By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 12-Aug-2011 04:58 Email | Share | Bookmark
AYAM KAMPUNG PENYET

Tumbuk semua bumbu
Rebus ayam kg
Bahan-bahan sambal
Gaul bumbu dan ayam
Diperap seketika
Bahan-bahan sambal digoreng
 
Sambal siap ditumbuk
Ayam Kg Penyet
Ayam Penyet asal Indonesia kalau tak silaplah tapi Rinn pertama kali menjamahnya di Singapura.
Sekali itulah.
Sekadar ayam yang digoreng, dimakan bersama sambal yang ditumbuk atau mungkin digesek atas pinggan tanah liat.
Rinn cuba buat ayam penyet ini ikut rasa... Harap tak binasa kejadiannya.
Buat ikut hati.....Harap bila makan, tak mati




AYAM KAMPUNG PENYET
Olahan : RinnChan

BAHAN-BAHAN PERAP :
2 sudu makan Biji ketumbar
1 camca Jintan manis
1 camca Jintan putih
1 biji Bawang merah
3 biji Bawang putih
2cm Kunyit hidup
3cm Halia
Garam secukupnya




BAHAN-BAHAN SAMBAL:
3 Cili merah
5 Cili padi
2 biji Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
Belacan secukupnya
Segenggam Ikan bilis

Garam
Gula
Limau kasturi

CARA-CARA :
1. Seekor ayam kampung di belah 4 atau 6 ikut saiz.
2. Bersihkan dan rebus hingga lembut. Toskan.
3. Tumbuk semua bahan-bahan bumbu perap. Gaulkan bersama ayam yang telah direbus tadi. Perap seketika.
4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing dan toskan.
5. Gunakan sedikit minyak gorengan ayam tadi. Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan, kemudian goreng bahan-bahan sambal sehingga layu. Angkat dan tumbuk sekali dengan minyak gorengannya. Bubuh sedikit gula dan perahkan jus limau kasturi secukup rasa.
6. Ayam yang telah ditoskan tadi bolehlah diketuk menggunakan pisau cincang atau anak lesung. Hidangkan bersama sambalnya.




Tak pasti nak gambarkan rasa sebenar atau keenakan ayam penyet ini sebab baru makan sekali itu. Jadi tak boleh nak buat perbandingan. Mungkin kena rujuk mana-mana orang yang biasa makan dan minta sedikit pendapat. Apa pun, melaui olahan resipi kali ini..anggapkan sahaj kita sedang menikmati ayam kampung goreng yang dicicah dengan sambal ala-ala sambal gesek atau sambal belacan.

Gambar di atas menunjukkan bahawa ayam kampungku itu belum di"penyet"kan atau belum diketuk sehingga kemek sebelum dimakan. Anda cuba dan ketuklah ya... Ketuk ala-ala si penggerai nasi ayam mengetuk ayamnya.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net