Want your
own Fotopage?






 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 31-May-2009 05:39 Email | Share | Bookmark
KEK KUKUS BERINTI DAGING

Inti dan bahan tabur
Putar gula, telur & garam
Kaupbalik tepung
Isi inti
Bubuh adunan kek
Siap isi adunan
Kukus
Ok dah niii..
 
Selamat Mencuba !!
Bila Rinn lihat resipi ni terus teringatkan resipi Apam Kukus Berinti Daging yang Chef Tania tunjukkan semasa sesi demontrasi ketika lawatan Rinn, Mamazieza dan rakan2 lain ke Singapore pada hujung tahun 2008. Resipi yang ingin Rinn kongsi di sini diberi nama Kek Kukus Lapis Daging oleh Chef Zubaidah Chepa. Banyak resipi menarik yang boleh kita cuba dari Buku Kek Kukusnya. Sesuai namanya, sepatutnya inti daging itu di"sandwich"kan in between dua lapisan kek.
Pun begitu, setelah difikir-fikirkan rasanya lebih mudah jika kita ikut cara Chef Tania. Kalau kita lapiskan kek itu kita perlu potong pula. Agak renyah di situ. Jadi, kita ikut cara yang lebih mudah ya. Apapun terimakasih kepada Chef Zubaidah di atas resipi menarik ini..




KEK KUKUS BERINTI DAGING
(Nama asal : Kek Kukus Lapis Daging)
Sumber : Chef Zubaidah Chepa

Bahan-bahan utk kek:
3 biji telur gred B
50gm gula castor ( ...mungkin elok dikurangkan sedikit. Agak manis utk savoury cake.. )
Secubit garam
100gm tepung superfine
1/4 tsp baking powder

Cara-cara:
1. Pukul telur, gula dan secubit garam sehingga gebu dan pekat. Guna kelajuan tinggi selama 8 min.
2. Ayak tepung bersama baking powder. Kaupbalikkan ke dalam adunan telur menggunakan spatula. Jangan diputar.

Bahan-bahan untuk inti daging :
250gm daging kisar (Boleh diganti dengan ayam)
1 biji bawang besar, dipotong dadu
1 tsp lada putih
2 tbsp cheddar cheese (Atau apa2 cheese yg boleh bagi rasa cheese.. )
Secubit garam
1 tbsp tepung gandum
* Rinn tambah sedikit serbuk ketumbar dan jintan
* Daun sup, daun bwg dan hirisan cili merah utk hiasan

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak utk menumis. Tumiskan bawang, masukkan lada putih dan daging. Tumis hingga daging masak dan agak garing. Masukkan cheese dan tepung. Perisakan dengan sedikit garam.
2. Sementara itu panaskan pengukus.
3. Sediakan acuan aluminium foil kecil. Sapukan sedikit butter. Taburkan hirisan daun sup, daun bwg dan cili merah. Bubuh inti daging dan tutup dengan adunan kek.
4. Kukus selama 15min - 20min. Sejukkan seketika, keluarkan dari foil dan terbalikkan kek supaya intinya berada di atas. Sedia untuk dihidang.

*Nota:
Sekiranya anda ingin melapis kek ini. Sila gunakan loyang 7" x 7". Lengser dengan sedikit butter. Tuang separuh dari adunan kek dan kukus selama 20 minit. Setelah masak taburkan inti daging dan tuangkan baki adunan kek. Kukus lagi selama 20 minit. Sejukkan seketika dan bolehlah dipotong seperti kek biasa.



Terima kasih kepada kedua-dua chef kerana kombinasi idea penyediaan kek kukus ini. Sebenarnya dah lama Rinn teringin hendak menyediakan kek kukus inti daging Chef Tania tapi oleh kerana resipinya eksklusif, maka Rinn tak dapat nak kongsikan di sini. Tetapi, bila Rinn jumpa resipi yang mirip seperti itu, maka Rinn pun terus teringat dan terus mencubanya. Yang ini boleh kita kongsi.

