Want your
own Fotopage?












































 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 31-Oct-2009 10:51 Email | Share | Bookmark
MOHD FAUZI DAN NUR FARHA

Bergerak ke Masjid..
Dah masuk kereta
Posing sikit..
Senyum menawan..
Di masjid, penuh debaran
Dinikahkan oleh bapa pengantin pompuan
Sign dik...jgn tak sign !!
Dah selamaaaat...
Serba putih
Mcm panglima heh heh heh...
Menjeling cik abang ke....
Pengantin diarak
Hati-hati melangkah ye...
Bisik-bisik apa tuu??
Sicilik pengiring pun ayuuu...
Mohd Fauzi
Nur Farha
 
 
 
Haaa...ada gak adegan nii !!
Seminggu selepas majlis nikah dan sanding Khairil Afri dan Siti Suhairin (entry sebelum ini), seorang lagi anak kepada sepupu hubby yang lain turut mengadakan majlis akad nikah. Anaknya adalah pengantin perempuan ini yang bernama Nur Farha. Untuk majis nikah, Farha dan pasangannya telah mengenakan pakaian berwarna kelabu. Ada sentimental value sebenarnya di sebalik pakaian warna kelabu tu. Kalau nak tahu, material yang mereka gunakan itu adalah material yang sama digunakan oleh Mawi dan Ekin. Ye ke....??? Waaaahh.... rezeki nak dapat fabrik dari gulungan kain yang sama. Last kopek katanya tuu. Memang cantik sebenarnya warna kelabu ke"silver'an nya itu..




Majlis nikah diadakan selepas waktu zohor di masjid berhampiran kediaman keluarga pengantin perempuan. Yang afdhalnya, pengantin lelaki dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan. Dua kali akad. Tok kadi mahu orang yang menikahkan dan yang dinikahkan mengikut sebijik-sebijik ayat yang diajarkannya. Tak boleh reka ayat sendiri walaupun perkara-perkara penting ada disebut dalam ayat itu. Yang first tu kira ada error lah kot, tu yang Tok Kadi tak puas hati. Yang second time baru okey. Kes macam ini pun ada ya..






Bergambar sejurus selepas selesai majlis akad nikah dan membatal air sembahyang.





Tidak seperti majlis Afri & Suhairin yang sebelum ini, pasangan Fauzi dan Farha tidak terus diraikan dalam majlis kenduri kawin dan bersanding. Sebaliknya kedua-dua belah pihak dah setuju nak mengadakannya seminggu kemudian. Tema warna adalah putih dan merah.




Bila tengok gambar ni teringat pulak zaman kecik-kecik dulu main masak-masak. Ada jugak main pengantin-pengantin walaupun dua-dua pengantinnya perempuan keh keh keh.









Kan betul Rinn kata, mesti ada adegan minum air bersilang tangan. Dah sinonim kot dengan majlis makan adap-adap. Lenkali kalau ada peluang nak suruh pengantin buat aksi lain pulak. Buat masa ini tak ada idea lagi.




Didoakan semoga pasangan Fauzi dan Farha akan kekal bahagia dan sejahtera hingga ke akhir hayat. Majlis di sebelah pihak lelaki diadakan seminggu selepas itu. Hebat betulll..... tiga hujung minggu berturut-turut pasangan ini diraikan ya. Gambar-gambar akan Rinn bubuh pada next entry. Jangan ketinggalan, busana biru pulak tau...






Tahniah buat MOHD FAUZI DAN NUR FARHA. Selamat pengantin baru dan moga berbahagia bersama selamanya...
Ha ah kan Rinn, mesti ada adengan minum air bersilang. Sib baik tak tumpah air tu! Hiihi... yang pastinya, dah terbatal air sembahyang... ahakss.. apalah yang ma merapu ni.. Masa kita dulu, mana ada silang silang ni... sendiri punya gelas, sendirilah minum
Sun 1-Nov-2009 08:16
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Betul kata MamaFaMi....... jangan kata minum air bersilang, bila orang suruh buat upacara suap-menyuap lauk, cheq protest habis-habisan!! Sun 1-Nov-2009 11:46
Posted by:Muna  - [Link]
Rinn...sama cantik dan sama padan. Cantik lah rinn snap terutama gambar yang masa minum air tu. Apapun saya doakan semoga berbahagia selalu..amin. Sun 1-Nov-2009 15:40
Posted by:noor  - [Link]
cantik..
berseri-seri
Mon 2-Nov-2009 02:47
Posted by:srsfeqah  - [Link]
memang cantik sangat2 pengantin ni kan...tu yang macam nak sanding lagi sekali hahahaha.buka ngan orang lain.tapi kita sanding balik upacara annivesary lah tu Mon 2-Nov-2009 05:57
Posted by:ct delima ct.the5@gmail.com  - [Link]
selamat pengantin baru buat pasangan mempelai...
saja ler tu suruh minum bersilang2 tangan gitu nak bg nampak mesra sikit sbb muka pengantin leh berdekat2an.. hehehehe... adegan suap menyuap dah takde ke skrg ni kak rinn?
Mon 2-Nov-2009 06:37
Posted by:MaDiHaA  - [Link]
salam kakrinn..lama x dgr kabo...igt dah tuka profession...hehehhe

>>sok2 kita soh mantin wat aksi mnm smbil baring lak...amacam?? hehhehe
Mon 2-Nov-2009 10:00
Posted by:jasmeen armadean@gmail.com  - [Link]
Ranking website dan blog di Malaysia http://websiterank.nohal.com. Daftar sekarang dan bawa masuk lebih ramai pelawat ke website anda! Tue 3-Nov-2009 03:25
Posted by:Malaysia Website and Blog Rank  - [Link]
kene makan lebih sket pengantin lelaki tuu....kurus bebeno Tue 3-Nov-2009 06:09
Posted by:huahua
salam rinnchan...lawa jugak kelabu asap ni...selamat pengantin baru..semuga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Tue 3-Nov-2009 11:44
Posted by:kak ina kl  - [Link]
cantik bajunya ....bridal mane Fri 6-Nov-2009 08:02
Posted by:dalinajohari@yahoo.com dalinajohari@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.