Want your
own Fotopage?












































 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 9-Sep-2009 05:44 Email | Share | Bookmark
CARROT APPLE CAKE

Happy 9th Bday KEN !!!!
Carrot Apple Cake
Puasa puasa buat kek ??? Ha ah. Dua kali. Satu, request dari seorang adik cyber untuk dihadiahkan kepada ayahandanya di kedaerahan ini. Dan satu lagi untuk anak bujangku KEN yang berminggu-minggu asyik pukul canang pasal birthday dia pada 8hb Sep 2009. Dah lepas dah pun. Rinn sempatkan diri untuk mengadun sebijik kek yang ringkas pada harinya. Bukan kek span dan bukan juga kek coklat lembap. Kita tukar selera sikit kepada kek lobak merah. Macam pelik jer kan..tetiba beralih arah ke kek lobak .

Memang tak bercadang untuk meraikannya pada waktu berbuka. Lagipun Along Fina dan Angah Dania bukan ada di rumah. Tak seronok pulak kalau tak cukup korum ni. Yang menggembirakan, sepanjang bulan puasa ni Along dan Angah boleh balik pada setiap hujung minggu. Buat lagi sebijik kek kot weekend ni.. Apa pun Rinn kongsikan jugaklah resipinya di sini.



CARROT APPLE CAKE

BAHAN-BAHAN:
2 1/2 cwn tepung naik sendiri
1 1/2 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
1 1/4 tsp serbuk kayu manis
Secubit garam halus
3 /4 cwn gula perang halus
3/4 cwn (atau kurang) gula castor
4 biji telur
1 cwn minyak jagung
100gm mentega, dicairkan
200gm lobak merah, diparut
150gm apple hijau, diparut
30gm hazelnut (Boleh ganti dengan kekacang lain... )

CREAM CHEESE TOPPING:
250gm cream cheese
4 sudu makan butter
1/3 cwn gula icing, diayak
1 tsp jus lemon
* Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. Sapu atas kek.

CARA-CARA:
1. Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
2. Masukkan kesemua bahan lain.
3. Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit.
4. Lengser loyang 9 inci dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas. Tuang adunan.
5. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min ke 1 jam ikut oven masing-masing.
6. Sejukkan kek dan hias dengan cream cheese frosting.




Kek ini sebenarnya adalah olahan daripada resipi kek lobak merah dari kertas sisipan di kotak tepung naik sendiri Blue Key. Kebetulan ternampak yang itu, tak payahlah pi carik kat buku resipi lain. Rinn buat berdasarkan pada bahan yang ada dan ikut selera. Jumlah gula telah Rinn kurangkan. Asalnya 1 cwn tuuuuu.... Itu pun masih terasa agak manis sedikit. Mungkin 3/4 cawan gula castor boleh dikurangkan lagi kepada 1/2 cawan. Kalau tak bubuh terus nanti tawar pulak kek nya yaa... .

Masa nak berbuka tu kek pun dah siap dibakar dan disejukkan walaupun Rinn bancuh kek pada jam 4.30 ptg, sekaligus masak memasak untuk hidangan berbuka puasa. Toppingnya pun dah siap diputar. Oleh kerana kitorang tak bercadang nak potong kek masa berbuka maka Rinn tidak terus melepa. Lepas solat maghrib nanti baru nak buat. Tunggu KEN dan ayahnya balik terawih baru nak hidang. Kira macam makan "moreh" lah.




Buat kek atau makanan pada sebelah lewat petang dan malam ni agak tidak menyenangkan untuk dirakam gambar. Gambar-gambar ini diambil pada waktu tengahari keesokan harinya. Masa KEN potong kek dan kami makan malam 8hb tu, kek KEN polos aje. Setakat disapu creamcheese topping. Kosong. Esoknya bila nak amik gambar jer Rinn make up kan sikit. Kek pun dah tinggal separuh. Tu yang gambar pun separuh jer..

Ok, kepada yang suka kek lobak merah, kek ini memang mampu memancing selera. Rinn pun makan dua potong. Teksturnya elok, lembap dan gebu. Lepas sapu topping tu simpanlah sekejap dalam petiais. Bila dikeluarkan, nyaman aje bila dimakan.....

