Want your
own Fotopage?












































 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 29-Aug-2009 05:52 Email | Share | Bookmark
KOSUI PANDAN LAPIS

Adunan Gula Merah
Adunan Pandan
Lapisan pertama
Lapisan seterusnya..
Dah siap kukus
 
 
 
Sambung projek kukus mengukus. Kukus kuih pulak niii. Pertama kali nampak kosui berlapis-lapis begini beberapa tahun lalu. Masa tu tak berapa pasti apakah lapisan yang berwarna hijau itu. Ada meneka mungkin cuma lapisan tepung biasa yg diwarnakan hijau agaknya tapi tak berani nak mengiyakan.

Sehinggalah Rinn terserempak dengan kosui pandan dalam satu resipi, walaupun resipinya ada sedikit kekeliruan/kesalahan. So, ni kira pandai-pandai mengolah kuih kosui biasa dan kosui pandan agar jadi berlapis-lapis macam yang Rinn pernah jumpa dulu....




KOSUI PANDAN LAPIS

BAHAN-BAHAN LAPIS GULA MERAH
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung ubi
1 sudu makan tepung pulut
1 cwn gula merah
1/2 cwn gula pasir
3 cwn air
2 camca teh air kapur makan

CARA-CARA:
1. Kisar kesemua bahan.
2. Tapis sekiranya masih terdapat tepung yang tidak larut sepenuhnya. Ketepikan.


BAHAN-BAHAN LAPIS PANDAN:
7 helai daun pandan
150ml air
3 /4 cwn gula pasir
400ml air
sedikit pewarna hijau (optional)

150gm tepung beras
70gm tepung ubi
1 camca teh air kapur makan

CARA-CARA:
1. Potong kecil2 daun pandan dan kisar bersama 150ml air.
2. Tapis utk mendapatkan jus pandan.
3. Campurkan kesemua bahan2 lain dan kisar.
4. Tapis sekiranya masih terdapat tepung yang tidak hancur.


CARA-CARA MENGUKUS:
1. Panaskan pengukus. Jgn lupa balut tudung pengukus dgn kain
2. Alas loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak masak. Ini utk memudahkan kita mengeluarkan kuih.
( * Rinn guna loyang 11 inci. )
3. Sukat 1 1/2 cwn adunan gula merah dan tuang ke dalam loyang. Kukus 10min.
4. Sukat 1 1/2 cwn aduanan pandan dan tuang ke atas lapisan lapis adunan gula merah tadi.
5. Lapiskan satu persatu sehingga habis.
6. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.
7. Hidangkan dengan kelapa parut putih yg telah digaul dgn sedikit garam.
(* Utk mengelakkan kelapa parut drpd cepat basi, kukus seketika )




Dari segi rasa macam kosui biasa, cuma ianya lebih wangi kerana ada lapisan pandan. Rinn sepatutnya buat lapisan nipis-nipis seperti kosui yang Rinn beli di gerai dulu tapi oleh kerana nak kejar waktu berbuka, Rinn lapiskan seperti melapis kuih lapis biasa yang merah putih. Kalau lapiskan nipis-nipis ianya jadi cantik tauuu...macam kek lapis.

Dalam gambar cuma tenggek kelapa parut atas dan tepi kuih. Bila makan...Rinn lumur cukup-cukup youuuu....baru puas makan !!!! Anak-anak lagi sakan..makan kelapa parut lebih dari kuih. MIL..... suka pulak dia, sampai tak makan nasi dek kekenyangan makan kosui lapis dan kurma segar..




Salam rinn, masih gagah kukus mengukus ya, bertuahlah hubby n anak2 rinn dpt surirumah rajin, akak pun tumpang berbangga, syabas...airtgn ibu dan isteri lebih berkat kan. Sat 29-Aug-2009 21:57
Posted by:Queenjah
KERJA SAMBILAN HANYA DI RUMAH !!!
Revolusi Perniagaan Di Internet Hanya dari Rumah Kini Semakin Popular..Seminit lagi akan merubah persepsi anda tentang "revolusi perniagaan internet global".
Apa yang sedang anda tunggu lagi? Tempah kedudukan anda sebelum tawaran habis. Ayuh! jom buat duit bersama kami, teruslah mendaftar secara PERCUMA sekarang!
http://www.incomemingguan.net/firqainz/
http://www.myvemma.com/nooraini
http://www.vemmabuilder.com/682243905
Sat 29-Aug-2009 22:12
Posted by:firqainz noorainisaaim@yahoo.com
Ehmm...sedapnya....Kosui memanglah makanan kegemaran akak. Lani sibuk tak dak masa nak buat...Tak pa sat gi nak pi Pasar Ramadhan akak beli!!! Nak buat lepas raya... Sun 30-Aug-2009 02:15
Posted by:Kak Norli
Tumpang tuan rumah

Assalammualaikum semua,
Bagi mereka yg sedang mencari Bunga Pahar, Gubahan Hantaran, Souvenir utk Majlis Perkahwinan, Pertunangan dan lain-lain

Tempahan masih lagi dibuka sepanjang tahun ini.....Murah sahaja sesuai dengan budget anda...

