Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 20-Aug-2011 16:09 Email | Share | Bookmark
BUAH MELAKA

Kelapa parut putih shj
Dah dibebolakan
Masuk dlm air mendidih
Bebola timbul...dah masaklah
Toskan
 
Gaul dgn kelapa+gara
Buah Melaka
Antara kuih yang menjadi pilihan sepanjang Ramadhan kali ini adalah buah melaka. Dah beberapa kali buat. Walaupun macam dah muak nak makan tapi masih juga tetap dijamah.....heh heh heh. Rinn buat dgn cara yang agak mudah. Masa mula-mula buat memang rajin pi blender daun pandan untuk mendapatkan warna, bau dan rasa pandannya. Tapi bila dah masuk dua tiga kali buat mulalah nak ngelat sikit. Rinn cuma letak pewarna hijau epal dan sedikit pandan emulco semasa mengadun tepung pulut. Semasa nak merebus buah melaka, Rinn masukkan beberapa helai daun pandan yang telah dikoyak dan disimpu untuk mendapatkan aroma pandanl. Dasar kurang rajin betul yaa....



BUAH MELAKA

BAHAN-BAHAN:
Tepung pulut
Air secukupnya
Pewarna hijau epal
Pandan emulco
Gula melaka/gula kabung
Daun pandan
Air untuk merebus
Kelapa parut digaul dgn sedikit garam


Sebelum proses menggetel bebola buah melaka ni, kita siapkan dulu kelapa parut. Belah kelapa, kopak keluar isi kelapa dan kikis atau hiris kulit ari kelapa supaya tinggal yang putih sahaja. Parut dan gaulkan dengan sedikit garam. Untuk 250g tepung pulut, 1/2 biji kelapa parut sudah mencukupi. Kalau malas nak belah kelapa, beli saja di kedai/pasar tapi jangan lupa suruh diorang parut bahagian putihnya sahaja.




Ambil doh tepung pulut sebesar bebola daging atau ikut saiz yang anda mahu. Leperkan di atas tapak tangan dan isikan gula melaka/gula kabung yang telah dipotong kiub, kemudian gentel menjadi bentuk bebola. Buat dgn kemas supaya tidak pecah bila direbus nanti.




Didihkan air terlebih dahulu. Masukkan bebola buah melaka. Kacau-kacau seketika.




Bila buah melaka timbul di permukaan air, itu menunjukkan ianya sudah masak dan boleh diangkat.




Toskan sebentar.




Gaulkan buah melaka dengan kelapa parut tadi. Siap boleh dihidangkan.




Selamat menjamu selera dengan pencuci mulut ini..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net