Want your
own Fotopage?






 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  9  10  11  12  13  14  15  [16]  17  18  19  20  21  22  23  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 1-Jul-2009 01:15 Email | Share | | Bookmark
RICH CHOCOLATE MOIST CAKE

 
 
Tak ingat dah ni resipi CMC yang keberapa Rinn cuba. Terlalu banyak sumber. Hakikatnya, selembap-lembap kek ni pun orang suka. Tak henti-henti beli, buat dan makan. Kalau orang yang lembap, sure tak jadi pujaan. Menakjubkan sungguh "makhluk" yang bernama CMC ni ya, tak kiralah kepada yang minat coklat atau sebaliknya. Resipi dan bahan-bahan tidak banyak beza. Pada Rinn setiap kali kita mencuba resipi CMC baru atau ulangbuat resipi pilihan, sukar rasanya untuk dilepaskan tanpa memakannya melainkan kalau kek itu bantat atau hangus !!! ...atau pun kalau ianya bukan rezeki kita..


Resipi dari zack ini Rinn buat dua kali bulan lepas. Sekali masa harijadi Angah Dania dan sekali lagi untuk Acik Alya hadiahkan kepada guru kelasnya sempena harijadinya. Kek sedap tapi highlight kali ini adalah toppingnya.






RICH CHOCOLATE MOIST CAKE
Sumber : Zack

BAHAN A:
170gm butter
300gm gula castor
3 biji telur

BAHAN B :
2 tsp serbuk nescafe segera
1 tbs air suam
1 tsp esen vanilla
1 tsp choc emulco

BAHAN C :
225gm tepung gandum
65gm serbuk koko
1/2 tsp garam halus
1 tsp soda bicarbonate
1 1/2 tsp baking powder

180ml air sejuk dari petiais

CARA-CARA:
1. Gunakan mixer dengan kelajuan tinggi, putar Bahan A sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu demi satu dan terus putar.
3. Campur sebati semua bahan B dan titiskan ke adunan butter tadi. Putar seketika dan hentikan putaran.
4. Ayak Bahan C. Masukkan berselang-seli dengan air sejuk bermula dengan tepung dan berakhir dengan tepung. Gunakan spatula untuk mengkaup balik adunan. Jangan putar.
5. Alas dan gris loyang bulat 9". Bakar pada suhu 175 darj cel selama 40min atau sehingga kek masak.


TOPPING
1 tin susu pekat
90gm serbuk koko
100ml minyak jagung atau butter cair
1 tsp esen vanilla

Di dalam periuk, panaskan susu sebentar di atas api kecil. Ayakkan serbuk koko ke dalam susu, terus kacau rata. Masukkan minyak/butter cair dan vanilla. Kacau sehingga rata dan berkilat, lebihkurang 5 minit. Biarkan suam baru tuang atas kek yang telah sejuk. Hias ikut suka.


Ok, topping ni sesuai untuk mereka yang kehabisan whipping cream di dapur. Selalunya topping begini kita guna cooking choc, whipping cream dan butter cair. Bagi mereka yang jarang-jarang buat kek coklat mungkin tak simpan whipping cream dlm petisejuk kan. So, silalah guna resipi yang menggunakan susu pekat ini. Pasti tak mengecewakan. Ia juga tahan beberapa hari walau hanya di letak pada suhu bilik....





Quote:
BACK BY POPULAR DEMAND
DOUGH BOARD AND ROLLING PIN SET
Size : L40cm x W27cm x H3cm
Weight : 2.8kg
Material : Solid Wood
Feature : Roll out dough evenly, uniform thickness of 1cm height of cookies or other pastries.
Price : RM100 including postage
Courier service : Kangaroo Worldwide Express
Get your set today while stock lasts. Contact me at nazhatulrinna@yahoo.com. Limited stock. First come first serve basis.



Monday, 29-Jun-2009 08:12 Email | Share | | Bookmark
MANGO YOGHURT CHEESE CAKE

Mango Yoghurt Cheese Cake
Dah lama tak buat cheese cake. Kali ni Rinn buat sesuatu yang mudah dan ringkas untuk dimakan seisi keluarga. Dear hubby pun baru balik dari outstation setelah hampir dua minggu berpergian hi hi hi.... .



MANGO YOGHURT CHEESE CAKE

Bahan-bahan:
250gm cream cheese
200ml yogurt berperisa mango
2 tsp jus lemon
3 tbs tepung gandum
2 biji telur
90gm gula castor

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese sehingga kembang.
2. Masukkan kesemua bahan-bahan lain dan terus putar hingga sebati.
3. Alas loyang 6" dan tuangkan adunan. Bakar pada suhu 165 darj cel selama 45min.
4. Selepas 30min tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan kek hangus.
5. Biarkan sejuk seketika pada suhu bilik. Sejukkan di dalam petiais untuk beberapa jam.


