Want your
own Fotopage?






 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 25-Aug-2009 07:06 Email | Share | Bookmark
UDANG MASAM MANIS, BAWAL KUKUS, SAWI BAK CHOY

Udang Masam Manis
Bawal Putih Kukus
Bak Choy


Bulan puasa ni hari-hari masak. Selalunya memang berbuka dengan nasi dan lauk-pauk. Jarang sekali masak mee, bee hoon atau yang sewaktu dengannya. Kalau rajin buat kuih-muih sikit. Buah-buahan mesti ada. Tak lupa kurma madu YUTA...Yusof Taiyyob daaa...

Ni antara lauk-pauk yang sempat dipose untuk masuk FP. Lauk-pauk biasa jer...


Udang yang naik kapal terbang balik ke SP. Dari Malaysia Timur Baaahhh.........


UDANG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
15 ekor udang besar
1 biji bawang besar, dimayang
5 biji bawang putih, dimayang
3cm halia. dihiris nipis
1 mangkuk cili kisar
Air asam jawa secukupnya
1/2 mangkuk sos tomato
Garam & kunyit untuk menggoreng udang
Garam dan gula secukup rasa
2 tangkai daun kari

CARA-CARA:
1. Lumur udang dengan garam dan kunyit. Goreng sebentar tapi jangan sampai garing sangat. Ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak gorengan udang tadi. Gunakan untuk menumis bawang2 dan halia hingga layu.
3. Masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan udang yg telah digoreng tadi. Kacau sebentar.
5. Masukkan sos tomato dan daun kari. Kacau rata. Hidangkan bersama nasi.



Mengukus lagiiii....... ikan bawal putih pulak !!!


BAWAL PUTIH KUKUS
BAHAN-BAHAN:
5 ekor bawal putih
1 biji bawang besar
3cm halia
3 tangkai serai
2 sudu makan sos ikan (Nampla)
1 sudu makan sos tiram
1 susu makan kicap cair
Beberapa titis minyak bijan
3 biji limau kasturi, perah jusnya
5 biji cili padi
Sebiji tomato segar
Sedikit garam dan gula

CARA-CARA:
1. Perap ikan dengan semua bahan kecuali tomato selama 10minit.
2. Kukus selama 10 minit.
3. Apabila masak tutup api dan taburkan potongan buah tomato. Hias ikut suka.


Tiga hari berturut makan sayur jenis-jenis sawi Bak Choy niiii.............



SAWI BAK CHOY
BAHAN-BAHAN:
6 pokok sawi Bak Choy, belah dua di bahagian tengahnya
4 biji bawang putih, diketuk
1 camca teh serbuk lada putih
2 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak utk menumis
Beberapa titis minyak bijan

CARA-CARA:
1. Tumiskan bawang putih sehingga layu.
2. Masukkan lada putih. Kacau rata.
3. Masukkan sawi. Kacau sehingga agak layu.
4. Masukkan sos tiram dan minyak bijan.
5. Siramkan sedikit air jika perlu.
6. Kacau rata dan hidangkan.

Lauk sampingan yang mesti ada adalah ikan masin. Kelmarin masak sup ayam, makan dengan sambal kicap. Berdesing telinga kepedasan tapi lagi dimakan lagi sedap. Pekasam dan telur masin pun tak ketinggalan mewarnai meja berbuka puasa kami. Air teh O panas, air barli panas dan cincau bersilih ganti. Kuih melayu sempat buat buah melaka aja. Tapi buah-buahan....macam-macam adaaaa..... . Tak larat nak amik gambar lah. Mana2 yang sempat Rinn tempeklah kat sini nanti ya. Selamat berbuka dengan hidangan masakan sendiri.... Tahun ini pun berazam tak nak jejak kaki ke Pasar Ramadhan. Anda...????



Quote:


DOUGH BOARD AND ROLLING PIN SET - SOLD OUT !!!!






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net