Want your
own Fotopage?












































 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 3-Sep-2009 01:18 Email | Share | Bookmark
TAKOYAKI (OCTOPUS DUMPLING BALLS)

Sapu minyak masak
Tuang adunan
Bubuh tako
Bubuh daun bawang
Tabur udang kerpal
Dah taruk semua...
Tutup dengan adunan
Kikis adunan melimpah
Kasi terbalik sama dia
Buat betul2 !!
Tunggu garing
Angkat
Bonito Fish Flakes
Tabur dah bubuh apa yg patut
Letak mayonnaise
Yuk makan !!!
Masak apa pulak kali niiiii...??? TAKOYAKI laaaa. Memang suuuuuka sangat makan menatang ni. Nak buat lama dah tapi tak ada Tako Makernya. Kawan-kawan kata, guna aje acuan kuih cara. Hmmmmm.... tak bulatlah pulak nanti bentuknya. Tu yang asyik tertunda-tunda projek tako.

Heh Heh.... Tak sangka-sangka masa pi Siam hari tu kebetulan terrrrrjumpa Tako Maker. Yuuuu Huuuuu....pucuk dicita, ulam mendatang. Dear hubby dengan bermurah hati belikan untuk Rinn. Rinn tahu, dia pun suka makan takoyaki ni keh keh keh... . Alkisahnya, bila dah beli Tako maker tu... tak sempat-sempat jugak nak cuba. Bukan sebab apa, dah dua kali pi Jusco cari tepung takoyaki tapi tak pernahnya ada stok. Atauuuuu...memang tak pernah ada !!! .

Saaampailah masuk Ramadhan...tetiba keinginan nak buat semakin memuncak... semak-semak resipi, kira ok lah. Kita hantam saja guna tepung gandum. Tahu memang tak banyak beza dari segi rasa...tapi kalau dapat tepung takoyaki yang sebenar alangkah bestnya. Ok...let's see what we have here...






TAKOYAKI ( OCTOPUS DUMPLING BALL )
Sumber : youtube.com
BAHAN-BAHAN:
1 biji telur
340ml air sejuk berais
1 tsp kicap soya cair
Secubit garam
1/2 tsp granulated DASHI ( Tak ada.... )
100gm tepung gandum (Kalau ada tepung takoyaki lagi ummmpphhh )

150gm octopus, direbus
1/2 cup cebisan tepung goreng tempura (Tak bubuh)
Pickled ginger secukupnya(Tak bubuh)
Pink shrimp secukupnya, digoreng tanpa minyak dan diramas halus
Daun bawang secukupnya, dihiris halus
Hanakatsuo (Dried bonito fish flakes)
Wochestershire Sos Lea & Perrin
Mayonnaise

CARA-CARA:

1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga kembang.
2. Tuangkan air sejuk, dashi, kicap soya cair, dan garam. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung yg telah diayak terlebih dahulu dan kacau sebati.
4. Panaskan Tako Maker. Sapu minyak masak.
5. Tuang adunan hingga penuh. Melimpah pun tak mengapa.
6. Isikan tako, cebisan tepung goreng tepung tempura, pickled ginger, dried pink shrimp dan daun bawang.
7. Tuangkan sedikit lagi adunan untuk menutup semuanya.
8. Kikis lebihan2 adunan dan masukkan ke dalam adunan dalam lubang-lubang tako maker.
9. Terbalikkan tako menggunakan lidi sate atau tooth pick.
10. Terbalikkan beberapa kali sehingga bahagian luar takoyaki garing dan dalamnya masak.
11. Angkat dan taburkan fish flake, renjiskan Wochestershire sos dan drizzle dengan mayonnaise.
12. Masa nak makan, cicahlah dengan kicap cair..kalu suka laaa.

Octopus atau sotong kurita ni pun bukan mudah nak cari. Selalunya memang tak ada kalau cari kat pasar-pasar biasa. Kat Jusco mungkin ada di bahagian sushi. Jadinya, Rinn guna sotong biasa yang saiz besar dan berkulit tebal tu. Nak lebih mudah, Rinn cuma ambik janggut sotong. Badan dia buat masak lain heh heh heh.