Dari segi rasa memang cukup mirip. Keknya gebu dan kekal lembut. Jadi kepada sesiapa yang inginkan kelainan, sudi-sudikanlah mencuba hidangan ini ya. Dari segi inti tentu saja kita boleh mempelbagaikan ia kerana keknya memang sesuai untuk inti-inti yang berperisa savoury. Kalau nak cuba inti-inti manis pun boleh jugak kot.... anda cuba dulu nanti kongsi dengan rakan-rakan lain, amacam??? Deal or No Deal...Meal or No Meal ???

Most recent comments... (In posting order)
aritu ada terpandang kat blog org len...kek berdaging...tapi resepi xblh nak share..family secret.. Agaknya klu inti daging tu gaul sekali dlm adunan tepung jd ler kek berdaging..kan... Sun 31-May-2009 14:18
Posted by:masihjelita
baru 1st time dengar dan tgok. mcm2 idea pakar memasak ni. bila rajin bolehla try ni. Sun 31-May-2009 15:24
Posted by:zaiy
jom singgah ke blog saya http://ilhamtimur.blogspot.com/ Sun 31-May-2009 15:49
Posted by:lamiedaloca  - [Link]
>> saya pun first time dengar, apatah lagi tengok gambarnya...
>> tapi yang pasti mesti sedap...
Sun 31-May-2009 17:49
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
lain dari yang lain kek kak rinn kali ni... boleh masuk dlm list utk dicuba resepi ni... TQ kak rinn utk resepi ni yer...
agaknya.. kalau kek savoury cenggini barulah cik abang ku lajuuuuuu menjamahnyaa...
Mon 1-Jun-2009 01:24
Posted by:MaDiHaA  - [Link]
memang lain betul dan ini first time jumpa kek ada inti ni mcm cara berlauk pun ada kan.sekali pandang mcm kueh apam berkuah(kueh org terengganu) rupa kek tu Mon 1-Jun-2009 01:49
Posted by:ida  - [Link]
a'a la mirip cam cara berlauk..pelik gak mkn kek ade berlauk..kene cube ni nak tau mcm mane rasenye..nmpk cam best n gebuss je :-Dthanks k.rinn share rcp yg lain dr lain camni Mon 1-Jun-2009 02:42
Posted by:fiza  - [Link]
Terima kasih Rinn kerana rajin mengorek resipi....saya mmg suka tengok dan mencuba resipi savoury yg mcmni...dr hari tu lg teringin nk buat,bila tgk n3 Rinn kat SG tu...tapi xde resipinye...baru arini keluar...blh masuk list... Mon 1-Jun-2009 04:33
Posted by:k.zai  - [Link]
cer meh lontaq ker s.alam seketoi dua!!...nak la gak rasa kek kukus yg cun nih...terguda i tauuuu kakrinn... Mon 1-Jun-2009 04:52
Posted by:jasmeen  - [Link]
adik beradik kuih cara kot ni... adik beradik tiri la, hehe. ps: k rinn, tag tu tunggu jap eh... lom ada idea, hehe Mon 1-Jun-2009 08:28
Posted by:Lee Lin  - [Link]
Salam Rinn.....yang ni pasti kak rus kena cuba.....nampak unik dan cantik...malah pasti sedap kalau dikurangkan gula kan?
Apapun terima kasih kerana berkongsi resepi yg best ni.....bukan yang ni saja best...yang lain pun memang best....dari chef
yang dikagumi.....
Mon 1-Jun-2009 14:12
Posted by:Kak Rus  - [Link]
bguihlaa kak rinn ni mcm2 idea ada....
nampak sedaplaaa pulak kek kukus ni tambah ngan gambar yg cun melecun lg laa kecur air liur dibuatnya!
Mon 1-Jun-2009 22:05
Posted by:shima27  - [Link]
Alamak, sedap la pulak yang ini... Hish Rinn ni, terror menggoda la...tirrrrguda mak dibuatnya! Tue 2-Jun-2009 01:12
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
sedapnyer kak rinn...tp la nih kak..afai takleh nk makanla..makan ja muntah...melepek ja nih.. Tue 2-Jun-2009 01:57
Posted by:afairuz  - [Link]
Rinnnnn..... cantik nya kek comel ni suka semua bahan2 ada dalam simpanan. Izin ct amik resepi ya Rinn. mesti kena buat n cuba baru tau kan hehehe TQ Rinn muahhhh!! InsyaAllah 6-7hb nak pi kerumah Cik Mat Gebu..jom jalan2 lagi Tue 2-Jun-2009 03:44
Posted by:ct.delima  - [Link]
Rinn, nak sikit Tue 2-Jun-2009 10:50
Posted by:Roszana  - [Link]
Salam kak Rinn,
Nak tanya pasal papan pencanai yg kak rinn jual last year. Ada lg tak kalau sy nak order?
Wed 3-Jun-2009 00:47
Posted by:As
Salam Kak Rinn,
Memang sedap giler.... kita dah cuba smlm, arini bawak gi opiss... laju jer diaorg perabiskan. Thanks bebanyak...
Wed 3-Jun-2009 01:34
Posted by:royza
Tumpang iklan…tumpang iklan di fotopages yg disukai ramai.., berminat sila hubungi kami panggilan anda amat dihargai sekian, terima kasih http://ternakanikanairtawar.blogspot.com/ Wed 3-Jun-2009 01:46
Posted by:watie
Rinn...nie baru first time nampak kek camnie ala ala kuih cara berlauk ....tapi nampak mengancam jugak nak cuba. Wed 3-Jun-2009 07:46
Posted by:NOOR  - [Link]
Okey Rinn.... dah berjaya membuat nya. Anak2 suka sedap, ct pun dah kurangkan sedikit gula tu ker 35gm. TQ Rinn resepi yang senang dan mudah nak buat Thu 4-Jun-2009 07:15
Posted by:ct.delima  - [Link]
ok kak rinn, tag dah buat... tapi suka² ubah soalan cikgu, hehe Fri 5-Jun-2009 01:45
Posted by:lee lin  - [Link]
Promotion Cupcakes:

