAR

Bahan-bahan :
1/2 kilo daging

Kisar :
2 inci halia
2 biji bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 batang serai
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan puith
1 camca teh ketumbar
Garam & Gula secukup rasa
Air asam jawa

Cara-cara:
1. Potong daging ikut suka.
2. Kisar semua bahan dan perapkan daging.
3. Bakar daging dan sesekali renjiskan lagi dengan lebihan bahan perap.





Sepatutnya daging bakar ini akan kelihatan seperti satay tetapi oleh kerana hari hujan dan rinn pun malas nak set-up tempat pembakar arang, maka rinn bakar aje dalam oven. Kurang kick sikit dari segi rupa sebab tak de hangus-hangus kesan pembakaran pada daging dan daging pun nampak kering aje...walaupun begitu rasa mmg rasa satay.

Sebagai pengapit nasi, rinn buat juga jelatah yang mudah dan air asam utk pencicah daging juga tidak ketinggalan.



Oh ya, Nasi Kebuli ni ada kombinasi rasa nasi minyak, nasi tomato, nasi lemak dan nasi planta...pening ????


uih sodap Fri 26-Sep-2008 04:24
Posted by:kepaladesa ketuakampung09@yahoo.com
kalau kenduri kawin rinn leh masak tak?
kalau boleh satu kepala rm berapa?
Fri 26-Sep-2008 04:25
Posted by:kepaladesa ketuakampung09@yahoo.com
salam kak rinn...
selamat hari raya..
maaf zahir batin...
err sedaplaaa kuah kacang ibunda akak...
wat tuk raya aritu mmg marbeles mkn menjilat jari!!
Thu 9-Oct-2008 07:49
Posted by:shima  - [Link]
View all 45 comments Add comment


Sunday, 7-Sep-2008 00:21 Email | Share | | Bookmark
BBQ RAMADHAN

Perap apa yang patut
Ayah memulakan bara api..
Testing..testing
View all 17 photos...
Puteri-puteriku pulang lagi dari asrama. Along request nak makan keli bakar. Kesudahannya..dari keli bakar dah bertukar menjadi BBQ kecil-kecilan. Pergi pasar pun dah agak suntuk masanya, jadi grab aje apa yang sempat..ikan keli, ikan kembung, udang, sotong, ayam dan sausages. Dear hubby pun pulang awal dari kepergiannya..tawar diri untuk memulakan bara api dan seterusnya jadi tukang bakar kehormat. Rinn sibuk menyiang dan memerap apa yang patut untuk dibakar.

Alhamdulillah, sempat menyempurnakan semuanya elok-elok beberapa ketika sebelum azan maghrib berkumandang. Jom..ber BBQ dan menikmati BBQ !!!



Nak tau apa rinn perap bahan-bahan BBQ dengan apa??

Campur-gaulkan semua ni, ikut banyak mana bahan BBQ :

- Cili kisar
- Sos Tiram
- Kicap cair/kicap manis
- Jus limau kasturi/lemon
- Sos Cili
- Sos lada hitam
- Madu
- Serbuk kunyit
- Bwg Merah, bwg ptih dan serai kisar
- Garam & Gula secukup rasa.... Bulan posa jgn rasa ekkk...




Alamak..gambar udang terlepas pandang pulak. Ni mesti gara-gara sibuk mengipas asap. Hmmmm...tak pe lah. Kita bubuh gambar sotong...



Gembira sebab dapat tunaikan hajat anak-anak nak makan ikan keli bakar yang akhirnya dah jadi mini BBQ. Mulanya nak bakar diluar rumah..tapi tetiba pulak hujan. So, kena bakar dekat depan pintu dapur ajelah. Habis berasap dalam rumah. Hingga ke waktu bangun sahur pada pagi esoknya..masih kekal bau BBQ satu rumah...

Seekor stray cat yang entah dari mana asal-usulnya pun tetiba muncul nak berBBQ sama. Dah rezeki diaa....