Kecoh jugak sebenarnya nak menyediakan takoyaki ni. Dah lah bahan-bahannya susah nak cari. Bagi yang tak biasa, mungkin tak biasa dengar bahan-bahan macam dashi, bonito fish flake etc. Masa nak buat nampak macam senang. Part yang agak mencabar adalah masa nak terbalikkan takoyaki tu menggunakan dua batang lidi sate. Silap-silap haribulan boleh hancur. Tapi bila dah get the hold of it.... seronok pulak. Elok diterbalikkan...bulat aje bentuknya. Silap terbalikkan.... macam-macam ragam lah bentuknya




Apa pun, kalau dah teringin, buat jugaklah. Dah dua kali buat masa sepanjang puasa ni. Satu adunan boleh dapat dalam 2 dozen takoyaki. Oleh kerana minggu pertama puasa cuti sekolah, semua rakyat jelata ada kat rumah plus MIL pun ada sama. So, Rinn buat dua adunan.... Langsai !!! Tapi MIL makan sebijik..dah menjuih-juih bibirnya. Ha Ha Ha... bukan selera dia. Kalau kosui ok lah kannnn . Baru-baru ni cumai satu adunan sebab hanya tinggal kami berlima. Marisa memang tak reti makan.



Pertama kali buat, Rinn bukak puasa kenyang makan takoyaki. Tak makan nasi pun seperti hari-hari selalunya...... . Seronok sebab dah boleh buat sendiri di rumah. Kalau nak beli yang dah siap, susah jugak sebab ianya bukan ada dijual di tepi-tepi jalan macam orang jual burger. Kalau kat Jepun lainlah cerita. Kat sana kira macam orang kita jual burger lah kat sini. Mana-mana pun boleh jumpa. Kat jusco dan beberapa shopping kompleks yang besar2 mungkin ada jual. Pernah jumpa, 6 ketul dijual dengan harga RM4. Kalau buat sendiri???....Hmmmm....jauh lebih murah dan boleh buat banyak



aaahhh...my favourite!!
tapi...ermmm...tak buat kot. sanggup beli sbb nak carik bahan teramat seksa
Thu 3-Sep-2009 04:05
Posted by:Aliza  - [Link]
ado ko kasik mak mentuo makan takoyaki... eden mudo pun tak pornah dongar! hehe Thu 3-Sep-2009 05:02
Posted by:lee lin  - [Link]
lorrr kak rinnnn!!!.. bonito fish flake tu sumer tulisan jepun jekkk.. ada yg tersalah beli karang...
salu gak nampak kwn2 buat takoyaki ni termasuk mamazieza.. tp lom terbuka hati lagi nak try wat.. acuan tu usah ckplaaa... mmg takde pon.. hehehe.. mungkin sbb lom pernah rasa kot.. kalau dah pernah rasa tu.. tau kesedapannyer.. mesti laju jer nak menerai... ni kalu kat m'sia ni ibarat cara berlauk laa niii
Thu 3-Sep-2009 05:09
Posted by:MaDiHaA  - [Link]
bestnya...makan masa panas-panas! Teringat takoyaki Mamazieza dulu tu. Dashi tu biasanya Maisya ganti dengan serbuk ikan bilis je Thu 3-Sep-2009 05:29
Posted by:maisya mayzatt@yahoo.com  - [Link]
Mummy pun tengah cari acuan tu tapi tak jumpa atau mungkin tak cari dengan betul!
anak2 memang suka takoyaki ni, bahan2 nya rasa nya tak susah nak cari kat sini sebab ada section khas untuk makanan jepun ada dijual. Cuma kadang2 tak kuasa nak ronda2 kat supermarket tu .
Thu 3-Sep-2009 05:46
Posted by:mummy jam  - [Link]
salam....aritue jln2 kat pakson ada jual acuan tue.tp xbeli sbb da tau mmg xkan buat puyer. nk gak rase .kak rin nk sepinggan.... nk buat pn susah laa bahan dia nk cr.pelik pn ye gak Thu 3-Sep-2009 06:31
Posted by:eiyna eiyna_zr@yahoo.com.my  - [Link]
terliur nyer tgk tako...

jom tengok blouse yoyo or lycra di http://adeenas.fotopages.com
Thu 3-Sep-2009 07:26
Posted by:unnamed
Hi Rinn, when I make this, I don't use any special takoyaki flour too. I use cake flour mixed with a little bit of tapioca flour. Try it next time! Thu 3-Sep-2009 07:29
Posted by:Sash
best nyer..my fav tuu tp maner nk cari acuannya k.rinn? Thu 3-Sep-2009 09:40
Posted by:tieyha nfb89@yahoo.com  - [Link]
kak rin, balik klang, mai plaza masalam, ada org melayu jual ni, anak saya suka sungguh takoyaki ni, saya tak boleh pulak, bau telur, bau udang bagai Thu 3-Sep-2009 15:11
Posted by:zany
>> octopus dumpling ball...?
>> first time dengar ni...
Thu 3-Sep-2009 16:41
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Dah lama tengok orang asik dok wat benda ni. Tapi tak tahu kat mana nak beli acuan tu... Wah cakap penuh semangat je. Macamlah kalau ada acuan, mama akan buat... Thu 3-Sep-2009 22:51
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
kak rin...menariknya..klu bakar akok dlm tu ok gak kan? Fri 4-Sep-2009 00:57
Posted by:loomot  - [Link]
Rin... Bila lagi nak promote tako pan tu?????

