Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 11-Nov-2009 12:01 Email | Share | Bookmark
ADIB & AZURA

Adib dan Azura
Adib
Azura
Di persandingan
Azura
Suap....
Kebetulan, pada hari yang sama Fauzi dan Nur Farha bernikah ada sepasang lagi mempelai yang melangsungkan majlis perkahwinan. Anak kepada sepupu Rinn dari Selangor bertemu jodoh dengan orang Pulau Pinang. Tak jauh dari lokasi pertama. Maka kami sekeluarga pun bergegas ke majlis yang ini.

Anak sepupu Rinn bernama Adib. Pasangannya bernama Azura. Serba merah pasangan ini.




Azura yang sentiasa menguntum senyuman setiap kali lensa kamera terarah kepadanya. Kalau tak silap Rinn, Azura ni datang dari keluarga besar 9 beradik dan dia merupakan anak kedua bongsu dan terakhir berkahwin dalam keluarganya. Majlis meriah dilangsungkan di dewan orang ramai.





Haaa... kali ni tak ade minum silang-silang tangan. Makan suap-suap ada lah !! Atau Rinn yang terlepas adegan itu dek kerana terlalu sibuk melayan selera makan yang sedang membuak-buak. Lapaaaarrrr....... Hidangan kenduri enak-enak belaka youuuuuu.....





Minggu berikutnya adalah majlis di sebelah keluarga sepupu Rinn di Selangor tapi Rinn tak berpeluang untuk bertandang ke majlis di sana. So tak de gambar ye. Gambar2 di majlis ini pun tak banyak sebab dah tak larat nak klik sana klik sini. Kepada kedua mempelai, didoakan semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net