Untuk mempelbagaikan rasa cheese cake ini, kita boleh tukarkan yoghurt tersebut kepada perisa yang kita kehendaki. Ada banyak di pasaraya, yang dalam cup 140ml tuuu . Perisa strawberry, peach, mixed fruit, kiwi,orange, blueberry dan lain-lain lagi. Oleh kerana cheese cake ni tidak naik bila dibakar maka dinasihatkan janganlah guna loyang yang besar. Nanti cheese cake akan kelihatan nipis..macam cheese cake Rinn ni . Kalau nak guna loyang besar, silalah gandakan adunan...macam biasalah.





Selamat Mencuba !!!


Friday, 19-Jun-2009 04:20 Email | Share | | Bookmark
SONGKHLA REVISITED KALI KE 3, 2009

Songkhla Aqua
Jom! Jom!
Keluarga kawan..
View all 75 photos...
Iye... akhirnya Rinn gagahkan diri jugak untuk memasukkan entry. Sebenarnya Mac Book ni dah terlebih makan. Sebab tu dia meragam sakit perut. Terlampau banyak sangat simpan gambar sampai hdnya pun marah. dah transfer sebahagian ke ext hd pun dia masih meragam sekali-sekala. Dah consult my IT Doctor aka my adik lelaki yg kawen ari tu... tapi susah sembang online sambil nak troubleshoot. Nantilah bila-bila jumpa boleh suruh dia rawat. Ennnntahlah! (Meminjam perkataan favourite sibongsuku Marisa... )

Ok..cerita kali ini pasal kami menghilangkan kebosanan dengan bertemu rakan-rakan binatang yang menetap di Songkhla pada cuti sekolah awal Jun lalu. Kali ketiga dah ni. Ada permintaan untuk jadi pemandu pelancong. Dan setiap kali itu jugak ada kegembiraan yang rakan-rakan binatang hadiahkan kepada kami. Seronok sampai lupa segala masalah !!



Kali ketiga ke Songkhla tapi pertama kali jejak kaki ke aquariumnya. Di depan pintu masuk ni. Walaupun koleksi ikan-ikannya lebih kurang seperti di mana-mana lain aquarium tapi ada dua tiga species yang agak menggelikan hati bila ditengok, contohnya "boxfish" bukan boxhousestudio ya..



Kebetulan masa kami tiba ada pertunjukan "suap-menyuap" makanan ke mulut ikan-ikan dan penyu-penyu. Tak sangka ikan-ikan dan penyu-penyu itu boleh dibelai-belai kepalanya. Of course oleh penyelam profesional itu. Kita-kita yang kat luar ni boleh tengok dan simpan rasa keterujaan untuk melakukan benda yang sama. Lesen selam ada ka you all ???



My dearest yang pantang jumpa outdoor activities macam ni. Mesti dia nak main. Kebetulan ada circuit kat luar aquarium tu. Ni adegan kejar mengejar dia dengan seorang budak Siam. Ingatkan budak tu sekadar pengunjung biasa. Tapi setelah disoal-siasat mengenai ke"terror"an dia sampai si hubby sukar memintas, rupanya dia memang pemain go cart yang dilatih untuk berlumba ..Patutlah sampai habis 5 round dia masih steady di depan...( Bayar RM60=600bath utk 5 laps aje ye...) Hubby dengan selambanya tambah sendiri 1 extra lap semata2 nak potong budak tu!! Mujur berjaya..kalau dak mau kena tambah lagi 600bath !!! Kami kat tepi gelanggang dah macam POM POM girls bersorak-sorai



Seronok dengan zirafah yang seekor ini. Dia cukup mesra pelawat terutamanya muka-muka kami yang mungkin dia masih ingat . Dia tak mau makanan harian aka kangkung yang ada disediakan. Sebaliknya lebih mengejar rumput dan lalang yang kami cabut dan sua kan padanya. Hmmmmm..... binatang pun tahu menu yang patut dipelbagai.




Orang sibuk nak pegang kepala zirafah dan bagi makan, yang dear hubby dan Alya pulak sibuk tarik ekor kak pah ni !! Tapi kak pah tak kisah pun. See.... betapa baiknya kak pah ni.




Terlalu cute untuk tidak diambil gambarnya. Dulu pun rasanya gambar dia paling banyak kami ambik. Tapi dia ni ganas sikit. Mesra pelawat tapi hati-hati jangan sampai kena patuk !!!!




