Want your
own Fotopage?






 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 29-May-2009 00:30 Email | Share | Bookmark
Puri & The Gang serta Jeneket??

utk ketebalan puri yg sama.. canai atas belakang pinggan yg rata
toskan roti puri betul2 sebab puri ni agak berminyak..
roti puri & gang
jeneket
Salam untuk semua..

Hari ni macam biasa masih mengupdate cerita pasal masak2... tu ajelah modal yg aku ada... hahahah.. dah nak buat macamana... dah hari2 masak.. so hari2 cerita pasal masak2 ajelahh.. nak cerita pasal jalan2 takleh sebab dah jarang2 dpt pergi berjalan... layan ajelahh.. masak pun masaklahhh.. perut kenyang hati pun senang jugakkann...

Pagi ni aku goreng nasi aje.... sebab ada belen nasi banyak mlm tadi.. so pagi ni layan nasi goreng sempoi aje....


Masa sampai kat umah Cik Ani tadi... tengok anak2 semua dok lena sedap aje dalam kereta... jenuh nak kejutkan Haziq.. kejut berkali2 pun takmo bangun... terpaksa la guna tactic mintak tolong abang Haziq kejutkan adik Alin bangun yg konon2nya adik Alin taknak bangun2 padahal tak kejut pun takper.. ibu boleh dukung aje adik Alin tuu.. yg payahnya nak bangunkan abang Haziq.. macam biasa tactic ibu berjayaaaa Abang Haziq bangun terpisat2 kuar dari kereta pegi ke pintu kereta depan yg siap terbuka.. sambil kejutkan adik.. "adik Alinnnnn.. bangunlaaaa.. dah sampaiiiiiii!!"



Ok bercerita pasal masak2.. baru2 ni aku try buat Puri.. Dah lama jugak nak try buat sebab kebetulan tepung atta masih berbaki sikit lagi.. nak buat nak buat... tapi kacang dhal plak takde.. pesan hubby suruh beli.. dia asyik terlupa aje.. so bila dia dah beli kacang dhal tu.. maka berjalanlah projek ibu ngan ayah.. (bukan projek yg lain tauuuu ni projek dapur ) aku suruh hubby masak kari dhal (sebab aritu dia ada tanya India jual kacang dhal tu camno nak buat dhal yg sedapp.. India tu bagitau bahan2nya tanpa kuantiti.. so ni kira hubby punya olahan la ni..) & aku pulak uli roti puriii.... tapi hubby terlebih rajin plak hari tu.. siap masak lauk ayam sekali utk dimakan dengan puri tu... memang masyukkklaaa.... serba kari... memang sedap sangat2.. anak2 pun suka.. cuma satu jer.. roti puri tu agak berminyak sket.. tak bolehlah makan selalu2 sangat... bak kata MamaFaMi syakali-syakali takperlaa....

Resepi roti puri ni.. aku ambil dari Chef Norzailina.. mekasih Chef...

Quote:
PURI
Sumber : Chef Norzailina (aku buat 1½ adunan.. ngam2 utk dimkn dgn sukatan resepi kari dhal dibawah ye )

Bahan2
150 g tepung gandum (anggaran 1 ½ cawan)
100 g tepung atta (boleh gantikan dengan tepung gandum) (anggaran 1 cawan)
sedikit garam
1 camb marjerin
2 camb minyak sapi (boleh gantikan dgn marjerin)
air untuk menguli
minyak untuk menggoreng

Cara membuat
1. Ayak tepung gandum (atta tak perlu), campur garam, marjerin dan minyak sapi. Jadikan spt serbuk roti.
2. Masukkan sedikit demi sedikit air, uli jadi doh yg lembut.
3. Bahagikan menjadi bebola kecil kemudian canai bulat (taburkan tepung di atas papan pencanai).
4. Goreng dalam minyak panas hingga kembang (menggelembung).
5. Angkat dan tuskan minyaknya.


Quote:
KARI DHAL
Sumber : My hubby (sukatan ngam2 utk 1 ½ adunan roti puri di atas.. boleh makan banjir lagi )

Bahan2
1 cawan kacang dhal ~ cuci bersih & rendam dalam 1 - 2 jam (lagi lama rendam lagi cepat kacang empuk)
1 cawan ayam ~ dipotong kecik2 (bahagian tulang2 pun takpe just utk maniskan kuah aje)
6 urat kacang panjang ~ potong 1 inci
2 ulas bawang merah ~ hiris nipis
2 ulas bawang putih ~ hiris nipis
1 inci halia ~ hiris nipis & potong memanjang halus
1 tangkai daun kari
3 biji cili kering ~ digoreng sebentar & ketepikan
1 sudu kecil serbuk kunyit*
1 sudu besar serbuk kari daging*
1 sudu besar serbuk jintan putih*
1 sudu besar serbuk cili* (boleh kurangkan jika takmau pedas)
garam & perasa secukupnya
minyak utk menumis
air secukupnya utk kuah
(bahan2 bertanda * campurkan sikit air jadikan pes)

Cara2 Memasak
1. Rebuskan kacang dhal yg direndam tadi hingga kembang & agak2 nampak nak pecah sikit.
2. Dalam periuk lain panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 hiris hingga terbit aromanya. Masukkan daun kari serta pes rempah2 tadi. Kacau rata dan biar wangi.
3. Masukkan ayam dan kacau kejap pastu masukkan air. Biar ayam masak sekejap.
4. Biar mendidih & last sekali masukkan kacang dhal yg direbus tadi (sekali dengan airnya), cili kering goreng & juga kacang panjang. Masukkan garam & perasa secukupnya & biar mereneh ikut kepekatan yg anda mau.
5. Siap utk dihidangkan dengan puri, chapati ataupun roti canai what ever u like


Ini pula ayam yang dimasak kari kering2 tanpa santan... kalau makan kat kedai mamak boleh jumpa masakan mcm ni.. aku suka...

