Want your
own Fotopage?







 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 1-May-2009 07:47 Email | Share | Bookmark
CUSTARD CHEESE BUN

 
 
 
 
 
Buat bun ini beberapa hari selepas buat potato bread tempoh hari tetapi disebabkan tak sempat kerana sibuk dengan persiapan Hari Keluarga di taman perumahan tempat Rinn tinggal, maka internet dilayar hanya untuk membaca akhbar2 on-line. Tak sempat nak update fotopages.

Custard filling lebihan membuat potato bread masih ada, sebab itu Rinn buat Custard Cheese Bun ini. Walaupun ringkas sahaja tapi Rinn kongsikan jugaklah di sini. Maaf ya... kali ini tiada step-by-step disertakan. Boleh rujuk kepada langkah-langkah asas membuat roti kentang yang lalu.




CUSTARD CHEESE BUN
Sumber : Chef Khoo See Yew (Home Bread)

Bahan A :
230gm tepung roti (Tepung berprotein tinggi)
1/2 packet yis segera mauripan
170gm air sejuk
1/8 tsp bread improver

Bahan B :
1/2 biji telur
60gm gula castor
1/4 tsp garam halus
25gm air sejuk
1 tsp yis segera mauripan

Bahan C :
30gm butter
100gm tepung protein tinggi

* Custard filling, gula dan cheese slice secukupnya untuk topping.

Cara-cara :
1. Adun Bahan A hingga rata dan perap selama 1 jam ke 1 1/2 jam.
2. Campurkan Bahan B ke Bahan A dan uli sehingga menghasilkan doh yang lembut. Masukkan Bahan C dan terus uli untuk menghasillkan doh yang lembut dan elastik. Rehatkan selama 15 min.
3. Bulat2kan doh seberat 60gm setiap satu dan rehatkan lagi 10min.
4. Leperkan doh berbentuk bujur. Biarkan ia naik 2 kali ganda.
5. Paipkan custard filling, tabur sedikit gula dan cheese di atas doh.
6. Bakar pada suhu 190 darj cel selama 15min atau sehingga bun keperangan.




Nak cepat punyer pasal, bun pun posing ringkas jer !!! ...






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net