Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 8-Dec-2009 03:17 Email | Share | Bookmark
PUYOH GORENG BEREMPAH

 
 
 


Sehari sebelum Raya Haji yang lalu, adk ipar bagi 10 ekor burung puyoh mentah yang telah siap disembelih dan dibuang bulu. Nak masak apa ya? Seumur hidup tak pernah terlintas nak masak puyoh. Makan pernah kot sekali dua. Itu pun di rumah adik ipar tak lama dulu. Suka betul pulak adik ipar Rinn ni dengan puyoh ya!!! Kalau tak silap masa tu emak mertua yang duduk sekali dengan dia masak lemak cili api.

Kalau Rinn pun masak lemak cili api, berani jamin Rinn sorang aje yang makan. Semudahnya Rinn cadang untuk menggoreng saja puyoh-puyoh tu. Agar lebih berperisa, Rinn kisarkan rempah dan gaulkan sekali sebagai bahan perap.


PUYOH GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
10 ekor burung puyoh yg telah dibersihkan

Ditumbuk atau kisar:
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1cm kunyit hidup atau 2 camca teh serbuk kunyit
2 cm halia
2 camca teh garam

Dikisar kering:
2 sudu makan ketumbar biji
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih

CARA-CARA:

1. Gaulkan semua bahan-bahan yang telah ditumbuk dan dikisar dengan puyoh. Perap seketika dalam 10minit.
2. Panaskan minyak untuk menggoreng. Goreng sehingga garing. Siap untuk dihidang.





Rasa burung puyoh ni adalah sikit-sikit macam ayam kampung. Dagingnya pun liat-liat macam ayam kampung jugak. Bila dah dimasak atau digoreng tulang-tulang puyoh ni terutamanya di bahagian dada dan kepak jadi rapuh. Bila kita gigit-gigit isinya, tulangnya mudah patah.

Boleh juga dimasak cara lain. Ikut citarasa masing-masing. Bila dah siap masak dan makan, juga bila anak-anak komplen kenapa macam liat aje daging puyoh ni, baru teringat di hati... kalau Rinn rebus dengan herba "chic-kut-teh" lagi bagus rasanya. Isinya akan jadi lembut sebab resipi ni perlukan kita merebus bahan-bahan sekurang-kurangnya selama satu jam. Lain kalilah...

Seksinya puyoh gorengku berposing !!!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net