By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 15-Aug-2011 02:53 Email | Share | Bookmark
BEBOLA DAGING BERNENAS

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Selepas projek Kek Nenas Terbalik masih ada lebihan gegelang nenas dalam tin. Memang boleh disimpan di dalam petiais tetapi Rinn suka melupakannya sehingga kadangkala sampai berkarat tin. Teruk betul kan. Sebelum itu berlaku apa kata kita mencuba sesuatu yang mungkin tak biasa orang lakukan tapi kita eksperimen lah sikit. Sesuatu yang mudah sahaja sebenarnya. Nenas berkaling dipadankan dengan bebola daging. Bebola daging itu pun lebihan buat meatball spagheti sos. Sebelum ianya menjadi sekeras batu di tempat sejuk-beku, Rinn bercadang nak gandingkannya dengan nenas tadi.


BEBOLA DAGING BERNENAS
Olahan : RinnChan

BAHAN-BAHAN:
Bebola daging
Nenas dalam tin, didadu
Sebiji bawang besar, dimayang halus
3 ulas bawang putih, dimayang halus
1 inci halia, diketuk
2 biji buah tomato, didadu
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tomato
Garam gula secukup rasa
Sedikit oregano kering

CARA-CARA:
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng bebola gading sehingga agak kekuningan. Toskan.
2. Kurangkan minyak gorengan bebola daging. Gunakan semula untuk menumis bawang2, dan halia.
3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan buah tomato yang sudah didadu. Kacau hingga tomato agak hancur sedikit.
5. Masukkan sos tomato, garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali taburkan sedikit serbuk oregano kering. Kacau sebentar dan terus angkat.

Masam-masam manis rasanya ala-ala sweet sour. Bebola daging ni biasanya terasa agak masin sedikit jadi boleh blend rasanya masam, manis dan masin tuu.



Bebola daging, tomato dan bawang-bawangnya.


Nenas dalam tin yang telah dikiub.


Semangkuk bebola daging.


Gorengkan bebola daging.


Toskan bebola daging sebentar.


Tumiskan mengikut cara dengan memasukkan bahan-bahan mengikut turutan di atas.


Inilah hasilnya. Kami makan dengan nasi sebagai lauk. Kalau ikut RInn memang suka nak bubuh buah tomato banyak-banyak tapi stok tak mengizinkan. Ok lah, walaupun hidangan ini bukanlah dimasak semasa bulan puasa ini tetapi masih boleh dicuba untuk mempelbagaikan lauk-pauk berbuka. Kekadang sampai kekeringan idea kan. Di bulan puasa ini lebih mudah jika menghidangkan sesuatu yang ringkas tetapi masih berkhasiat.

Rinn pun kurang masak yang berlemak-lemak. Seingatnya belum sekali pun masak lauk lemak menggunakan santan. Huhhhh.....maca mana tu?? Lebih banyak masak lauk ayam, ikan dan sayur-sayuran. Buah-buahan pasti ada. Betik di belakang rumah pun dah jadi rezeki kami di bulan puasa kali ini. Setakat ini dah 7 biji kami petik. Walaupun saiznya ada yang kecik dan besar..tapi rasanya tetap maintain sedap.

Oklah, kita jumpa lagi nanti.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net