Seawal hari raya ke lima, bermulalah raptai majlis perkahwinan anak-anak buah kami. Pertama-tamanya ucapan Selamat Pengantin Baru buat pasangan Khairil Afri dan Siti Suhairin. Siti Suhairin ni adalah anak kepada sepupu hubby Rinn. Majlis diadakan di sebelah pihak pengantin perempuan dahulu, manakala di pihak pengantin lelaki kena tunggu sampai awal bulan Disember nanti. Lama gak ye gap nya....
Sejurus selepas majlis akad nikah di masjid pada sebelah paginya.
Mempelai sedang diarak menuju dewan majlis dan pentas persandingan. Walaupun Rinn tak berapa minat warna pink tapi tema mempelai yang berwarna pink kali ini amat sweeeeet sekali. Sesuai dengan pasangan mempelai yang secocok dan sepadan.
Oiikkk....offer bunga kat saper tu Adik Ulin ooiiii ????
Berjalan menuju meja makan adap-adap walaupun sebenarnya mereka tak duduk mengadap antara satu sama lain. Hmmm... mungkin perkataan "adap-adap" itu merujuk kepada makna yang berbeza. Kepada yang arif, silakan jawab..
Kalau ada jurufoto pro yang diupah untuk merakam gambar pengantin, mesti ada adegan ini. Kenapa eikkk?? ....Kesiaan pengantin, tapi kena sporting lah kan. Dah arahan dari pengarah jurufoto. Rinn tumpang sekaki jer klik sana klik sini heh heh heh. Gambar banyak sangatlah. Ni pilih-pilih aje....
Beberapa lagi pasangan pengantin akan menyusul pada entry-entry selepas ini. Mohon layan buat sementara waktu sebelum Rinn muncul kembali dengan resipi-resipi yang sempat dicuba. Jumpa lagi...
Quote:
Haaaiii semua. Iyeeeee....... Rinn still in piece. Masih boleh ketawa. Ha ah, tu antara gambar yang latest, menghadiri salah satu majlis perkahwinan yang tak habih2. Setiap hujung minggu mesti ada aje orang nikah kawin. Tak lari pi mana-mana pon. Tak tau nak bagi alasan apa. Nak bagi kategori pun tak pandai. Tak kisahlah apa pun. Yang penting Rinn nak mintak maap banyak2 kalau dah timbulkan keraguan yang tak munasabah sebab lama menghilangkan diri. Dapur pun dah lama tak buat eksperimen. Asyik masak ulangtayang. Rinn buat eksperimen lain sebenarnya..heh heh heh... tungguuuuuu
Terima kasih buat kawan-kawan dan adik-adik yang tidak lupa akan ulangtahun hari kelahiran Rinn pada hari ini 28hb Oktober. Yes... mengekori ahli-ahli Kelab 66 yang dah terdahulu meraikan hari kelahiran mereka pada tahun ini. Saper ye.... heh heh heh. Alaaahhh...kita-kita yang dah mencecah umur 43 tu laaa. Alhamdulilllah, Allah SWT masih meminjamkan Rinn nafas untuk mengabdikan diri pada kehidupan yang sementara ini. Makin sihat dan cergas rasanya. Hmmmm..... jom menyangkul !!! Assalamualaikum.
Allow me to be the first to comment in this entry...
Again....HAPPY BIRTHDAY TO YOU MY DEAR... Welcome to the Club 66 officially... hahaha...
Tu la, lama benor missing in action, sampaikan kami semua tertanya tanya... alhamdulillah everything is okay rupanya..
Wah ada projek baru? Menyangkul? Nak jadi Pahlawan Cangkul ke? Hehehe...
Apa-apa pun, take care and be happy always....
Ehhhh lupa pulak... tu la, dah tengok Rinn nyegih lebar, sampai terlupa pengantin kat atas tu... Tahniah dan selamat pengantin baru buat kedua mempelai. Moga berbahagia bersama selamanya.... amin
Masya Allah Rin, ingatkan apa dah jadi!! Raya pun sonyap je.. tak boleh nak contact langsung. Ni na bagi tau, Roszana nak ke Makkah hari Jumaat ni, cepat contact dia!!
