Want your
own Fotopage?







 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 25-Dec-2009 04:03 Email | Share | Bookmark
APAM

Bancuhan yis yg telah kembang
Masuk tepung dlm blender
Kisar sampai larut
Tuang dlm bekas besar
Tuang yis
Kacau rata
Tutup dgn plastik
Lepas perap 1 jam
Tuang dlm loyang
Kukus 40 minit
Dah masak
Senang nak keluarkan
Apam dah dipotong
Pemarut Antikku
Pelan2 parut Bu...
Apam pink salut kelapa parut
Apam Hijau disalut "salju"
Tetiba orang-orang kat rumah ni demam Apam. Sejak hujung-hujung cuti ni dah dua tiga kali Rinn buat Apam. Ingatkan tak de peminat. Rupanya anak-anak pun dok ulang tayang makan. Tambah-tambah bila ada kelapa parut. Hmmmm... lagi menambah selera. Sampai Rinn pun tertanya-tanya. Sebenarnya diorang ni akan Apam cicah kelapa parut atau makan kelapa parut cicah Apam..

Masa Rinn memarut kelapa menggunakan alat pemarut stail orang lama yang macam papan nipis dan ada banyak duri-duri tajam tu.. Marisa, Angah dan Ken dah standby kat tepi Rinn. Masing-masing tunggu giliran nak mintak lebihan kelapa yang dah tak boleh parut lagi tuuu.. . Di dapur Rinn tak ada alat kukur nyiur. Dah biasa dari kecik, mak ajar guna pemarut kelapa. You all pandai guna tak ??? Masa kecik2 dulu selalu hujung jari robek luka berdarah kerana terkena pemarut tu laaa !!! . Pemarut ni best. Boleh parut kelapa, ubi kayu, daun pandan, ubi keledek dll tapi alat kukur nyiur tak boleh. Dah namanya pun alat kukur nyiur...so, nyiur saja lah ya.. . Jom pekena Apam.



APAM

BAHAN-BAHAN:

1/2 cwn air suam
1 1/2 sudu makan yis segera mauripan
1 camca teh gula pasir

2 1/2 cwn air
3 cwn tepung gandum
5 sudu makan tepung beras
3/4 cwn gula pasir
Sedikit pewarna makanan (Rinn guna warna pink)

**Nota:
Sukatan menggunakan cawan (cup) yang standard adalah 250ml. Walaubagaimanapun, boleh gunakan cawan minum teh/kopi yang biasa walaupun ia bukan berukuran 250ml. Cuma, gunakan cawan yang sama untuk menyukat semua bahan-bahan dalam sesuatu reispi itu.

CARA-CARA:

1. Bancuh air suam, yis dan gula pasir hingga larut . Biarkan selama 5 minit sehingga berbuih.
2. Sementara itu, masukkan semua tepung, air, gula dan pewarna ke dalam pengisar. Kisar hingga semua larut.
3. Tuang bancuhan tepung ke dalam satu bekas besar. Masukkan juga bancuhan yis yang telah kembang. Gaul rata.
4. Tutup bekas dengan plastik atau kitche towel yg bersih. Perap selama 1 jam atau sehingga kembang.
5. Panaskan kukusan. Lengser loyang bulat berukuran 10 inci dengan sedikit minyak makan. Boleh alas dasar loyang dengan plastik supaya mudah menanggalkan apam bila sudah siap dikukus nanti.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus apam selama 40 minit.
7. Biarkan apam sejuk dahulu sebelum dipotong.
8. Boleh dihidang dengan kelapa parut. Agar kelapa parut tahan lebih lama, kukus selama 5 minit. Gaulkan dengan sedikit garam.

Bancuhan tepung akan lebih mudah larut kalau kita kisar. Kalau bancuh dengan senduk lambat hancur dan mungkin ada tepung yang berbintil2. Nak kena tapis pulak nanti. Kisar aje. Applicable untuk semua bancuhan tepung bagi kuih-muih yang lain seperti kuih talam, kuih lapis, kaswi dll.

Satu lagi, kalau nak potong apam pastikan pisau betul-betul tajam. Potong macam stail menggesek gergaji, jangan ditekan pisau tuu..nanti mampat pulak apam pada tempat potongannya..




Apam warna pink ini dibuat beberapa hari lalu. Baru tadi kukus lagi seloyang, warna hijau muda pulak hu hu hu.... . Anak-anak tanya, " lepas ni warna apa pulak mak?". " Takde warna. Bior putih aje.... keh keh keh", jawabku ringkas. "Kalau purple macam mana mak?". Ishh isshhh isshhh..... Kububuh purpe betul-betul nanti baru tau..!!!


Mmmmmm...nikmatnya makan Apam dengan kelapa parut


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net