Laa ni tepung tako dah ada jual kat Jaya Jusco... baru ni mama tgk ada...
Fri 4-Sep-2009 01:44
Posted by:mamazieza
wahhhhh
sedapnyer... msti best bau nyer kn....
terasa2 lg kesedapan nyer bile cair dimulut... aduh
Fri 4-Sep-2009 01:49
Posted by:dana mmg cute tulip_putihdana@yahoo.com  - [Link]
Kalo tgk bahan ngan cara kakrinn citer nih, wajib x sanggup ku buat kak... kalo dpt mkn laju kot....ekekeke Fri 4-Sep-2009 01:56
Posted by:jasmeen armadean@gmail.com  - [Link]
fuh sunggoh menyelerakan. tp bhn2 nya pelik2. 1st saya dgr Fri 4-Sep-2009 02:22
Posted by:ai aifa_98@yahoo.com  - [Link]
saya pun sama mcm madiha gak sebab nya tak pernah lak mencuba rasa apalah lagi mencuba beli dulu masa keje kat jusco memang ada lah org jual manatang ni dan lagi satu rasanya dlm byk2 supermarket jusco aje yg ada section utk mknan jepun tempat lain mungkin ada gak tapi tak sebyk jusco tau kenapa sebabnya jusco ni dia punya HQ adalah dr japan dan bos2 GM lah bagai2 lagi tu semuanya dtg dr jepun tu pasal kena ada mknan dr sana.tapi saya pening bila dengar org jepun speaking mat salleh ada bunyi mcm jerman pun ada.
so sesapa yg teringin nak mkn makanan jepun mcm kak rinn wat tu gi lah cari brg kat jusco aje tp biasalah mahelll sikit lah.teman suka window shooping aje.