Cupcakes from RM25.00 sahaja for 25 pcs. Sesuai utk birthday,
wedding and gift to someone special. Wrap in white box. More info logon to
http://linvarietycupcakes.blogspot.com
Sat 6-Jun-2009 03:41
Posted by:linvarietycupcakes  - [Link]
lain dari yang lain...yum yum

"feel free to visit us..we r having raya SALEs for sutera Terengganu!"
Sun 7-Jun-2009 07:35
Posted by:fan's collection  - [Link]
Tumpang iklan ye tuan rumah...sertai bengkel sulaman manik & labuci BeadsGlamz sekarang!! untuk maklumat lanjut, lawati blog kami. Mon 8-Jun-2009 22:38
Posted by:BeadsGlamz  - [Link]
wah ni sudah bagus kak rinn never seen cake kukus berlauk nih...boleh cuba buat..masalahnya kalau takdak mixer takpe kak ...maklum saya ni cake tak pernah buat jadi mixer tak de Wed 10-Jun-2009 06:19
Posted by:shahrose76  - [Link]
kak, saya ni kalau apa benda yg ada inti daging mmg layan baik punyo. bertambah sampai tak ingat.

Entryku kali ini;

Masuk ke hutan berbaju celoreng
Pelanduk lalu di depan mata
Bising umpama bertih digoreng
Dilapang sasar beradu kita
Wed 10-Jun-2009 14:03
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Jom Singgah ke http://ezankn.fotopages.com/ sekarang...Menarikkkkkkkkkkkk Thu 11-Jun-2009 01:09
Posted by:Ezankn
Hi..hi...

tumpang iklan cikit ek...

