Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 12-Nov-2009 14:25 Email | Share | Bookmark
SOFT PRETZEL

Kembangkan yis
Majerin cair
Masuk madu
Masuk susu
 
Kacau sebati
Tuang dlm yis
Putar
Terus putar 20min
Bulatkan doh
Perap 1 jam
Hingga kembang
Gelek
Potong memanjang
 
Bulatkan memanjang
Cantum hujungnya
Bentukkan mcm pretzel
Rendam dlm air soda bica
Masuk loyang
Siap bakar
Soft Pretzel
Tak tau lah dari mana datangnya idea nak mencuba pretzel ni. Seumur hidup tak pernah makan. Tapi cari punya cari dalam internet akhirnya Rinn buat keputusan nak cuba pretzel yang jenis soft ini. Ada banyak sumber sebenarnya tapi kita cuba sesuatu dari laman web
Heavenly Home Makers. Kat sini siap ada tunjukcaranya.




SOFT PRETZEL
Source : Heavenly Home Makers

BAHAN-BAHAN:
1 /2 cwn air suam
11gm yis segera (1 paket)
1 camca teh madu
3/4 cwn susu segar
1/4 cwn majerin
1/4 cwn madu
2 camca teh garam halus
4 cwn tepung gandum
* Majerin untuk sapuan
* Gula, bijan, badam dll untuk taburan, ikut selera

Untuk Dipping :
1 cwn air mendidih
1 sudu makan soda bicarbonate

CARA-CARA:
1. Di dalam mangkuk pengadun, campurkan air suam, 1 camca teh madu dan yis. Biarkan 10minit.
2. Di dalam periuk lain, panaskan majerin hingga cair. Campurkan 1/4 cwn madu, garam dan susu. Kacau sebati.
3. Tuangkan adunan majerin cair tadi ke dalam mangkuk pengadun berisi yis. Kacau sebati.
4. Putarkan mixer perlahan sambil masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Sederhanakan kelajuan dan uli doh selama 20 minit atau sehingga doh lembut dan elastik.
5. Bulatkan doh menjadi satu dan tutup mangkuk pengadun dengan plastik/clingwrap. Perap 1 jam.
6. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara terperangkap.
7. Uli dan gelek rata. Bahagikan kepada 8 ke 10 bahagian. Gelek-gelek dengan tangan membentuk doh yang panjang seperti tali. Saiz ikut suka.
8. Temukan kedua-dua hujung tali doh itu dan pintal. Kemudian lekatkan bersilang pada bahagian bawah. Lihat gambar ya.
9. Sementara itu, panaskan 1 cwn air hingga mendidih dlm periuk kecil. Masukkan 1 sudu makan soda bicarbonate. Kekalkan didihan dgn api kecil. Rendam pretzel tadi dalam air soda selama 10 saat dan letakkan dalam loyang pembakar yg telah digris. Lakukan hingga habis.
10. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 20min -25min atau hingga warna keperang-perangan.
11. Setelah masak keluarkan dari oven, sapu majerin dan segera taburkan gula atau garam atau bijan atau badam...atau apa-apa saja yang anda suka. Bijan atau badam tu... bakarlah dulu seketika dlm oven ya. Goreng tanpa minyak pun ok.

Dalam resipi asal tidak disuruh pun kita mencelup dalam dipping soda. Tapi oleh kerana ada beberapa websites lain yang mengajarnya begitu, maka Rinn pun incorporate cara itu di sini. Celupan soda bakal menjadikan soft pretzels berkilat dan berwarna coklat keemasan setelah siap dibakar. Rinn ada sedikit derhaka pada bahagian mencelup doh pretzel yang siap dibentuk ke dalam dipping soda bica ini. Sepatutnya kita kena biarkan dipping ini kekal di atas api kecil agar terus mendidih. Rinn pulak cuma bancuh dengan air panas dan celup begitu saja. Kira oklah kan.




Rinn pernah nampak ada satu kiosk Pretzels ni di Suria KLCC. Kalau tak silap ada dekat ground floor atau basement dan berhampiran dengan escalator. Sesapa yang biasa ke sana tentu tahu akan kewujudan kiosk itu. Kalau ada kerajinan dan kesempatan Rinn nak cuba snack pretzels pulak. Dia ni jenis macam biskut nampak gayanya. Soft pretzels ni lebih kurang macam roti, luarnya rapuh tapi dalamnya masih chewy.

Auntie Anne's Pretzels popular kot. Yang ini Auntie Rinn's Pretzels yaaa.....




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net