This one adalah highlight of the day. Kat Malaysia pun seumur hidup pi berkunjung ke Zoo tak pernah dapat peluang untuk mendukung anak orang utan. Di Bukit Merah pun tak de peluang nak pegang gang-gang orang utan ni. Kat sini jodoh rupanya . Anak orang utan modern..pakai diapers lagi !!! Ada juga botol susu dan endoi kain yg diikat di pokok untuknya.
p/s : Hari ini 20hb Jun 2009 adalah besday Angah yang ke 14. Tadi dah pi antar Choc Moist Cake dan Pulut Kuning serta kari ayam etc etc ke asrama. Selamat menjamu selera dengan kenkawan. We love you Angah



Kita pun tak lepas peluang. Infact gang-gang kami semuanya dapat mendukung sikecil ini. Ada gak yang takut dan geli-geleman. Anak orang utan tu ok. Mungkin sebab dia dah biasa dibesarkan dengan manusia. Mak bapak dia tak der kot.. Lupa nak tanya keeper dia.




Dah tak ingatlah binatang ni nama apa. Nampak macam musang tapi definitely bukan. Ada 2 ekor yang diletakkan di luar kandang, dibiarkan bergayut di dahan pokok. Yang menariknya kedua-duanya maintain bermain dan bergayutan di tempat yang sama. Tidak ada percubaan untuk melarikan diri. Sesiapa yang berani boleh bagi makan. Sapa yang tak berani tengok aje dari jauh. Nampak ganas jugak tapi cute..




Kat tepi pantai Songkhla ni ada dua kejadian yang kena sumpah jadi tembaga . Satu ikan duyung dan satu lagi kucing, tikus dan bola emas. Tak baca pun cerita rakyat di sebaliknya. Mujur kucing tu tak kaler oren. Kalau idak maunyer si kucingorengemok nangih-nangih nak pi Songkhla.


Sebenarnya banyak lagi gambar tapi dah tak larat dah nak bergaduh dengan Mac ni. Ni pun entah bila pulak dapat ke udara semula. Rinn mintak maaf ye kerana membuat semua tertanya-tanya. Yang tak tanya pun tak pe sebab Rinn sekadar nak bagitau. Resipi tertangguh pun ada lah jugak... Nanti-nantilah ye. Jumpa lagi....





Sunday, 31-May-2009 05:39 Email | Share | | Bookmark
KEK KUKUS BERINTI DAGING

Inti dan bahan tabur
Putar gula, telur & garam
Kaupbalik tepung
View all 10 photos...
Bila Rinn lihat resipi ni terus teringatkan resipi Apam Kukus Berinti Daging yang Chef Tania tunjukkan semasa sesi demontrasi ketika lawatan Rinn, Mamazieza dan rakan2 lain ke Singapore pada hujung tahun 2008. Resipi yang ingin Rinn kongsi di sini diberi nama Kek Kukus Lapis Daging oleh Chef Zubaidah Chepa. Banyak resipi menarik yang boleh kita cuba dari Buku Kek Kukusnya. Sesuai namanya, sepatutnya inti daging itu di"sandwich"kan in between dua lapisan kek.
Pun begitu, setelah difikir-fikirkan rasanya lebih mudah jika kita ikut cara Chef Tania. Kalau kita lapiskan kek itu kita perlu potong pula. Agak renyah di situ. Jadi, kita ikut cara yang lebih mudah ya. Apapun terimakasih kepada Chef Zubaidah di atas resipi menarik ini..




KEK KUKUS BERINTI DAGING
(Nama asal : Kek Kukus Lapis Daging)
Sumber : Chef Zubaidah Chepa

Bahan-bahan utk kek:
3 biji telur gred B
50gm gula castor ( ...mungkin elok dikurangkan sedikit. Agak manis utk savoury cake.. )
Secubit garam
100gm tepung superfine
1/4 tsp baking powder

Cara-cara:
1. Pukul telur, gula dan secubit garam sehingga gebu dan pekat. Guna kelajuan tinggi selama 8 min.
2. Ayak tepung bersama baking powder. Kaupbalikkan ke dalam adunan telur menggunakan spatula. Jangan diputar.

