By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 18-Aug-2010 09:06 Email | Share | Bookmark
BLACK PEPPER SAUSAGE PUFF PASTRY

 
 
 
 
 
 
 
 


Kalau kita ada beli dan simpan instant puff pastry memang amat memudahkan, terutamanya bila kesuntukan masa atau malas nak memikirkan nak masak apa. Kalau terkejut tergempar tiba-tiba tetamu muncul depan pintu pun, InsyaAllah masih boleh kita hidangkan dengan sesuatu yang enak. Rinn gemar pada puff pastry jenama "kawan". Tinggal buatkan inti saja. Kalau maaaaalas lah jugak, bubuh jem atau sekaya pun jadik. Kalau ada lebihan lauk sardin kelmarin pun wokey !!



Puff pastry kali ni Rinn dapat idea dari bun yang pernah Rinn beli di satu bakery suatu ketika dulu. Bun tu bertoppingkan sosej berlada hitam. Memang boleh nampaklah bahan-bahan yang digunakan dan dari situ Rinn agak-agak untuk menghasilkan intinya.

BLACK PEPPER SAUSAGE PUFF PASTRY

BAHAN-BAHAN:

INTINYA :
6 batang sosej
1 biji bawang besar, di mayang kasar
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili sos
2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
2 sudu besar majerin utk menumis
Secubit garam
Secubit gula
Bijan secukupnya
* 12 keping puff pastry jenama "kawan"

CARA-CARA:
1. Panaskan majerin. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan sosej yg telah dihiris nipis. Tumis hingga agak garing.
3. Masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
4. Masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan ketepikan.
6. Sediakan puff pastry. Isikan inti. Taburkan bijan di atasnya. Tutupkan dengan sekeping lagi. Kelar berbentuk "X".
7. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Bakar hingga puff kembang dan keperangan.

Mulanya ingat nak sandwich aje inti tu tapi teringat pulak ada satu entry Che Mat Gebu yang guna puff pastry ni. Cantik dia bentuk dan kelar puff pastrynya. Kat sini. Tapi Rinn taklah buat chomei lotei macam CMG punya. Nah!.tak payah kerat empat..terus bubuh sekeping-sekeping .



Bila dah siap bakar, anak-anak pun tau... "ek eh..ini macam inti bun yang kita beli dulu tu ye mak ??? "
"Ha ahh........"




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net