kak rinn sedap ke tako tu sampai 2 kali buatnya.ada rasa pedas ke apa?
Fri 4-Sep-2009 03:17
Posted by:ida  - [Link]
Teringin juga nak buat takoyaki ni, kes terbaca lam fp mamazieza la dolu dolu....pastu faktor acuan dan bahan (tepung) pun macam susah nak cari mana pun tak tau......pendam gitu aja dan terus terlupa....ni kak rinn macam perangat balik pulak dah ni, tapi kalau buat lam acuan cara tak best pulak kan ......pernah makan satu ketika dulu... Fri 4-Sep-2009 07:42
Posted by:Haniss  - [Link]
mmg global la dapo k rinn ni...kali ni 'dasar pandang ke timur' plak ye..
aritu ada jual kt greentown mall ipoh..4 bj 2 ringgit..sedap le juga..rasanya cam cucur udang tp x digoreng....tp rasanya xleh menggantikan nasi cam k rinn..perut melayu le katakan..
yg tabur kt atas tu cam kulit bawang tu aper??
Fri 4-Sep-2009 07:54
Posted by:umieaisyah  - [Link]
oppps..sori..tu le fish flake tu ye...x prasan td... Fri 4-Sep-2009 07:56
Posted by:umieaisyah  - [Link]
my pebret..satu pinggan afai leh abiskan..
lama dh tak wat..nyum..nyum..kene gi jusco nih..beli dah siapnyer..terus ngap jer..heheheheh
Fri 4-Sep-2009 09:08
Posted by:afairuz  - [Link]
Selamat menjalankan ibadah Puasa dan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin dari Ustaz Azizi Hj Misbah
http://duniamystery.blogspot.com
Fri 4-Sep-2009 12:19
Posted by:Ustaz Azizi Hj Misbah  - [Link]
Tumpang iklan yer...TQ
Clearance Sale at http://noorainisaaim.fotopages.com/
Fri 4-Sep-2009 14:03
Posted by:firqainz noorainisaaim@yahoo.com
Ni sahih kalau An punya MIL pun tak jamah...heheh.. Kalau An, mesti nak try dulu, tapi kena yg K.Rinn buat. klu ready-made tu tak berani la pulak.. Fri 4-Sep-2009 23:01
Posted by:raihan raihanshaari@gmail.com  - [Link]
TUMPANG LALU>>>
TEMPAHAN FOTOGRAFI PERKAHWINAN MUSIM CUTI SEKOLAH MASIH ADA....HARGA RM1000 KE ATAS...DISKAUN 10% BAGI 10 PELANGGAN PERTAMA. KAMI TIDAK MENYEDIAKAN PAKEJ..KAMI MENYEDIAKAN APA YANG ANDA PILIH.perkhidmatan kami juga merangkumi pelbagai majlis..
Sat 5-Sep-2009 00:16
Posted by:risikbayu photography  - [Link]
Salam Rinn....bestnya....pasti sedapkan rasanya...kak rus tak pernah rasa lagi Takoyaki ni...tengok ajelah...kalau ada jual
siap masak tentu nak beli.....kat Penang ada kot....nanti nak pi cari.
Sat 5-Sep-2009 06:40
Posted by:Kak Rus kak-rusnah@yahoo.com  - [Link]
Assallamualaikum k.rinn.. wah lama tak tulis komen kt sini.. sungguh menyelerakan hidangan kt atas tu.. dan paling penting, sungguh rajin k.rinn nie.. hai bila laa naz nak dpt angin rajin cam k.rinn ni... tiup sikit angin rajin k.rinn tu pada naz k.rinn..
Sat 5-Sep-2009 07:43
Posted by:naz  - [Link]
Kuih ni..dah byk dengar....pakat kata sedap...hemmbi la boleh rasa...nak buat payah le..acuan pun tak dak. Sun 6-Sep-2009 02:28
Posted by:amal5041 amalhayati68@gmail.com  - [Link]
Salam
Adeh deh deh kelihatan sunguh menyelerakan
Apatah lagi jika masuk mulut (berbuka nanti ler )
Sun 6-Sep-2009 06:57
Posted by:meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
Salam Rinn, i pun dah lama dok mengidam nak buat takoyaki ni lebih2 lagi anak i tersangat la suka. gerenti beli bila pi jusco. tapi tu la nak cari tako maker tu tak jumpa2 kat sini. ada extra ke? jual la kat i hehehe..anyway thanks a lot for sharing the resepi.. Mon 7-Sep-2009 08:22
Posted by:Zuraidah zuraidah_ramly@yahoo.com
salam kak rin....amboi sedapnay kuih jepang tu.....mengiurkan tekak ku.....
re: kak biskut almond london sy dah siap, cantik dia nya coklat cair nya....sy ikut mcm yg akak tunjun kan tu....tq yea kak
Tue 8-Sep-2009 04:18
Posted by:azura etika.admin@etikadairies.com.my  - [Link]
erm..camne erk rasanya takoyaki ni..
akak sihat..lama da wa tak singgah sini...
Tue 8-Sep-2009 07:39
Posted by:wawa  - [Link]
salam rinnchan..akak ada acuan ni..member duk bangkok tolong belikan..tapi belum buat lagi..sebab tak jumpa bahan dia..tgk cara kamu ..mcm senang aje..nanti leh cuba resepi kamu ye.. Tue 8-Sep-2009 13:19
Posted by:kak ina kl  - [Link]
eeiii...macam2 resepi kak rinn ni.Sume sy suka n dah banyak saya cuba.
Yg terbaru biskut raya yg mcm ais krim tu.sedap...
thanks 4 sharing ya.
Tue 8-Sep-2009 15:22
Posted by:min472  - [Link]
Nampak sedap je.

FOR MORE GREAT DEALS

http://BerkatGemilang.blogspot.com
Anything & Everything is For Sale
Tue 8-Sep-2009 16:47
Posted by:Berkat Gemilang berkatgemilang@hotmail.co.uk  - [Link]
oshidesknee, perfect nyum nyum.
ader mase jom layan pic & citer best di http://paripariduit.blogspot.com
Tue 8-Sep-2009 16:56
Posted by:afiq taufiq_zawawi@yahoo.com  - [Link]
sedapnyer.. teringin gak nak buat.. hehe Wed 9-Sep-2009 01:54
Posted by:mira  - [Link]
ishh...baru terjengah ke sini kak Rinn senpai...teringat masa kt nihon kan..kalau matsuri apa2 tu mesti ada jual..mau lak time fuyu...berasap ja baiten tu.. Tue 15-Sep-2009 02:15
Posted by:Kaoricake linda@kaoricake.com.my
salam kak rinn...nak tanyer mahal tak tako maker tuh?kat mesia ada jual dak? Tue 27-Oct-2009 03:20
Posted by:azeemah
salam kak rinn...nak tanyer mahal tak tako maker tuh?kat mesia ada jual dak? Tue 27-Oct-2009 03:22
Posted by:azeemah
saye penah mkn takoyaki ni.. sedap sgt.. mase tu kt sunway piramid.. tak tau la pulak nak buatnye kemain seksa.... bahannye pun cam payah jer nak cari.. Tue 3-Nov-2009 08:49
Posted by:lin muffinz_16@yahoo.com
Hi,boleh tanyer...maner beli takoyaki pan nie? reply through email eh ? Thx Sun 15-Nov-2009 11:11
Posted by:Nurul Nadiah super_nadiah@hotmail.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.