PS : SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE 9, KEN. WE LUV U...

salam kak rin....wah sedapnya kek lobak tu.....menyelerakan
psss: kak ada kad raya....silalah gtg di FP akak yea.....
Thu 10-Sep-2009 09:23
Posted by:azura etika.admin@etikadairies.com.my  - [Link]
Aduh...kek carot....ni yang tak tahan tengok ni.. Thu 10-Sep-2009 13:30
Posted by:Kmal amalhayati68@gmail.com  - [Link]
Love the cake.....nicely decorated.
Happy 9th Birthday, Ken!!
Thu 10-Sep-2009 13:44
Posted by:Muna muna_fadaaq@yahoo.com  - [Link]
nampaknya kek ini berjaya memancing kakliza laa..
Insyaallah nak mencuba satu hari nanti...
Thu 10-Sep-2009 16:44
Posted by:kakliza  - [Link]
Salam Kak Rin...Kak Rin kat SP kan? Belah mana? Fri 11-Sep-2009 01:01
Posted by:hijriah  - [Link]
Cantik Deco kek tu..
Happy Birthday KEN..birthday KEN samalah dengan birthday anak saya 8 Sept..
Tinggal kat Sp kat mana ye...
Fri 11-Sep-2009 01:24
Posted by:Princess Lia ainasarajefri@yahoo.com  - [Link]
Semalam lagi mama nak wish, tapi fp macam tak restu je... sabor je la...
Happy belated birthday to Ken...
Wah syioknya tengok kek ni... cam teringin je nak cuba try test....
Fri 11-Sep-2009 01:42
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
samalah kita kak rinn.. bln puasa ni dah 2 kali wat kek
bukan sebab rajin sangat ataupun dok teringin nk mkn kek.. tp sebab nak sambut besday org...
p/s: hepi belated besday ken.. sebaya kak dini rupanya yer...
Fri 11-Sep-2009 01:45
Posted by:MaDiHaA  - [Link]
happy belated bday to ken..
cantek kak deco tuh..
nih kalu pi kedah raya nanti nk singgah umah kak rinnn nih..
Fri 11-Sep-2009 03:27
Posted by:afairuz  - [Link]
moreh makan carrot cake? kelas... hehe...
selamat hari jadi, anak bujang kak rinn sorang
Fri 11-Sep-2009 04:46
Posted by:lee lin  - [Link]
hepi belated befday to ken....befday anti sehari pas tu..tp xdak sape watkan kek..huk..huk..
dulu2 kalo bli tpg blu-ki tu mmg dpt resepi..kotak baru ni dah xde resepi..kalo tau dulu..simpan siap2...
br ni ada buat gak karot kek..tp xdan nak snap dah habih kena ngapp..sedap sgt..
Sat 12-Sep-2009 01:59
Posted by:umieaisyah  - [Link]
happy birthday ken, apa full name dia kak rinn? Sat 12-Sep-2009 14:20
Posted by:zany
salam kenal, wah kek lobak.mesti sodap kan....selamat hari raya Mon 14-Sep-2009 03:08
Posted by:shaza  - [Link]
Salam kenal k rinn..saya selalu jadikan fp k rinn sebagai panduan..resepi k rinn semua nye x dinafikan kesedapan nye..nnt saya nak cuba buat cheese brownie tu..sgt mengujakan tekak saya la..
p/s : k rinn x marah kan saya mencuba resepi k rinn..
Mon 14-Sep-2009 03:32
Posted by:Ina imanzikry_ina@yahoo.com.my
wow..... sedap nya kek ni . pandai kak rin buat yea . kalo lah saya dapat buat kek macam nie untuk owg tersayang kan best..saya tak pandai sgt msk maupun buat kek mcm nie
Tue 15-Sep-2009 03:33
Posted by:syuhada sue_omell@yahoo.com.my
salam rinn,cikmanggis nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin.minta halalkan cikmanggis selalu datang blog rinn ambik resepi.Terima kasih daun keladi,nnt bcikmanggis datang lagi Tue 15-Sep-2009 23:39
Posted by:cikmanggis
Lama betul tak jengah sini. Bila dah datang pasti air liur meleleh tengok resepi yang sedap2..Akak nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Wed 16-Sep-2009 17:18
Posted by:kak jie jie  - [Link]
Selamat hari raya Aidilfitri buat K.Rinn sekeluarga.....
moga k.Rinn ceria di lebaran ni....
Thu 17-Sep-2009 09:32
Posted by:Mamasya  - [Link]
happy belated birthday Ken.....
yummynya kek karot......
Thu 17-Sep-2009 09:33
Posted by:Mamasya  - [Link]
Harap tidak terlewat untuk ku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... MAAF ZAHIR & BATIN
Semoga ceria2 bersama keluarga tercinta & sanak saudara yg dikasihi
Jangan lupa ambil kad rayo ye..
Thu 17-Sep-2009 19:31
Posted by:faradilawati  - [Link]
Selamat Hari Raya Rinn dan keluarga, apa kabar??? Maaf lah auntie dah lama tak mengupdate fp auntie, kerana terlalu sibuk, tapi
boleh dikata kan semua semua entry2 Rinn, auntie ikut, dan resepi2 Rinn banyak yg auntie cuba, semua sedap2 belaka
terima kasih ye kerana berkongsi resepi
Fri 18-Sep-2009 00:01
Posted by:umi-kal  - [Link]
salan k.rin...selamat hari raya adilfitri maaf zahir dan batin..salam perkenalan dari saya dan terima kasih atas resipi yang k.rin kongsikan bersama..banyak jgk dah yg saya cuba...harap halal la ek..berhatix pulang ke kampung Fri 18-Sep-2009 00:47
Posted by:mrs.ongkoi
Minal aidil wal faizin Fri 18-Sep-2009 01:38
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
Salam Rinn....kak rus nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri...Maaf segala kesalahan dan kekasaran bahas yg dibaca....moga Rinn yg ceria selalu bertambah ceria di hari mulia ini bersama keluarga.... Fri 18-Sep-2009 12:51
Posted by:Kak Rus kak-rusnah@yahoo.com  - [Link]
Selamat Hari Raya Mon 21-Sep-2009 21:16
Posted by:~F&Z~  - [Link]
KEIKI NO SYASHIN O MIRU TOK......OISHII SOOOO....
Nyum......
Tue 29-Sep-2009 08:23
Posted by:mun@ayah tgnail@tm.net.my  - [Link]
mak aii..perfect betul kek tu..kalau daku wat mesti comot2.. Tue 29-Sep-2009 09:59
Posted by:wa  - [Link]
Salam Semua...tumpang iklan ye..