Musim tempahan baju raya kembali lagi... untuk sesiapa yg masih mencari kain utk dibuat baju raya...silalah ke http://purpleorked.blogspot.com
Thu 11-Jun-2009 05:55
Posted by:purpleorked  - [Link]
k rinn ni lama takde, mesti ada projek jalan²-cuti-sekolah ni....? Fri 12-Jun-2009 06:32
Posted by:lee lin  - [Link]
salam kak rinn..amboi lamanya menghilang pi bercuti mana laks kali nih.. Fri 12-Jun-2009 07:44
Posted by:afairuz  - [Link]
wah resipi yg menarik ni k/rinn. harus cuba...tapi bila???/ tungguuuuuu...tq for sharing Fri 12-Jun-2009 10:22
Posted by:zanaz  - [Link]
Akak, Nana nk tanya.. sbb Nana ni bukannya pandai masak pun... Napa akak kukus kek ni, berbungkus? tk boleh tutup ngan periuk kukus jer ker?

tq
Fri 12-Jun-2009 11:42
Posted by:Nana
lamanyer pg bercuti.................. Sat 13-Jun-2009 09:43
Posted by:angah
hii....
looking for tops and blouses.....
feel free to visit our online shop blog at ------>
http://dazzlingwardrobe.blogspot.com
Sun 14-Jun-2009 08:52
Posted by:bedazzle  - [Link]




~ Jom tgk HANDBAG/WALLET terbaru di Mamacollections..

~ Jubah Ekin Ala "HAJABA", Blouse Dato CT , Maxi Dress

Jadilah member dan dapatkan diskaun hebat!

www.mamacollections.com
Sun 14-Jun-2009 13:27
Posted by:BUTIK MAMA
Salam kak Rin..tumpang iklan ye..

Cantik!!!! kain 4 baju Kurung Sulam, Kebaya dan Jubah...Latest designs!!!!
Telekung on 10% DISCOUNTS!!
Discounted pos laju to RM5 only...
Free postage if purchasing more than 2 items!!
Hurry!!..promotion ends 30th June 09 see u
http://exclusiveapparel.blogspot.com/
Sun 14-Jun-2009 15:44
Posted by:mamaluq@Reena  - [Link]
mm sedapnyer mknan2 tu.. saya pose ari ni.. telan air liur aje la jawabnyer

sapa nak tukar2 idea jait manik, meh la dtg fp kita..
Mon 15-Jun-2009 05:21
Posted by:Nida Bead  - [Link]
mm sedapnyer mknan2 tu.. saya pose ari ni.. telan air liur aje la jawabnyer

sapa nak tukar2 idea jait manik, meh la dtg fp kita..
Mon 15-Jun-2009 05:32
Posted by:Nida Bead  - [Link]
saya tengah carik sapa2 yg pandai buat cupcakes yg comel2 area kajang, email saya ye!
nak buat tak pandai...nak order untuk bday ammar