kak riinnnnn! baru je tanya mamafami mana kak rinn pegi... bday kak rinn dah hilang dari kalendar sebab hp rosak, but hope it was a good one with many more to come
salam rinn, join the 43 club. zue dah jadi ahli 66. Happy birthday, semoga panjang umur, murah rezeki. thanx for sharing the recipe with us. kalau rajin jemputlah ke blog zue di www.cekmekzue-zue.blogspot.com
Thu 29-Oct-2009 04:20 Posted by:zue alor star zurianikadir@yahoo.com
Salam Rinn....Happy Belated Birthday semuga panjang umur serta di murahkan rezeki dan bahagia di samping family. Patutlah lama tak update kat sini...rupanya rinn busy dgn majlis kahwin emmp bulan 12 nie lagi banyak kenduri ye.
selamat menyambut ulang tahun ke43 Rinn....semoga sihat dan ceria disamping keluarga tercinta....lama nye menyepi...dah ada aktiviti lain ke....cepatlah update yg tu ye...
salam kak rinn mula2 nak ucap hepi belated besday lah moga bertambah2 rezeki akan dtg.
2nd rasanya kak rinn dah jawab dah nak tanya nape sampai 2 bulan hilang?ooo..ada xperimen baru ya nanti jgn lupa buat tayangan perdana ya nak gak tau xperimen apa sampai berbulan hilangnya tu
3rd semua dah pakat nak kahwin hujung thn jadi layan aje gambo2 tu.cantiklah baju putih bunga pink tu
Happy belated b'day rinnnn... muahhh!! muahhhh!!! sori trtinggal kapalterbang arr hehehe. semoga di panjangkan usia diberikan kebahagiaan hingga akhir hayat. dan semakin muda jelita selalu aminnnnn.
cepat2 lah berasapkan dapur ni balik ya rinn, ct rindu dah ni
assalamualaikum kak rinn.Saya baru jumpa fp kak rinn ni dan baru cuba resepi vanilla cupcake..memang sedap!Tak sabar nak cuba yang lain pulak.Tak tau pulak kak rinn dah lama menyepi apapun terima kasih sudi berkongsi resepi.Saya juga nak ucapkan selamat hari lahir.Tak sangka umur kak rinn dah 43! uihh tengok gambar nampak muda..semoga kak rinn dan keluarga sentiasa dalam perlindungan dan kasih sayang Allah swt.
Tahniah dan semoga berbahagia sampai ke syurga buat kedua mempelai..patut la macam pernah nampak je interior masjid tu sebab saya pun bernikah kat masjid tu jugak. Baru perasan bila baca signboard belakang pengantin..Masjid Solatiah Rapat Setia Baru Ipoh
Fri 30-Oct-2009 05:51 Posted by:mama zareff
ingatkan mak datin mana le tadi berbaju merah...
Fri 30-Oct-2009 07:11 Posted by:mklang
Salam Rinn...Selamat Hari Jadi ke 43....semoga semoga bahagia dan sehat selalu hendaknya Ucapan tahniah dan Selamat Pengantin Baru kpd anak buah Rinn yang come lote tuuu.....
Fri 30-Oct-2009 07:19 Posted by:Kak Rus kak-rusnah@yahoo.com - [Link]
merah sangat lah makngah....tringat iklan dulu>> selamat pengantin baru untuk kedua mempelai, moga berbahagia hendaknya.. dan juga selamat ulangtahun yang ke 43, dah potong ka belum....(potong kek dengan lilin 43 batang)...kita ni junior sikit jer dari kak rinn, hujung tahun ni nak mula dengan umur angka 4 ni....
thanx k.rin sudi menjengah blog sy...terharu...bukan salah akak sb perkataan parut tuh, mmg sy yg xtaw...so far 4 ur info....gambo tuh sblm masuk peti tapi bila dah masuk peti mmg lg sedap mkn kek tuh sb die cm padat jer.....sy guna walnut so agak krup2 jer bila mkn...anyway thanx for ur resepi2 yg best....
Sat 31-Oct-2009 01:35 Posted by:mrs.ongkoi - [Link]
Hadoii Rinn...rindunyer...risaunyer...ingat dah taknak muncul lagi....Alhamdulilah lah sehat dan masih boleh bergumbira ya.
Jaga diri leklok dan teruskan bergumbira....adeh...pinggang dah tak kuat lar nak nyangkul2 nih, guna jari jer boleh tak?
Sat 31-Oct-2009 04:01 Posted by:Queenjah
eh, kan dah terlupa, maklum lah akak nih angkatan yg terkeatas sikit dari 43 tu...
HAPPY BELATED BIRTHDAY! Moga hepi, moga ceria, moga bahagia, moga terus berusia...heee..
Sat 31-Oct-2009 04:03 Posted by:Queenjah
hoyey..hoyey..@ last kak rin menghupdatekan page nyer...take care kak..