Ingin belajar membuat aksesori kristal dan manik? Anda pasti akan gembira kerana dapat membuat sendiri aksesori anda disamping sebagai sumber pendapatan...
Kami sedia memberi tunjuk ajar kepada yang berminat
Sila hubungi saya reen – 012-2608297
Klik http://reewancrystal.fotopages.com

Berminat untuk mendapatkan khidmat solekan dan andaman... untuk dinner,bertunang @ pengantin..
Kami menawarkan harga yang berpatutan...
Hubungi reen -012-2608297 wan 012-6272579
Klik http://reewanbridal.fotopages.com

Thu 1-Oct-2009 03:46
Posted by:ReeWan reewancrystal@yahoo.com.my  - [Link]
salam...fuh..meleleh di buatnye nenok cake carrot tu..hehe..salam perkenalan


Tompang iklan ye tuan rumah..


http://zoomer.fotopages.com/

http://www.facebook.com/noor.azam.aziz?ref=ts

Menawarkan perkhidmatan dalam photography
Thu 1-Oct-2009 08:18
Posted by:Zoomer Photography jutatrend@yahoo.com  - [Link]
salam rinnchan..akak ambil resepi kek marble susu .. c & p ye..selamat hari raya.. Fri 2-Oct-2009 01:23
Posted by:kak ina kl  - [Link]
hihihi....TQTQTQ kak rin....kek kak rin tu sedap...dorang kat kampung tu sayang nak abiskan.....makan sikit-sikit jer...heheh....TQ kak rin kerana menyampaikan hajat saya & telah bersusahpayah. maaf sekali lagi krn byk kali tangguh. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. TQ Fri 2-Oct-2009 02:41
Posted by:nwc norshahidawanchee@gmail.com
Salam Aidilfitri kak rinn.. Jemput singgah umah untuk ambil kad raya dari naz yang lewat dihantar ye! Fri 2-Oct-2009 04:32
Posted by:naz  - [Link]
IKLANKAN PRODUK ANDA DI :

