Want your
own Fotopage?












































 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 23-Nov-2009 13:32 Email | Share | Bookmark
UBI REBUS BERBILIS

Ubi rebus
Halba campur
Ubi Rebus Berbilis
 
Makan ubi rebus ni agak kerap jugak. Kalau tak pun, Rinn goreng. Sesekali buatlah lepat kalau ada daun pisang. Tak lama dulu ada promosi hebat oleh puan empunya kucing nii. Bukan tak selalu makan. Tapi bila ternampak kat dapur dia tu ada sambal ikan bilis dan tenggiri masin, fuuuhhh!!...terus rasa keteringinan tu bercambah-cambah dibuatnya... Cuma kali ni... still ubi rebus sebagai pemegang watak utamanya tapi jom kita tukar sikit resipinya. Sebenarnya malas nak numis sambal ikan bilis




UBI REBUS GORENG BERBILIS

BAHAN-BAHAN:
500gm Ubi kayu (ikut suka sebenarnya )
3 biji Bawang merah
3 biji Bawang putih
5 tangkai Cili kering
2 tangkai Daun kari
Halba campur (option)
Segenggam Ikan bilis
1 camca teh serbuk kari (option)
3 sudu besar kelapa parut
Garam dan gula secukup rasa
Bawang Goreng

CARA-CARA:

1. Ubi kayu dibuang kulit, dipotong dan dibersihkan. Rebus hingga empuk.
2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga layu. Masukkan halba campur, serbuk kari, daun kari dan cili kering. Tumis terus.
3. Masukkan ubi rebus dan kelapa parut. Kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kacau rata. Hidangkan dengan taburan bawang goreng.




Kalau tak suka tak perlu campurkan halba. Kalau nak naikkan lagi rasa kari, bolehlah juga dicampurkan sedikit serbuk kari semasa menumis bawang. Hasilnya nanti, ubi kayu rebus kita akan berwarna keperang-perangan sedikit setelah digoreng.

Bila makan yang ini, teringat Rinn akan seorang kerani berbangsa India di jabatan sebelah jabatan Rinn bekerja dulu. Dia rajin bawak bekal untuk dijamah pada waktu rehat pagi atau makan tengah hari. Walaupun dia bukan seorang yang seratus peratus vegetarian tetapi menu dia selalu ala-ala vegetarian. Tiap hari Jumaat dia "berpuasa". Maksudnya, dia tidak makan makanan yang berdarah. Haaaa..... resipi ini adalah salah satu menu kesukaannya. Cuma cara masaknya lebih keindiaan. Tak reti nak describe pulak macam mana.. Apa khabar agaknya Puan Saraswathy sekarang ya ???




Pada firasat Rinn, kalau kita ganti dengan ubi kentang, keladi atau buah sukun pun sedap juga rasanya. Ubi keledek tak berani jamin sebab dia terlalu lembut untuk ditumis bila dah direbus dulu. Cuba pelbagaikan sendiri ya !!!! Happy trying..



musim sejuk2 ni ubi kayu rebus mmg menjadi pojaan ati wa...
da terbayang ni wap ubi tu time bukak tudung periuk....
Mon 23-Nov-2009 02:31
Posted by:wawa  - [Link]
menarik resipi nih..
dok mkn ubi rebus 'cicah' kelapa parut & gula je..
n3 baru; SOLAT JUMAAT @ MASJID INDIA KL
Mon 23-Nov-2009 03:44
Posted by:srsfeqah  - [Link]
makanan time sejukkkk!! bestnya Mon 23-Nov-2009 04:01
Posted by:lee lin  - [Link]
Kalau gunakan kentang tu dah selalu mummy buat, nanti nak cari ubi kayu kat kedai.... Mon 23-Nov-2009 05:43
Posted by:Mummy Jam  - [Link]
hjn2 mkn ubi kayu memang bst kak rinn
Mon 23-Nov-2009 06:50
Posted by:ida  - [Link]
Macam-macamlah Rinn ni. Terror tol mempelbagaikan resepi. Tabik spring toing toing toing aaa... Mon 23-Nov-2009 10:34
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Cheq pun tabik spring toing toing toing......teringinnya nak makan.... Mon 23-Nov-2009 12:50
Posted by:Muna  - [Link]
Salam Rinn...tahniah buat anak rinn ye. Tergoda gak lihat ubi yang di buat macam nie tambahan lagi hari hujan hujan gini memang sedap teramat kalau dapat makan ubi rebus Mon 23-Nov-2009 14:32
Posted by:noor  - [Link]
musim2 hujan spt sekarang.. ubi kayu salah satu menu wajib zaman budak2 dulu.. sebabnya.. bila musim hujan.. nak cabut/gali pokok ubi kayu lebih senang.. sebab tanah lembut.. tapi sekarang ni sejak dok 'bandar' tak kira musim panas atau hujan.. sediakan jelah duit.. ubi kayu sentiasa ada kat pasar atau pasar mlm Tue 24-Nov-2009 01:21
Posted by:MaDiHaA  - [Link]
>>salam..
wah22 macam2 idea yerk.. kalau teman dah ubi rebustu
buat cam mak temannyer jer.. tak reti nak buat cam lain...
tapi teman ada dengar kat radio haritu yang ubini baik tau
cam kanser tu susah nak menjadi gituler...
tu sebab orang dulu2 yang menu dia memang banyak ubi
susah nak dapat kanser22ni..
teringat lak gulai tempoyak ubi mak teman...
Tue 24-Nov-2009 06:53
Posted by:cho zila  - [Link]
tgk tajuk td, dah bayang nak cecah ubi rebus ngan sambal ikan bilis...ghopernyer resipi baru daaa...mmg best kalo try nih...dpt sepinggan ngan kopi panas..musim ujan lak..pastu ajak lak kengkwn mari makan....ada plak mamafami + kakliza....perghhhh Tue 24-Nov-2009 07:06
Posted by:jasmeen armadean@gmail.com  - [Link]
Selamat hari Raya AidilAdha, kak rinnchan sekeluarga.
lama tak datang sini, tahniah ya atas keputusan anak kak yang cemerlang
Wed 25-Nov-2009 00:52
Posted by:nurindah  - [Link]
Rasa2nya raya aji ni akak nak masak ubi kayu jer..jemu lah makan ketupat, nasi impit dan rendang bagai kan? dah selalu sangat masak makanan raya.... Wed 25-Nov-2009 01:16
Posted by:Queenjah
rcp baru yg sesuai sgt di musim hujan ni!!kreatif n inovatif betul k.rinn ni la Wed 25-Nov-2009 08:16
Posted by:fiza p_zot@hotmail.com  - [Link]
Selamat Hari Raya Aidiladha utk kakrinn sekeluarga..
sedapnyaa ubi kayu rebus..makan panas2 lawan dgn kopiO..



