Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 1-Jan-2010 04:52 Email | Share | Bookmark
CHOCOLATE BREAD CAKE

Doh roti yg dah diperap
Gelek leper
Gulung kedua2 hujung
Masuk dlm pan loaf
Tuang adunan kek
Ratakan
Dah siap kedua-dua loaf
Roti kek & Bun coklat
Potongan roti kek
Dalam sibuk-sibuk menguruskan persiapan anak-anak untuk kembali ke sekolah dan asrama sempat jugaklah Rinn bereksperimen di dapur. Kali ini hidangan roti + kek. Sebelum ini kalau beli roti kek di bakeri, roti dan kek ini akan dicantumkan menggunakan krim di tengah-tengahnya. Biasa tengok tak ??? Resipi ini pulak kita satukan terus roti dan kek.






CHOCOLATE BREAD CAKE
Sumber : Chef Khoo See Yew of DIY Home Bread

BAHAN A :
300gm high protein flour
5gm susu tepung
3gm bread improver
10gm serbuk koko

BAHAN B :
50gm gula castor
1/2 tsp garam halus
1/2 biji telur
180gm air sejuk
7.5gm yis segera
1/2 tsp choc emulco

BAHAN C :
15gm butter
15gm shortening


ADUNAN KEK :
2 butir telur gred A
150gm sponge mix perisa vanilla
30gm air
2.5gm esen pandan
60gm minyak jagung/minyak masak

**Putar kesemua bahan adunan kek dengan kelajuan tinggi selama 8 minit sehingga kembang dan gebu.



CARA-CARA:

1. Dalam mangkuk pengadun, campurkan semua Bahan A. Gaul seketika.
2. Masukkan semua Bahan B ke dalam Bahan A. Adun sehingga menjadi doh. Masukkan Bahan C dan terus putar hingga menjadi doh yang lembut dan elastik. Boleh uli guna tangan atau bread maker.
3. Bulatkan doh, tutup dengan plastik dan perap selama 30 minit.
4. Tumbuk doh untuk membuang udara. Bahagikan doh kepada dua bahagian.
5. Gelek leper dan gulung pada dua bahagian yang bertentangan.
6. Lengserkan dengan butter 2 tin loaf berukuran 4" x 4" x 6". Masukkan satu doh yang telah digulung tadi. Biarkan doh naik dua kali ganda.
7. Tuang adunan kek ke atas doh roti yang telah kembang tadi.
8. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25min - 30min.


Menerusi eksperimen ini telah berlaku satu kejadian yang tak disangka. Seperti arahan, Rinn dah bahagikan doh kepada dua bahagian. Setelah doh diperap, digelek, digulung dan dimasukkan ke dalam loaf tin, doh Rinn telah naik sepenuh-penuh tin. Jadi, dah tak ada ruang untuk dituang adunan kek. Termanggu gak sekejap. Mungkin sebab tin loaf Rinn tu tak cukup tinggi. Cuma 4" tinggi . Chef punya tin, 6" tinggi.

Nak tak nak terpaksalah Rinn keluarkan semula doh dari kedua-dua tin tu dan uli lagi sekali pada kuantiti yang kurang daripada tadi. Hmmmm.... mujur doh tak merajuk walaupun terpaksa diperap sekali lagi. Elok dia naik separuh tin loaf. Bolehlah dituangkan adunan kek. Lebihan doh yang tinggal Rinn bulat-bulatkan. Buat bun coklat inti coklat chips. Tak pasal-pasal jadi dua jenis hidangan.

Adunan kek pulak macam tak cukup. Macam sikit pulak. Rinn rasa kalau digandakan adunan kek pun ok gak. Adunan roti tu boleh dapat untuk 3 - 4 tin loaf. Agak-agaklah ya...kepada yang sudi nak mencubalah..




Kedua-dua hidangan ini sempat siap pada waktu minum petang. Dapat dihidang masa hangat-hangat baru keluar oven. Sekali potong habis satu loaf. Selebihnya dan bun-bun coklat semua lenyap menjelang waktu sarapan keesokan harinya. Sedaplah kot..... Kombinasi rasa kek span pandan dan roti coklat yang jadik kembar siam.





SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2010 BUAT SEMUA.....




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net