Quote:
1.Roszana : Selalunya 2 minggu sekali anak2 balik dari asrama. Masa tu riuh-rendah lah rumah...paling sonok, time makan-makan laaa Eh..tak pernah lah pulak cuba bubuh aiskrim soda. Menarik bunyinya....
2.amal5041 : BBQ ni bukan boleh buat selalu... Nanti ganggu jiran2 pulak dengan asap dan bau heh heh... Haaiii, tak jemu ke anak2..hari2 pekena lauk yg sama???
3.unnamed : Haa....kena lah bbq sendiri !!!
4.zai kulim : Ha Ha Ha...kira jam mcm budak2 pulak zai ni !!!
5.dapurimpian : Biasalah..hari2 pekena masakan kawah, bila balik umah ada aje requestnya budak2 tuuu !!
6.mama ezan : Nak membesihkan dan basuh2 tu yg mama nya malaaaaas sgt nak buat !!! Tambah2 bila perut dah kenyang
7.min472 : Krinn kalau tak ramai orang kat rumah ni..bakar dlm oven aje...tapi kurang 'kick' la kalau banding dgn bakar atas bara api !!
8.zaiy : Nyamuk memang hilang habis...tapi kucing pulak yg datang !!!
9.syazwaniadnan : Haaa...ujung minggu ni boleh lah wani pulak berBBQ...
10.ah mat gebu : goda tekak tak pe che mat..jgn goda yg lain
11.MaMaAiNa : Sakan sampai berasap satu taman !!! Ya ya...hepi sokmo !!
12.Mohd Azhari Azizan : Silap2 boleh bukak khemah depan umah...jual ikan bakar
13.jeff : Baru nak masuk minggu ke 2.....Perjalanan masih jauh tapi terasa cepatnya masa berlalu. Tau-tau dah raya
14.Aliza : Bila dah terasa nak buat..kena buat terus. Kalau dok contemplating...sampai bila pun tak buat !! Heh Heh.. orang kaki off-road, mmg suker benor lah dia bab-bab membakar nii !!!
15.ibu darwish : waalaikummussalam. Haa....kalau dah teringin, kenalah masak atau pi carik kat PaRam tuuuu...
16.chek yam : Waalaikummussalam. Memang pun...tu yang bakar depan pintu dapur. Kalau tak hujan..sure lagi meriah membakar di luar rumah. Mmg ada gak segelintir yg tak makan keli nii... Sila-sila...
17.chek yam :
18.cak : Daging kalau, nak kena perap lama sikit. Kalau pi Giant boleh lah carik yg dah siap marinated tapi tak sempat. Belasah aje apa yg ada. Hanya yg pernah dok hostel aje yg paham betapa winduuunya dgn masakan rumah....
19.jeema : Boleh saja....
20.Lee Lin : Beli aje...bukan nak kena bakar pun. Tak sempat kalau Lin nak bakar membakar lps balik keje...!!!
21.nurmuzlina : Panas-panas lagi dari tempat pembakaran....
22.mrs apple : Heh Heh Heh.....sape suruh jenguk dapur krinn time-time ni ! Haaa...kan dah teringin !!
23.amy : Salam Ramadhan amy. Ilmu yg secebis ini..silalah kalau sudi
24.aishah@ummiaqil : Dah anak2 request...kena lah layan jugak !!!
25.MaDiHa : Haaa...cubalah duluu. Kalau pekena keli yang dibakar..lagilah sedap !! Isi dia lembut sungguh.
26.bibu@wilda : Dah anak-beranak ramai...kira kecil-kecilan jugaklah !!
27.srsfeqah : mini lah tuuu...sebab dgn anak-beranak jer. Waahh...ada ucapan ke??? Nanti krinn pi... tq.
28.hafifi atapnipah :
29.zany : Kat depan Tmn Kempas rumah Krinn tu mmg ada wet market kat tepi jalan. Ikan keli sentiasa ada. Fresh lagi, masih hidup. Kat pasar malam Tmn Kempas pun ada. Kalau area zaby...pi Giant aje lah. Kalau tgh musim mmg sentiasa ada.
30.kakliza : Dah anak2 request, kenalah tunaikan. Oikkk....ada homework lagi ke cikgu ????
31.mesya : waalikummussalam.



