Want your
own Fotopage?












































 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 9-Sep-2009 02:15 Email | Share | Bookmark
DAGING MASAK KICAP, SAYUR BABY KALE

 
 
Rasa macam pelik pulak bila hari-hari masak dan hari-hari nak kena amik gambar dan post entry masak-masak bulan puasa kat sini. Ni dah banyak hari tak update nii... dah malas dan bosanlah tu ya . Nak buat macam mana kan. Bila dah nak melepasi dua pertiga bulan puasa ni..mulalah macam-macam sindrom yang muncul. Nak kata malas tak jugak. Mungkin, saja-saja meng"enggan"kan diri.

Biskut raya belum buat lagi tau ni. Rasa macam masih awal pulak, bagi Rinn lah. Mungkin orang lain dah berbalang-balang tersusun. Yang biznez tu mungkin dah berkotak-kotak buat shipment. Nanti-nantilah....

Sementara itu moh ler jamu mata dengan beberapa menu. Sebenarnya banyak yang Rinn tak rakam. Kamera Rinn bila masuk bulan puasa dah jadik macam apa entah...berminyak-minyak, siap pakai bedak "tepung", tercalit itu tercalit ini...macam-macam lagilah. Paham-pahamlah kan. Dah lah kita nak kejar waktu berbuka. Nak masak awal..rasa tak syok pulak bila hidangan cepat sejuk. Masak lewat...itulah jadiknya. Sat capai senduk, sat capai kamera.




Daging Masak Kicap adalah antara lauk ulangtayang yang cukup popular di bulan puasa ini selain ikan kukus. Nak masaknya pun ringkas dan senang tapi cukup menangkap selera seisi keluarga. Keluarga Rinn lah !!!

DAGING MASAK KICAP

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging lembu ( Untuk berbuka dan sahur.... )
1 biji bawang besar, dimayang
3 biji bawang merah, dimayang
5 biji bawang puith, dimayang
3 cm halia, dihiris nipis
1 tbs serbuk lada putih
3cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Kicap lemak manis secukupnya
Garam secukup rasa
Sekeping asam gelugor kecil
Minyak utk menumis

CARA-CARA:
1. Hiris daging nipis. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis semua bawang hingga layu.
3. Masuk semua rempah dan tumis terus.
4. Masukkan serbuk lada putih dan kacau hingga naik bau.
5. Masukkan daging dan kacau rata seketika. Tuangkan sedikit air dan tutup kuali. Biar sehingga daging masak dan lembut. Sesekali kacau.
6. Masukkan kicap secukupnya. Tambahkan air untuk kuah.
7. Perasakan dengan garam. Masukkan asam gelugor. Kacau rata.





SAYUR BABY KALE
BAHAN-BAHAN:

5 pokok sayur baby kale
1/2 biji bawang besar, dimayang
3 biji bawang putih, diketuk
5 biji cili padi
segenggam ikan bilis
2 tbs sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak utk menumis

CARA-CARA:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang2, cilipadi dan ikan bilis hingga layu.
2. Masukkan sos tiram. Kacau rata.
3. Masukkan sayur dan tumis hingga layu.
4. Perasakan dengan garam dan gula. Tambah sedikit air dan kacau rata.


Mungkin ada yang tak biasa tengok dan makan sayur ini. Ianya kelihatan seperti sebiji mini kobis, memang comel rupanya. dalam rumah ni, selain Rinn, Angah Dania adalah peminat sayur baby kale. Tapi jangan tertipu kerana rasa baby kale jauh lebih sedap dari kobis biasa. Boleh juga dimasak ala-ala kailan ikan masin. Cubalah. Masih ada beberapa hari untuk merasa hidangan-hidangan ini di bulan puasa. Lepas raya pun boleh juga.... . Takkan cuti masak terus kooott....


Salam...

la... ingatkan saya sorang je kene sindrom malas masak bila dah nak raya ni kak Rinn. Smlm siap anak2 bising lagi sebab saya masak telur goreng curah kicap dgn. ikan bilis goreng kentang cili. Sayur lak masak tauge goreng je. Dah tak tau nak masak apa. .
Wed 9-Sep-2009 03:14
Posted by:yatie  - [Link]
penyakit dah mula nak sampai ni dah mcm 2 maklumlah dah nak ujung ni kata org tua2 puasa dah tua(klu kat tempat sayalah ckp mcm tu)
saya pun dah mcm kak rinn tak tau nak masak apa semlm grg bihun aje abis cerita tak yah nak pikir lauk apa nak masak sahur lak wat sambal telur nak mkn pun mcm dah takde selera.daging kicap tu baru aje masak tapi pesen lain lah nanti leh cuba kak rinn punya resipi lak

p/s jemput ambik kad raya ya
Wed 9-Sep-2009 03:47
Posted by:ida  - [Link]
Salam Rinn..bestnye lauk2 tu..keluarga akak pun suka sgt daging / ayam masak kicap..apa2 stail masak pun laku!!!! Wed 9-Sep-2009 03:48
Posted by:roylazim  - [Link]
Apa saja...asalkan lauk tu berkicap memang suka...telur goreng letak kicap dgn tabur lada hitam sikit pun sedap...
Kailan ni baru jugak kmal buat..tapi mcm rinn cakap le terkejar masa..bnyk yg tak dan nak ambik gambar.
Wed 9-Sep-2009 03:53
Posted by:amal5041 amalhayati68@gmail.com  - [Link]
marisa puasa lagi? Wed 9-Sep-2009 04:12
Posted by:lee lin  - [Link]
salam krinn..bulan puasa ni dah tiga kali menu masak kicap....ayam masak kicap,ikan masak kicap....lauk2 cenggini jer yg senang kalu ndak suh my3Q makan time berbuka puasa dengan nasi...tukang masak lak yg boring... Wed 9-Sep-2009 07:31
Posted by:bungamekar  - [Link]
salam kak... ehehehe paham sgt dgn sindrom yg melanda ni....
saya lak snap pics mcm biasa sbb siapkan semua by 6.45pm, tabi bila time nak upload and update tu yg agak2 liat... lebih selesa dan senang bersantai atas katil dgn aina
my feberet sayur too... actually kak, apa2 yg di'kicap'kan mmg sedap!!
Wed 9-Sep-2009 08:17
Posted by:Aliza  - [Link]
looking for ready stock crocs shoes ?
log on to
http://crocsmania.fotopages.com
authentic crocs at affordable price
Tue 13-Oct-2009 05:40
Posted by:CROCSMANIA


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.