Bahan-bahan untuk inti daging :
250gm daging kisar (Boleh diganti dengan ayam)
1 biji bawang besar, dipotong dadu
1 tsp lada putih
2 tbsp cheddar cheese (Atau apa2 cheese yg boleh bagi rasa cheese.. )
Secubit garam
1 tbsp tepung gandum
* Rinn tambah sedikit serbuk ketumbar dan jintan
* Daun sup, daun bwg dan hirisan cili merah utk hiasan

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak utk menumis. Tumiskan bawang, masukkan lada putih dan daging. Tumis hingga daging masak dan agak garing. Masukkan cheese dan tepung. Perisakan dengan sedikit garam.
2. Sementara itu panaskan pengukus.
3. Sediakan acuan aluminium foil kecil. Sapukan sedikit butter. Taburkan hirisan daun sup, daun bwg dan cili merah. Bubuh inti daging dan tutup dengan adunan kek.
4. Kukus selama 15min - 20min. Sejukkan seketika, keluarkan dari foil dan terbalikkan kek supaya intinya berada di atas. Sedia untuk dihidang.

*Nota:
Sekiranya anda ingin melapis kek ini. Sila gunakan loyang 7" x 7". Lengser dengan sedikit butter. Tuang separuh dari adunan kek dan kukus selama 20 minit. Setelah masak taburkan inti daging dan tuangkan baki adunan kek. Kukus lagi selama 20 minit. Sejukkan seketika dan bolehlah dipotong seperti kek biasa.



Terima kasih kepada kedua-dua chef kerana kombinasi idea penyediaan kek kukus ini. Sebenarnya dah lama Rinn teringin hendak menyediakan kek kukus inti daging Chef Tania tapi oleh kerana resipinya eksklusif, maka Rinn tak dapat nak kongsikan di sini. Tetapi, bila Rinn jumpa resipi yang mirip seperti itu, maka Rinn pun terus teringat dan terus mencubanya. Yang ini boleh kita kongsi.

Dari segi rasa memang cukup mirip. Keknya gebu dan kekal lembut. Jadi kepada sesiapa yang inginkan kelainan, sudi-sudikanlah mencuba hidangan ini ya. Dari segi inti tentu saja kita boleh mempelbagaikan ia kerana keknya memang sesuai untuk inti-inti yang berperisa savoury. Kalau nak cuba inti-inti manis pun boleh jugak kot.... anda cuba dulu nanti kongsi dengan rakan-rakan lain, amacam??? Deal or No Deal...Meal or No Meal ???


Monday, 25-May-2009 13:04 Email | Share | | Bookmark
TAG AND AWARD FROM A SPICEY & SPLENDOUROUS MAMA..

Pandai ye Mama ni. Nak suruh kita jawab tag dia bagi award siap-siap....kira tak boleh lari dah lah ni ye !!! Sat gi kena pulangkan balik pulak award tuuu.... . Sorry ye ma..lambat buat kerja rumah..sebab kerja rumah yang sedia ada pun tak beres-beres..!!!




NYATAKAN 5 FAKTA MENARIK TENTANG PEMBERI AWARD INI IAITU MAMAFAMI..

1. Selalu kata dirinya malas tapi sebetulnya dia adalah di antara mereka yang cukup rajin dan teliti apabila membuat sesuatu kerja. Lihat saja cara dia menjawab tag ini di blognya... siap ada gambar2 lagi !!! Blog masak2 pun ada sampai 2, regularly maintained.!!! Buku masak-masak sampai melimpah-limpah rak buku..( Betoi ke maa...???...main tembak aje ni...)

2. Kebanyakan surirumah malas gosok baju..kalau gosok pun sebab dah terpaksa. Kalau tak pun..tak gosok baju sebab ada maid tolong gosokkan...Tapi bab gosok menggosok baju ni dah jadi "HOBI" Mama...

3. Mama memiliki sepasang cahayamata yang dah besar panjang. Maaaaaanyak sayang dan cinta oooo....hidup tak keruan tanpa diorang !!!

4. Mama rajiiiiiiiiiiiiiin layan AF.

5. Yang menariknya Mama dan Rinn belum pernah bersua dan bertentang mata. Tak percaya ??? iyeee....... dengar suara pun tak pernah !!! Main sms dan chatting di alam maya jer...


SETIAP BLOGGER MESTILAH MENYATAKAN 10 FAKTA ATAU HOBI DIRI SENDIRI SEBELUM MEMILIH PENERIMA AWARD SETERUSNYA :

10 fakta mengenai diri Rinn :

1. Seorang yang simple. Apa-apa pun suka yang simple..

2. Dulu-dulu memang seorang yang lasak dan aktif sukan. Sekarang ni pun masih berlagak nak pertahankan semua tu tapi dah tua la beb... melasak sikit mulalah sakit situ sakit sini..keh keh keh...