Quote:
KARI KERING AYAM
Sumber : My Hubby

Bahan2 (almost sama spt bahan2 kari dhal tadi)
1 mangkuk sedang ayam ~ dipotong kecik2 (dlm 2 cawan je)
2 ulas bawang merah ~ hiris nipis
2 ulas bawang putih ~ hiris nipis
1 inci halia ~ hiris nipis & potong memanjang halus
1 tangkai daun kari
2 biji cili kering ~ digoreng sebentar & ketepikan (tak bubuh pun takpe)
1 sudu kecil serbuk kunyit*
1 sudu besar serbuk kari daging*
1 sudu besar serbuk jintan putih*
1 sudu besar serbuk cili* (boleh kurangkan jika takmau pedas)
garam, gula & perasa secukupnya
minyak utk menumis
air secukupnya
(bahan2 bertanda * campurkan sikit air jadikan pes)

Cara2 Memasak
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam sekejap hingga separuh masak. Sentiasa kacau2 ayam tu sebab guna minyak sikit je kan..bukan deep fry. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam minyak yg sama tumiskan bahan2 hiris hingga wangi. Masukkan pes rempah yg dicampurkan tadi dan masak hingga keluar minyak. Masukkan daun kari serta sedikit air.
3. Masukkan ayam goreng tadi dan juga garam, perasa & sikit gula. Kacau rata dan masaklah hingga ayam masak & agak kering sedikit.
4. Sesuaikan rasanya & sedia dihidangkan dengan puri, chapati, roti canai or makan dengan nasi pun ok gakk


Inilah hasilnya untuk dinner kami malam tu....


Okey.. ni pulak projek ibu dah agak lama jugak ni.. dah lupa bila.. masa merayau2 di blog abang Rozzan.. ternampak ler resepi Jeneket ni. Aku tak pasti asal usul resepi ni.. mungkin resepi orang Jawa kot.. aku agak aje.. kalau betul orang2 berketuruan Jawa tolong sahkan yer Aku ni jenis pelik sikit.. walaupun benda yg tak nampak menarik.. tp bila aku tengok resepi menggunakan bahan2 yg aku suka.. aku nak juga mencuba sebab teruja nak tau macamana rasanya... Seperti Jeneket ni.. menggunakan tapai ubi feberet aku.. so aku pun membuat eksperimen.... Hasilnya.. beginilah rupanya Jeneket aku.. Tapi sayang sungguh sebab anak2 tak berapa suka.. hehehe.. cik abang pun kureng gak mungkin sebab kuih2 manis ni bila hidang pagi2 memanglah dorang kurang sket (pilih2 kuih je yg dia boleh masuk)... aku je yg makan lebih.. dorang makan sikit je.. so bila tak abis tu.. aku simpan ler dlm peti ais.. (aku ni jarang sgt nak buang makanan tak habis kecuali makanan tu rosak.. tak suka membazir) bila rasa nak makan.. aku just kukus jeneket ni dan ianya akan jadi lembut balik... Jeneket ni.. sedap dimakan panas2.. lembut... cicah ngan minuman kegemaran pun boleh gakk.. tp bila dah sejuk jadi agak keras sket gitu.. sapa2 yg nak try bolehlaa.. 1 adunan ni dapat agak banyak juga.. 1 family besar ngam2lah ngan resepi ni.. rasanya ada iras2 Pak Tonko.. tp yg ni agak manis laa..

Quote:
JENEKET
Sumber : Bro Rozzan (TQ Bro resepinya sy C&P yer... ada edit2 sikit )

Bahan-Bahan

100 gm tapai ubi
1 biji telur (saiz besar, kalau kecil gunakan 2)
200 gm gula pasir (kalau tak suka manis.. boleh kurangkan gula)
1 sudu teh garam
¼ sudu teh yis segera (mauripan)
1 sudu teh baking powder
sedikit pewarna kuning
600 gm tpg gandum
1 sudu teh potas (atau bic.of soda) (MaDiHa guna soda bikarbonat)
½ cawan air
secukup minyak utk menggoreng

Cara2 Membuatnya
1. Satukan tapai, telur, gula, potas, yis segera dan baking powder lalu dikisar hingga gula larut.
2. Tuang ke dalam bekas besar. Setelah itu, masukkan air, pewarna kuning & garam.
3. Akhir sekali masukkan tepung dan uli hingga rata.
4. Masukkan bekas tadi dalam plastik, bungkuskan & perap selama 8 jam. (elok uli malam & goreng keesokan paginya)
5. Panaskan minyak dalam kuali.
6. Bulat2kan adunan dengan saiz yg kecil. Ambil 1 bebola tadi lalu canai leper & nipis. Boleh juga dicanai besar2 & potong memanjang or ikutlah suka hati puan2 nak bentuk apa sekali pun..
7. Kemudian, masukkan ke dlm minyak yang banyak dan goreng dgn api sederhana sehingga masak & menggelembong.

Nota: Jika hendak mencanai adunan, taburkan sedikit tepung pada papan dan kayu penggelek. Canai agak nipis seperti kulit karipap tu ye.. kalau tak kuih ni akan mentah didalam semasa menggoreng.


Itu sajalah cerita & resepi2 untuk hari ni... selamat memasakkk


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net