Jengah la:
http://norziziezyanie.fotopages.com

Gubahan Hantaran | Sirih Junjung | Bunga Pahar | Gift Door | Acar Buah

Sun 30-Aug-2009 02:43
Posted by:unnamed
CARI KASUT RAYA ?
jom layari...

http://crocsmania.fotopages.com
authentic CROCS at affordable price
Sun 30-Aug-2009 05:37
Posted by:crocsmania
tak nipis pun cantik tuuu... rasa mcm nak order je, hehe - terasa nak buat tapi byk sangat jenis tepung, kita takde stok Sun 30-Aug-2009 06:10
Posted by:Lee Lin  - [Link]
Beautiful..... kita pun teringin nak order jugak. Sun 30-Aug-2009 06:43
Posted by:Muna muna_fadaaq@yahoo.com  - [Link]
Sab rasa ok jer kosui Kak Rinn ni.. Takdeler nipis sangat..sedang elok lah tu... nampak sedap jer Sun 30-Aug-2009 06:46
Posted by:Sab
selamat berpuasa dan menyambut 52 tahun merdeka Sun 30-Aug-2009 12:13
Posted by:tokjanggut  - [Link]
Hem....memang menylerakan.Rajin betul le Rinn ni.Semenjak trjumpa fp Rinn ni..x pernah miss lg buka fp ni.Seronok tgk hasil air tangan Rinn.Bila le plak Elly nak rajin cam tu.Nak tumpang tnya skt , Rinn guna ketuhar apa yea utk memasak kek,roti n bun? Sun 30-Aug-2009 16:39
Posted by:ELLY yusly1972@yahoo.com.my
cantiknya kuih k rinn ni..tringin nak mkn..tp x rajin cam k rinn la... Mon 31-Aug-2009 01:44
Posted by:umieaisyah  - [Link]
Cantik!! Mon 31-Aug-2009 04:16
Posted by:roylazim  - [Link]
salam rinn.. rajin sangat2 rinn ni mencuba yang berlainan dari yang lain.kuih kaswi ni mmg kesukaan ct anak beranak ni rinn.macam nak cuba jer bunyi ni kan hehehe. InsyaAllah akan sampai lah nnt di Dapur Ct tu ya Rinn.. bila nak mula buat kokis lak ni..?ada resepi trbaru x Mon 31-Aug-2009 23:58
Posted by:{CT} ct.the5@gmail.com  - [Link]
tak pernah plk tgk kueh ni berbelang. Nmpk sdp sgt, Boleh le tiru Tue 1-Sep-2009 06:24
Posted by:SHAM HARUN samzz6965@yahoo.com
Kak rinnnnnnnnnnn......asal lerrrr kuih kosuii akak ne cantik dan menggoda jiwa.......mcm nk try....tp takut tak jadi......sy mmg hantu kuih ne.....walau tak berlapis, tetap suka....tiap2 pg, mesti sggh beli kat kedai, spi jemu baru stop.........ahaks Tue 1-Sep-2009 07:51
Posted by:azura etika.admin@etikadairies.com.my  - [Link]
salam krin...selamat berpuasa.....cantik lah kaswi lapis tu...npk sedap pulak tu... Tue 1-Sep-2009 08:05
Posted by:mklang
Rinn, sedapnya nmpak dan cantik pulak kosui pandan lapis tuh..buat lapisan camtu boleh menambat selera orang tuk makan kan...kreatif tul Rinn nih..tgk tauhu kukus tu pun mengancam tekak akak..hehe Wed 2-Sep-2009 01:16
Posted by:Ummi  - [Link]
cantik & sangat menarik!!!
nampaknye kaswi ni takleh ler nak golek2 dlm kelapa byk2... nnt tak nampak lak lapis2 dia.. hehehee.. tp kalau hubby kita mkn kaswi mesti nak kelapa lebih... kalau sy salut kelapa sikit2 dia byk komplen
Wed 2-Sep-2009 07:12
Posted by:MaDiHaA  - [Link]
Salam, cmne nk mula ek. Ni baru 1st time ni nk wat komen. Dok kat perantauan ni mnglah mncabar. Diantaranya bab makan. Biasanya bagi semua org, mak atau isterilah yg mnyediakan hidang tp bila dh berseorangan begini klau teringin nk mkn suka ke atau tidak, kenalah masak sndiri. Mng dh jemu makanan kat sini. Klau ada seribu kedai, seribu tulah jugak mnghidangkn makanan yg sama. Nasi bryani, burger dan porata. So kdg2 goreng telor pn jd sedap. Ni nk citer ni. Sorang kwn sekerja nk mkn nasi impit yg dibawanya dr Msia. Minta sy masak kuah kacang. Mana sy tahu masak. Mng tak pernah pn sebelum ni. Kmdian sorang kwn lagi `print' kan sy resepinya dari Rinnchan. So sy cubalah. Alhamdulillah mng jadi. Tak sangka sy leh masak he he. Ingat nk attachkn picnya tp tak reti lg. Hrp maaf. Bukan apa. Sy cuma nk mengucapkan jutaan terima kasih pd Rin yg sentiasa berkongsi resepi dn wat sy mcm seorng tukang masak pro he he sb sebut je kuah kacang dorang mesti tujukan kan kat sy he he. Thnks again Tue 29-Sep-2009 21:00
Posted by:Nan Dubai azntz99@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.