---------------------------------------------------
Dapatkan CLOTH DIAPERS di MANJAKUHAPPY!!
http://manjakuhappy.blogspot.com
baby tight pelbagai pilihan dan saiz, pakaian kanak-kanak yg sgt comel dan berkualiti
Tue 16-Jun-2009 16:06
Posted by:Manjakuhappy  - [Link]
Salam Rinn..lama x menjenguk, sedapnya nampak kek kukus berinti tu..macamana rasanya eh? Mesti pelik tp benar2 sedap ..Lama tak berasap ni..pergi holiday mana la agaknya tu.. Wed 17-Jun-2009 00:54
Posted by:ummi  - [Link]
x pernah rasa kek mcm ni...
mesti sedap kan!
Wed 17-Jun-2009 09:30
Posted by:chima  - [Link]
kak rinn bila nak masak2 lagi mcm merajuk aje Fri 19-Jun-2009 07:06
Posted by:ida  - [Link]
salam krinn...apa kabar.. Sat 20-Jun-2009 15:49
Posted by:bungamekar  - [Link]
Waaahhh.. sedap nye... senang nak tapau... so creative... Wed 24-Jun-2009 13:48
Posted by:rahim  - [Link]
i penah buat kek inti daging ni kira2 18 tahun dulu...i ikut resepi kat tv3 masa tu..tapi tak ingat rncgan apa...mmg sedap......tapi keknye kene dipotong2 lah... Mon 29-Jun-2009 05:00
Posted by:kaknam
nanti nk cuba lah.sedap nmpak. NAK TUMPANG IKLAN........NK KURUS,NK GEMUK,NAK KULIT HALUS GEBU,NK NON ALCOHOL PERFUME LIKE BRANDED.....JOM SINGGAH KAT.....http://qisanni.fotopages.com SINGGAHLAH.....
PRODUK YANG TERLARIS DI PASARAN
Sat 11-Jul-2009 15:17
Posted by:qisanni
Askum rin firstly salam prkenalan frm me who always try ur recipes n tq for giving the sincere sharing recipes n giving a proper insructions too tru the photos so we can actually see the things how its look like n for not wasting the items coz i hav a bad xperience b4 i came across ur web. ... i hope you never stop updating d recipes .....myb we can meet up if i dtg kl....klau u sudi coz sometimes i g kl with my sister n we stay at d hotel 4 a nite juz to shops around kat sogo ,bt.bintang,masjid india thats d best espcially during megasales cmin this between august n sept. hahaha n ramadhan wow mcm2 ada!!!! k catch with u some other times for now keep up your good deeds.... tc....slam to all ur wonderful family. Tue 14-Jul-2009 12:59
Posted by:kim
salam kak rinn...saya dah cuba resepi nie...memang sedap.....tambah tambah kalu makan time panas lagi... Thu 23-Jul-2009 13:27
Posted by:izanman  - [Link]
Salam Ramadan utk Rinn dan keluarga. Kalau sudi, Rin datang blog Jun ambil awards yang comel comel tu ya. Wasalam Wed 19-Aug-2009 04:55
Posted by:jun cupcakekasih  - [Link]
www.discountcoachhandbag.com is the best coach handbag outlet and you can find all your lovely coach handbags here.Coach handbags is one of the most famous brand known in fashion. They are known for their sleek and smart handbags. You are sure to find one for every occasion. The variety of coach handbags are so many that it almost becomes difficult to choose the right one. Well here is one that is certainly unique and different. This bag is made from patent leather that is light weight and looks classic. It has the signature fabric of coach which adds a luxurious touch to it much like exquisite lingerie. It is equipped with a top zip closure and has an inside zip pocket as well. The interior features a cell phone and a multi-functional pocket as well.