Wed 25-Nov-2009 17:04
Posted by:ummy  - [Link]
salam aidiladha kak rin...maaf zahir batin... Thu 26-Nov-2009 02:32
Posted by:afairuz  - [Link]
Salam Rinn.....sedap rebus ubi kayu tu.....kak rus kalau malas sangat cicah nyiur ngan gula aje...ni memang best
kalau try ni.....Salam Aidil Adha...
Thu 26-Nov-2009 05:32
Posted by:Kak Rus kak-rusnah@yahoo.com  - [Link]
Original Crocs Murah
log on to
http://crocsmania.fotopages.com
authentic crocs at affordable price
Thu 26-Nov-2009 06:18
Posted by:unnamed
Slmt Hri rya Idil Adha.....musim hujan begini mesti best mkn ubi kayu ni.....kalu xsilap kita ni setaman..... Sat 28-Nov-2009 13:59
Posted by:Kak Ida (rafiyus fotopages)
Salam... tumpang iklan....
Kami menjual tudung dan menerima tempahan pelbagai jenis tudung mengikut cita rasa anda dengan harga yang amat berpatutan....
Sila ke http://nurlyneshoppe.blogspot.com
Mon 30-Nov-2009 07:59
Posted by:nurlyn nurlyn_eshoppe@yahoo.com  - [Link]
Sedapnya. Bagus untuk minum petang tu...

http://BerkatGemilang.blogspot.com
Anything & Everything is For Sale
Mon 30-Nov-2009 22:38
Posted by:Berkat Gemilang  - [Link]
Tumpang Iklan ya Tuan Rumah


Jadi Kaya Hanya Di Rumah…


Bisnes Internet yg mampu membuatkan kita menjana pendapatan hingga RM10K ke atas seminggu hanya bekerja di rumah.

 Saya akan bimbing anda ke arah satu revolusi perniagaan internet yang cukup hebat. (Dalam Bahasa Melayu dan English)
 Berikan keizinan untuk saya membimbing anda secara PERCUMA. Kami mahukan anda berjaya bersama-sama. Ini adalah janji saya pada anda.
 Pelbagai faedah dan bonus secara peribadi dari kami termasuk personal coaching dalam semua bidang di internet.

Klik jika anda mahu duit!!!!

http://www.vemmabuilder.com/722002705

http://www.vervesample.com/722002705

 Sistem internet yang mantap dan berkesan
 Tidak perlu menjual produk.
 Disertakan sistem autoresponder yang canggih
 100% dilakukan secara online...xpayah keluar lepak kat kedai kopi yg hanya membuang masa....
 Nilai Bonus USD yang tepat iaitu 1 USD = RM3.80
 Bimbingan disediakan untuk kejayaan.
 Pejabat di Malaysia sudah beroperasi dan sah di sisi undang-undang. Halal
 Pembayaran bonus terus ke Bank tempatan !! Secara Mingguan!!!!


Ikhlas Dari,

Isma Jasmin
019-5782504
ismajasmin@yahoo.com
Facebook : Isma Jasmin

Tue 1-Dec-2009 05:18
Posted by:Isma Jasmin
pemborong pakaian branded dari kilang

http://mohdzhet.fotopages.com
Sun 6-Dec-2009 17:10
Posted by:zhet zhet_84@yahoo.com  - [Link]
pemborong pakaian branded dari kilang

http://mohdzhet.fotopages.com
Sun 6-Dec-2009 17:14
Posted by:zhet zhet_84@yahoo.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.