wah meriahnyaaaaaaaaaaaaa Sat 13-Sep-2008 02:42
Posted by:Ida isk merpati66@gmail.com  - [Link]
Rasanya, kalau mama berada di kawasan Rinn tu kan, Rinn bukan hanya ada tetamu stray cat tau, stray orang pun ada tau... tapi stray orang yang sorang tu, dia demand udang bakar dan sotong bakar je. Keli bakar, no play.... Sun 14-Sep-2008 04:40
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
kak rinn........ sedapnya BBQ....... paling syok tgk sotong tula..... perut dah berbunyi ni.... blm pukul 10pagi lagi.. .hmm... Tue 16-Sep-2008 01:55
Posted by:kamalina a.k.a aimi  - [Link]
View all 51 comments Add comment


Wednesday, 3-Sep-2008 22:35 Email | Share | | Bookmark
Daging Kicap Pedas & Hati Ayam Goreng Kunyit

Daging Kicap Pedas
Hati Ayam Goreng Kunyit
Hajatnya nak masak Daging Masak Merah tapi dek kerana jengkel dengan warna gravynya yang kurang menyerlah kemerahannya maka Rinn telah memasukkan kicap ke dalam masakan ini... . Tak pelik sebenarnya sebab ada juga resipi yang sebegitu. Cumanya, masakan kicap ini agak pedas kerana Rinn menggunakan sejumlah cili kering yang banyak..



DAGING KICAP PEDAS

Bahan-bahan :
500gm daging lembu, di hiris nipis

Bahan kisar :
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
2 inci halia
dua batang serai
lengkuas
20 tangkai cili kering

2 inci Kulit Kayu manis
3 kuntum Bunga Lawang
3 biji Buah Pelaga
3 kuntum Bunga Cengkih

2 keping asam gelugor
5 sudu makan kicap manis
Garam & gula secukup rasa


Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar dan rempah2. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk. Boleh tambah air dalam proses melembutkan daging itu.

2. Bila daging sudah lembut, masukkan asam gelugor. Masukkan kicap, perasakan dengan garam dan gula.

Lauk ini memang pedas sebab Rinn tak rendam lama cili kering tu..tapi semua suka terutamanya Acik Alya. Dua hari dia belasah makan lauk ini. Angah dan Along yang tak sempat merasa kerana petangnya sudah kena pulang ke asrama.. Tak pe nanti mak masak lagi ya...





Lagi satu lauk pilihan di rumah ini adalah hati ayam. Seringkasnya dimasak begini...


HATI AYAM GORENG KUNYIT

Bahan-bahan :
Semangkuk hati ayam
Sebiji bawang besar, dimayang
2 biji bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk
1 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk kari
1/2 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang2 dan halia.
2. Masukkan hati ayam serbuk kunyit dan serbuk kari. Kacau rata, biarkan masak. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Masukkan asam gelugor dan daun kunyit yang telah dihiris kasar. Kacau rata.

Dalam rumah ni biasanya berbuka puasa dengan makan nasi dan lauk-pauk. Macam makan tengahari atau makan malam. Jarang sekali makan seperti laksa, mee atau beehoon. Kalau ada pun ianya dibuat sebagai juadah sampingan. Masing-masing lapar nasi... . Minuman semesti yang panas atau suam. Sesekali bila teringin, adalah air dingin...



