Want your
own Fotopage?












































 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 30-Aug-2009 03:11 Email | Share | Bookmark
TAUHU KUKUS

 
Yang mentah
Yang dah kukus
Biasa tak makan tauhu lembut ?? Yang kalau kita pegang tak kena gaya tu akan mudah patah dan pecah. Selalunya bangsa tionghua yang suka masakan tauhu ini. Sejak merajinkan diri masak lauk cara kukus ni terasa macam duduk makan kat restoran China pulak sebab ada bau minyak bijan dalam hampir setiap hidangan. Untuk resipi ini, kita kukus jugak yaaa ...




TAUHU KUKUS

BAHAN-BAHAN:
Tauhu Lembut Jepun
4 tbs sos tiram
1 tbs makan sos nampla
1 tbs kicap soya cair
1 tsp gula
1 tsp serbuk lada hitam
Secubit garam
3 biji bawang putih, diparut halus
1 tsp minyak bijan
Bahan tabur seperti hirisan daun bawang, cili merah, lobak merah, daun ketumbar dan bawang goreng.

CARA-CARA:
1. Panaskan kukusan.
2. Masukkan tauhu lembut ke dalam bekas tahan panas yg telah dilengser sedikit minyak.
3. Dlm mangkuk lain, satu kesemua bahan lain kecuali bahan tabur. Kacau sebati.
4. Siram kuah atas tauhu. Kukus selama 15 minit.
5. Setelah masak, taburkan bahan tabur dan hidangkan.

Kalau tak ada tauhu lembut, cuba ganti dengan tauhu biasa atau tauhu Jepun yang dalam tiub tu. Tauhu-tauhu begini tak berapa ada rasa, jadi kalau kuah sosnya sedap pasti tak de masalah dari segi rasa pada keseluruhannya. Angah Dania kata tauhu lembut tu rasa macam tau fu fah ... Oh ye ke ?? Nak cuba makan dengan sirap gula merah ??? . Ahakksss...dah asalnya pun dari kacang soya !!!!


adus baru jam 1.20tengahari.. Mon 31-Aug-2009 05:21
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
saya suka makan mcm ni, tapi kot yang lain tak boleh, jadi terpaksa lupakan, kalau setakat nak makan sorang leceh je memasak Mon 31-Aug-2009 05:35
Posted by:zany
aduih.............sodap ni....................
dulu pernah makan ..............mmg sodap............kono buek ni.
thanks for sharing.
Mon 31-Aug-2009 05:43
Posted by:tokjanggut  - [Link]
kak rinn dulu masa still kat nihon teringin nak makan tau fu fah , memang maisya rendam tauhu lembut ni dalam air gula merah...oklah juga utk melepas rindu...he..he.. Mon 31-Aug-2009 08:44
Posted by:maisya mayzatt@yahoo.com  - [Link]
Goreng sedikit daging cincang bersama bawang dan sos tiram, kemudian siram kat atas tahu yang sudah dikukus tu, sedap! Mon 31-Aug-2009 08:55
Posted by:mummy jam  - [Link]
Tumpang Iklan yer...TQ
KERJA SAMBILAN HANYA DI RUMAH !!!
Revolusi Perniagaan Di Internet Hanya dari Rumah Kini Semakin Popular..Seminit lagi akan merubah persepsi anda tentang "revolusi perniagaan internet global".
Apa yang sedang anda tunggu lagi? Tempah kedudukan anda sebelum tawaran habis. Ayuh! jom buat duit bersama kami, teruslah mendaftar secara PERCUMA sekarang!
http://www.incomemingguan.net/firqainz/
http://www.myvemma.com/nooraini
http://www.vemmabuilder.com/682243905
Mon 31-Aug-2009 22:03
Posted by:firqainz noorainisaaim@yahoo.com
kita pernah beli utk buat sambal goreng, sebab dah tak jumpa tahu biasa n tak sempat cari... hmm, bazir je la jadinya sebab pegang je hancur! hehe... ps: my family calls air soya and taufu fah tu air tahu and isi tahu Tue 1-Sep-2009 01:48
Posted by:lee lin  - [Link]
tak kering lah air pengukus kak rinn nampaknya

lauk nasi pakai kukus
kueh pakai kukus

menu sihat ni kak rinn
Tue 1-Sep-2009 04:54
Posted by:ida  - [Link]
kak rinn mmg berbakat jd food stylist.... Tue 1-Sep-2009 09:13
Posted by:umieaisyah  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.