3. Selalu tidur dengan TV on sampai subuh. Ada timer kat remote puuuunnnn...selalunya tak set !!

4. Tidak pernah memiliki kad kredit...dan takkan pernah mahu memilikinya.

5. Ada koleksi apron tapi bila memasak di dapur, Rinn tak pernah pakai apron.. apa dah !!!

6. Sejak kawin tak pernah beli minyak wangi dan lipstik. Dear hubby yang suka beli kat kita.

7. Makanan kegemaran dari dulu sampai sekarang ialah satay dan yong tau fu. Yang lelain tu ikut selera.

8. Telah melahirkan 2 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan tetapi telah kehilangan seorang daripada anak lelakinya. Kini tinggal 5 orang anak jer yang berada di sisi.

9. Kurang gemar membaca buku. Apa lagi kalau buku/novel yg tebal-tebal tuuu. Teruk kannn.....

10. Suka jeans.

ANDA PERLU MEMILIH 10 PEMILIH AWARD YANG SETERUSNYA DAN CERITAKAN SERBA SEDIKIT TENTANG MEREKA. JANGAN LUPA BAGI HOMEWORKNYA SEKALI YA..

1. Ouled Kenitra : Tuan Mizhar ni bukan sahaja orang kuat di LAUT tapi kuat juga mindanya bila sudah mula menari-narikan tinta, pandangan tajamnya jugak menghasilkan foto-foto yang mengagumkan.

2. Jeff : En Jeff yang suka bersantai bersama keluarga tercinta. Sentiasa ada sahaja cerita yang nak diselitkan. Kalau balik dari berjalan-jalan...fuhhhh !!! jenuh nak mengikuti siri demi siri catatan perjalanannya. Rasa macam kita pun ikut sama jalan-jalan dengan dia dan keluarganya !! Minat sejarah kawan kita nii.

3. Daalia : Puan Daalia kita yang tak toleh-toleh belakang lagi sejak dia mula main tepung, butter dan gula. Macam superwoman. Bukan saja pantas dengan kerja pejabatnya..malah tempahan-tempahan keknya juga lajuuuuuuu..... kreatif lagi youuuu.

4. Jun Cupcakekasih : Yang rinn tahu Puan June ni sungguh teliti dengan setiap creationnya. Rinn suka belek hasil kerjanya yang agak berbeza dari rakan-rakan seangkatannya. Banyak cerita menarik tentang dirinya. Tak percaya?? Silalah jengah blognya. Dia kawan baik Abby Fana tauuu.... Dan Rinn suka dengar celoteh Abby Fana di Sinar FM.

5. Whiz : Kalau baca tulisan di blognya memang sungguh mengasyikkan. Setiap ayat bagaikan bait-bait puisi nan indah. Englishnya kelas youuuuu..... Cupcakesnya pun kelassssssss !!! Tapi dia kata dia "semput"...... semput-semput pun rajinnnnnn.

6. Lee Lin Kucingorengemok : Dah bertukar profesyen dari tukang masak sambilan kepada wartawan JJCM. Bercita-cita nak melaporkan semua tempat makan-makan yang menarik dan yang boleh terkenang-kenang serta yang sebaliknya. Kalau nak tahu tempat makan yg sedap, pi lah ke laman cik puan ni ya.

7. Zati DHati : Puan Zati yang tak reti duduk diam. Dia kata kalau duduk diam mesti badan sakit-sakit. Selain buat kek, dia juga menulis. Pernah membaca karyanya??? Kalau ke kedai buku cuba-cuba cari novel yang di tulis oleh Amaruszati Nor Rahim. Kita pun belum pernah baca lagi !!

8. Zai Kulim : Zai yang baru menimang cahaya mata sulungnnya. Rajin singgah di FP dan blog rakan-rakan maya. Kalau betul=betul pun dia memang suka ronda-ronda dan bersantai bersama Mr T dan rakan-rakannya.

9. Mummy Jam : Mummy Jam Singapore yang suka merakamkan gambar-gambar alam semulajadi dengan segala isi alamnya.... Sesekali bawak keluar resipi, mengancam jugak !

10. MaDiHa : Madiha baru lepas pantang dah ligat kembali ke dapur. Dari dulu memang sungguh rajin menempek resipi lauk-pauk seharian. Sesekali disulami dengan resipi-resipi baru yang menarik.

Rinn rasa ini hanyalah untuk suka-suka sahaja. Sekiranya anda ringan minda dan ringan jari jemari silalah buat homework dari cikgu yang tak bertauliah ini... :-8 :-8


[<<  <  9  10  11  12  13  14  15  [16]  17  18  19  20  21  22  23  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net