Quote:
1.Lee Lin : Tu diaaa ehh...ngira jam mcm budak kecik puasa !!
2.zaiy : Biasa aje tuuu...
3.Haniss : Ni lagi sorang..tukang kira jam sampai nak bukak posa !!
4.tinikass : Ayat orang utara..walaupun kakrinn bukan asal sini heh heh...
5.mummyjam : Makan hati ayam tak pe..jgn "makan hati" udah lah....
6.House of Hazienda :
7.chek yam : Waalaikummussalam. Lapaq nasi jugaaaakkk...heh heh heh.
8.wawa salwa : Iye ke..??? Isshhh...Selalunya tgk org Melayu yang masak style gituu..
9.Aliza : Jangan menolak dah laaaa.....
10.Bonda RaqynR : La nii...dua-dua orang dah jauh. Mama pun dah pindah opis Penang...Hah Hah...rugi rugi...tapi anytime kalau lalu SP..singgah lah, kurang2 pun ayaq kosong segelas !!!
11.Mimie Azrin : Mcm tu lah anak mama...lepas ni boleh jamu mama Mimie pulak..
12.rozamy : Goreng ni tak bnyk pakai minyak..so kes letup-letup tu tak de lahhhh..
13.Sabrina : Lamanya Sab tak mucul !! Kakrinn kalau rasa lambaaat sgt nak defrosr daging dlm preezer..krinn pi pasar beli lain !! Lawakkan... ..Pasar kat depan taman jer. Dah jadik ke donut suria tuu ???
14.bibu@wilda : Payah gak nak cari kalau kat gerai atau bazar ramadhan.. Masak sendiri jer laaa...
15.baipower : Salam Ramadhan buat Bai. Sesekali..kenalah meriah sikit. Biskut raya??.. apa pun tak sentuh lagi
16.ina_saly : Salam ramadhan lina. Ni saja lah tunjuk bagi ina teringin nak masak.. or teringin nak pi carik aje !!
17.aishah@ummiaqil : Waalaikummussalam. Menu biasa aje tuu....
18.hanizura : Haaa..kena pi masak lah kalau mcm tuuu !!!
19.jeff : Kena tabah bro..kalau tak, lingkup !!!
20.maklang : Tu laj pasal. Kekadang cili kering ni tak tentu, kena yg merah elok..canntikkk aje warna masakan. Kalau tak elok..potong stim aje !!!
21.farah : Salam Ramadhan farah. Ishhh...tak perlu takut2 nak tinggal comment, bukan kena duit pun Tq sudi jenguk dapur krinn. Silalah try mana2 resipi yg berkenan di hati ya.
22.kamalina : waalaikummussalam Aimi. Lain tekak lain seleranya..krinn ni pulak dulu2 mmg suka dgn kelempung tapi sejak kena gatal2 bila makan..terpaksa pantang Hu Hu Hu...rugi dah satu nikmat makan !!! Masakan hati ni kalau campur mempedal ayam sekali pun sedap..tapi dah tekak aimi reject..sedap mcm mana pun sure reject gak ye..tak pe 2.
23.MaDiHa : KakRinn kalau nak cepat pun skip semua rempah2 tuu...Biasalah, main campak2 apa yg sempat !!
24.Mamasya : Salam Ramadhan Mamasya. Boleh saja kita pelbagaikan masakan utk suit selera kita. Yaaa....cari nasi & lauk jugak !!!
25.Yati yadami : Sudah tentu boleh... Oiikkk, dah cerita rendang raya ni !!!
26.ida isk : Silap-silap tengok ayam lalu pun nampak mcm ayam golek
27.kak jie jie : Kat umah Rinn no prob, semua suka makan hati ayam esp kalau masak mcm ni.. Akak try laa resipi ni..manalah tau boleh membuka selera anak2 & suami..
28.nani lannieacu :
29.Mohd Azhari Azizan : Hmm.... kurang minum air tuu !! Or...terlebih minum ayaq ais apaaaa...!!!
30.Belajarbahasacina :
31.putrimlm : Haa....tak tau, kenalah tuan puteri pi carik sat lagi !!!
32.naz : Waalaikummussalam, Sesekali pekena ok kot....heh heh heh.
33.F&Z : Kalau 'makan hati' selalu parah kak fazi ooiiiii....


Salam kak Rinn, selamat berpuasa..amboii menu berbuka semua mengancam tekak betul..!!! Sedap nampak b