Want your
own Fotopage?







 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 22-Apr-2009 01:41 Email | Share | Bookmark
ROTI KENTANG (POTATO BREAD)

Kentang lecek
Campur bahan2 kering
Putar sebentar
Masuk telur & kentang
Masuk air sejuk
Masuk mentega
Putar
Sampai elastik begini
Bulatkan doh
Perap doh
Sampai naik 2x ganda
Bulat2kan
Dah naik nii..
Sapu telur
Paipkan custard
Dah siap dipaip
Dah siap bakar
Yumm..Yummm....
 
Rinn rebus kentang lagi. Well.... tentu semua ingat Rinn nak buat donut kentang ya. Ha ha ha....salah !!!! Tak jadik jugak kali ini..melencong ke lain pulak. Tiba-tiba saja teringin nak buat roti. Dua minggu lepas masa menziarah MIL dan SIL sekeluarga Rinn sempat buatkan diorang roti sosej, bun kismis dan bun choc chips menggunakan resipi doh asas Mr Alex Goh. Alhamdulillah, elok kejadiannya. Kali ini kita cuba pulak roti kentang...sebab dah ada kentang rebus !!!

ROTI KENTANG (POTATO BREAD)
Sumber : Onigiri@meresipi.com

Bahan-bahan:

300gm tepung berprotein tinggi
2 tsp yis segera
3/4 tbs susu tepung
3/4 garam halus
50gm-70gm gula castor
60gm kentang lecek
1/2 biji telur (1/2 lagi boleh diguna untuk menyapu roti )
135ml air sejuk dari petiais
30gm mentega

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk pengadun. Putar sebentar. Masukkan telur dan kentang lecek. Teruskan memutar sambil menuang air sedikit demi sedikit. Putar selama 20min dengan kelajuan sederhana.
2. Masukkan mentega dan putar lagi selama 10min sehingga doh menjadi elastik.
3. Bulatkan doh dan perap sehingga doh kembang 2 kali ganda selama 1jam. Tumbuk untuk membuang udara terperangkap.
4. Bulat-bulatkan menjadi 16 biji bebola yang sama saiz. Susun ke dalam loyang 7"x7" yang telah disapu mentega. Biarkan ia naik selama 45min lagi.
5. Gliskan permukaan roti dengan telur dan paipkan kastad seperti dalam gambar.
6. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 20min atau sehingga masak. Sekiranya permukaan roti sudah keperangan sebelum 20min, tutup suis oven tapi biarkan roti di dalam oven sehingga cukup 20min.
* Kalau tak menggunakan mixer atau bread machine, boleh juga menguli sendiri dengan tangan ya....

CUSTARD CREAM
Bahan-bahan:

1 tbs tepung gandum
1 tbs tepung custard atau tepung jagung
4 tbs gula castor/gula pasir
1 cup susu segar (250ml)
1 biji telur (gred A) atau 2 biji kuning telur
Secubit garam halus
1 tbs mentega

Cara-cara:
1. Bancuh tepung, gula dan garam dengan menuang susu sedikit demi sedikit. Teruskan membancuh supaya tidak berketul.
2. Masukkan telur dan kacau sebati.
3. Masak di atas api sederhana sehingga likat. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. Apabila sudah likat. angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau rata dan sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.



Rinn sangat gemar custard cream sebab tu Rinn paipkan agak banyak di atas roti tersebut. Kalau dipaipkan ke dalam pastry puff lagi lah Rinn suka. Rinn rasa kejadian roti kali ini amat menggembirakan Rinn kerana mengikut pengalaman Rinn belajar membuat roti ini sendiri banyak kerenahnya yang kita kena pelajari. Hasil pada kali ini adalah yang terbaik setakat ini...Alhamdulillah.



Rinn bagi 5 bintang untuk resipi roti kentang ini. Sebenarnya Rinn dah google banyak resipi roti atas nama roti kentang dan potato bread. Berlambak-lambak yang keluar tapi dah rezeki Rinn nak dapat resipi terbaik dari myresipi.com. Seronok masuk ke laman myresipi.com ni. Selain dari banyak resipi-resipi menarik, kita jugak boleh baca komen-komen daripada mereka yang telah mencuba resipi-resipi di situ di samping dapat melihat gambar-gambar masakan yang telah dihasilkan. Lebih menarik, walaupun resipi yang dicuba adalah sama tapi hasilnya berbeza bila lain tangan yang membuatnya. Hakikatnya begitulah.....




Lihat saja lah kegebuan roti ini. Rinn berani kata yang ianya serupa macam yang dijual di kedai-kedai roti. Kekal lembut walaupun disimpan hingga keesokan harinya. Rasanya pun sedap. Pendek cerita..cukup syaratlah !!! Cuba ya...jangan tak cuba. Pada yang dah pernah mencuba tentu setuju dengan pendapat Rinn..... chiao dulu..


Quote:



Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan wangian Onedrop Perfume boleh hubungi saya di email nazhatulrinna@yahoo.com.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net