http://www.Mesti.my/permatarizqi
Fri 2-Oct-2009 16:19
Posted by:IKLAN  - [Link]
wah sodap
SALAM AIDILFITRI
Mohon Maaf Salah & Silap
Sat 3-Oct-2009 00:38
Posted by:srsfeqah  - [Link]
salam...
best tgk akak jalan2 kt south thailand..
klau akak buat package, confirm sy join...hehe
akak duk kedah ke?
p/s;sori soklan lari dr topik
Mon 5-Oct-2009 07:58
Posted by:ims85m missgurlie85@gmail.com
slmt hari raya kak....mana gbr raya? cepatlah update tak sabar nak tgk..... Mon 5-Oct-2009 09:12
Posted by:azura etika.admin@etikadairies.com.my  - [Link]
salam aidilfitri.bila nak update ni.... Wed 7-Oct-2009 11:08
Posted by:shaza  - [Link]
keki wa oishi so...sukoshi chodai, ii desu ka? salam aidilfitri k/rinn. lama tak lawat sini. byk n3 nak kena qada nih hehehe Wed 7-Oct-2009 14:48
Posted by:zanaz zanaz70@yahoo.com  - [Link]
Salam K.Rin. Lamanya cuti beraya.....Bila nak update ni... atau k.rinn pun sibuk macam Yati.... Thu 8-Oct-2009 08:53
Posted by:yati yadami68@yahoo.com  - [Link]
Adakah anda lelaki perkasa!!!....
Anda mengidamkan saat memuaskan batin pasangan anda?..

Tapi....
1. malu untuk bertanya...
2. malu untuk ke kedai / farmasi...
3. tak tahu apa harus dibuat...

Sekarang!!!...tidak lagi,
di sinilah jalan penyelesaiannya.....
DAPATKANNYA di sini http://idamanonline.portalniaga.com


PRODUK TERHEBAT & TERLARIS.....

PASTINYA SEKS ANDA MENJADI LEBIH BEST.....

SINCE 1990


|CINCIN ZAKAR | MINYAK URUT ZAKAR | BESARKAN PAYUDARA & ZAKAR |
|WANGIAN MENGGODA DAN SEXTOYS |JERSI EPL PUN ADA |
http://idamanonline.portalniaga.com

Kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bakal berkahwin, jangan ambil mudah berkenaan
hubungan seks suami-isteri. Berfikirlah secara positif dan terbuka.