Our coach handbag outlet can both accept retail and wholesale. If you order more than 15(including 15)bags please contact us for a wholesale price.
Tue 13-Apr-2010 02:31
Posted by:cheheh
http://www.standardwatch.com/category-60-b0-Ferrari.html replica Ferrari
http://www.standardwatch.com/category-62-b0-Glashutte.html replica Glashutte
http://www.standardwatch.com/category-63-b0-Graham.html replica Graham
http://www.standardwatch.com/category-68-b0-Longines.html replica Longines
Wed 28-Jul-2010 00:51
Posted by:replica  - [Link]
http://www.salesuggs.org/ Cheap UGGs for sale
http://www.salesuggs.org/ugg-mayfaire-boots-c-1.html UGG Mayfaire
http://www.salesuggs.org/ugg-bailey-button-triplet-boots-c-2.html UGG Bailey Button Triplet
http://www.salesuggs.org/ugg-kensington-boots-c-3.html UGG Kensington
Sat 9-Oct-2010 01:16
Posted by:cheap uggs for sale  - [Link]
Change your life moncler jacket quotes to failures? No, just get even closer to a successful move; What is success? Is passed all the way leading to failure,moncler jackets only the next road, and that is a successful way. Let us advance the concerns, for the advance thinking and planning now! Then a long way, step by step can be completed,mens moncler vests and then a short way to the starting of the feet can not reach. Any qualitative change in performance comes from the accumulation of quantitative changes. Success is not only the future, but decided to do from the moment,womens moncler vests continued accumulation. A belief by those who developed the power is only interested in more than 99. Behind each of strenuous efforts, there must be double the reward. men moncler coats Do the right thing than to do things important. http://www.monclerjacket.ca/. Thu 4-Nov-2010 02:55
Posted by:moncler canada  - [Link]
http://www.vogueugg.com/ugg-amberlee-c-16.html UGG Amberlee
http://www.vogueugg.com/ugg-bailey-button-c-20.html UGG Bailey Button
http://www.vogueugg.com/ugg-brookfield-c-21.html UGG Brookfield short
http://www.vogueugg.com/ugg-swell-tall-c-22.html UGG Swell
Thu 4-Nov-2010 14:09
Posted by:cheap uggs on sale  - [Link]
cheap ghd http://www.ghdstyle-au.com
ghd australia http://www.ghdstyle-au.com
ghd purple http://www.ghdstyle-au.com/ghd-purple-hair-straightener-p-9.html
ghd pink http://www.ghdstyle-au.com/ghd-pink-limited-edition-p-12.html
Mon 8-Nov-2010 03:40
Posted by:ghd hair straighteners  - [Link]
http://www.uggskensington.com UGG Kensington
http://www.uggskensington.com UGGs Kensington
http://www.uggskensington.com Cheap UGGs Kensington On Sale
Wed 10-Nov-2010 06:49
Posted by:ugg kensington  - [Link]
http://www.uggsdelaine.com/ ugg delaine
http://www.uggsdelaine.com/ uggs delaine
http://www.uggsdelaine.com/ugg-delaine-boots-c-5.html ugg delaine
Tue 23-Nov-2010 03:56
Posted by:ugg delaine  - [Link]
irmanchen@hotmail.com
moncler quilted 'Baie' jacket from Moncler featuring high shine finish, detachable zip

fastening bow collar, full length sleeves, gold-tone designer embossed press stud fastening

pockets to the front and a double ended gold-tone zip down front with embossed ring zip

pulls for closure..
Read more Fall Winter 10/11
Fri 10-Dec-2010 14:00
Posted by:moncler jacket
http://www.uggkensington.co.uk UGG Kensington and so on. http://www.uggkensington.co.uk/ugg-amberlee-c-2.html UGG Amberlee http://www.uggkensington.co.uk/ugg-retro-cargo-c-3.html UGG Retro Cargo Tue 14-Dec-2010 03:26
Posted by:uggs on sale  - [Link]
http://www.mbtusasale.com/ Tue 11-Jan-2011 08:42
Posted by:mbt sale  - [Link]
http://www.uggsaleaustralia.com Tue 11-Jan-2011 08:42
Posted by:ugg australia  - [Link]
http://www.asicsusashoes.com/ Tue 11-Jan-2011 08:42
Posted by:asics shoes  - [Link]
Buy MS office 2010 Today with our 30-day refund promise! Fri 18-Feb-2011 09:56
Posted by:Office 2010  - [Link]
http://www.mbtfootwearusa.com Sun 20-Mar-2011 08:39
Posted by:mbt shoes  - [Link]
http://www.Islanders-shop.com New York Islanders Jerseys
http://www.Islanders-shop.com New York Islanders authentic Jerseys
http://www.Islanders-shop.com New York Islanders authentic cheap Jerseys
Wed 23-Mar-2011 07:18
Posted by:vivi  - [Link]
http://www.mbtusafootwear.com/
http://www.mbtusafootwear.com//blog/
Sun 3-Apr-2011 04:15
Posted by:mbt shoes  - [Link]
http://www.mbtshoestrainers.co.uk/ Sun 3-Apr-2011 04:16
Posted by:mbt shoes  - [Link]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

widgets01.bt.pidgintech.com