Sat 10-Oct-2009 08:46
Posted by:pok loh  - [Link]
looking for ready stock crocs shoes ?
log on to
http://crocsmania.fotopages.com
authentic crocs at affordable price
Tue 13-Oct-2009 05:38
Posted by:CROCSMANIA
salam k.rin kemana menghilang ne... Tue 13-Oct-2009 09:00
Posted by:mrs.ongkoi
Jemput ke blog selimut tampal / selimut patchwork http://mylittlekiosk.blogspot.com Thu 15-Oct-2009 05:19
Posted by:sue
Rinn, lamanya menyepi....
rindu nak tgk projek yg terbaru
Thu 15-Oct-2009 23:12
Posted by:Roszana  - [Link]
suka carrot cake....nyummy... Fri 16-Oct-2009 06:39
Posted by:wawa  - [Link]
salam ziarah...
lamanya k rinn 'hibernate'...
Sun 18-Oct-2009 01:10
Posted by:umieaisyah  - [Link]
where r u sister much day not see? Sun 18-Oct-2009 03:45
Posted by:moona moona_soonu@yahoo.co.in
Jom shopping!!!! kalau nak beli kerongsang boleh beli dekat blog saya.. http://jelita-shopping.blogspot.com/ Tue 20-Oct-2009 03:26
Posted by:unnamed  - [Link]
are u ok? Tue 20-Oct-2009 16:39
Posted by:boxhousestudio
Salam Rinn Chan. Lama tak baca cerita dari Rinn. Sibuk ke? Wed 21-Oct-2009 09:28
Posted by:unnamed
Assalam.....Kak Rinn, bz ker?? Bila nak update? Thu 22-Oct-2009 01:32
Posted by:royza royza6577@yahoo.com.my
salam....kak rin...sy ni silent reader fp kak rin ni....sume resepi k.rin nampak sgt sedap.....k.rin dok area sg petani kan?area mana?sy pun dok sp gak.....kalau nak wat tempahan kek utk my wedding bln 12 ni boleh ke k.rin?k.rin boleh bg no hp tak, lg senang sy call akak....tq ye.... Thu 22-Oct-2009 02:55
Posted by:rafika phyie_car@yahoo.com
Salam Rinn....lama tak dak berita....Apa khabar?Harap-harap Rinn sihat walafiat......update ya....ramai kawan rakan dok tunggu... Thu 22-Oct-2009 23:50
Posted by:Kak Rus kak-rusnah@yahoo.com  - [Link]
salam kak rinn,lama menghilang,bercuti ke? Sat 24-Oct-2009 15:38
Posted by:nik nikej21@yahoo.com
salam puan rin...salam perkenalan..nak tanya sikit carrot,apple,hazelnut tu timbang baru parut/kisar or parut/kisar baru timbang....saya baru nak belajar bab2 masak kek ni..hehehe..tq Sat 24-Oct-2009 19:15
Posted by:khatijah
nak tanya lg...carrot/apple yg diparut kena perah ke tak? Sun 25-Oct-2009 03:54
Posted by:khatijah  - [Link]
salam kak rin. saya nak tumpang iklan..

jemput singgah ke http://superkidstore.blogspot.com

ada branded kids wear, smocked dress,swimsuit for kid at special price.....
Sun 25-Oct-2009 15:41
Posted by:superkid store superkidstore@gmail.com  - [Link]
Salam Kak Rin..tumpang wat promosi..
20% discount baju kurung moden ready made..
Kain sulam halus KELLY dan COTTON utk kebaya, kebaya kurung dan kurung moden
Kain CHIFFON berlabuci BLINK-BLINK sulaman tangan benang CORNELLI untuk kebaya kurung moden
dan berbagai design baru yang pasti mengancam...
Mon 26-Oct-2009 00:52
Posted by:MAMALUQ@REENA mamaluqnqis@gmail.com  - [Link]
Salam..lama tak masuk FP.Seapa namapk cake tu..
Akak sejak balik Msia nie sibuk dgn anak-anak.La ni anak dah besar sikit rasanyer boleh dah nak update FP tapi kadang2 tu sibuk plak dgn kerja rumah.

Kalau sudi jenguk la FP saya, ada buat online busana musliamh sikit2.
Sila lah jenguk..
http://ummyfaqihahibni.fotopages.com/
Mon 26-Oct-2009 03:23
Posted by:aureanayz  - [Link]
Hari ni 28Oktober...tak silap B'day Rinn kan..... Happy B'day....moga dipjgkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yg baik. Cepat la update..rindu dah ni nak tgk makanan rinn. Wed 28-Oct-2009 00:47
Posted by:amal5041 amalhayati68@gmail.com  - [Link]
HAPPY BIRTHDAY RINN
Will be right here waiting for all the lovely recipes!
Take care!
Wed 28-Oct-2009 02:11
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Lama tak update...tak sabar tunggu masakan baru....
Anyway HAPPY BIRTHDAY to you RINN...
Wed 28-Oct-2009 07:05
Posted by:Princess Lia ainasarajefri@yahoo.com  - [Link]
Assalam to u Rinn sklga smuga d dlm sihat sjhtera slalu hendaknya...insyallah.
Rinn i sukalah tgk fp u nie & tak sabar rasanya nak menunggu resepi2 menarik yg sterusnya dari u. Kedua mempelai pengantin anak saudara u tu cantik lah Rinn, sama cantek & sama padan nya..bgai penang d belah dua.
Salam syg & salam perkenalan dr saya d S'pura..
Mon 9-Nov-2009 05:01
Posted by:Kak gee fau2z@hotmail.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.