Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 15-Apr-2009 12:13 Email | Share | Bookmark
POPIA KENTANG

Inti inside....
Bubuh inti
Gulung...
Gulung habis...
Dah siap gulung semua
Dah siap goreng
Panas-panas lagi nih
Inti kentang inside...
Petang tadi cadangnya nak buat Donut Cakcibur sebab memang dah janji dengan diri sendiri akan buat jugak suatu hari nanti. Yang ingat di kepala, Donut Cak ni guna ubi kentang. Tanpa menyemak resipi, terus ke dapur dan Rinn pun rebuslah lima biji kentang. Sementara menunggu kentang empuk barulah bukak internet dan check resipi.. . Hu hu hu...satu adunan 500gm tepung cuma guna 1 biji ubi kentang jer.. . Ingat nak buat jugak dan lebihan kentang tu bolehlah buat benda lain. Hmmmm kensel...akhirnya teringatkan satu resipi yang guna ubi kentang rebus ni. Terus lompat ke FP Mummy Jam. Resipinya adalah popia kentang. Mummy Jam ni suka memuatkan gambar alam semulajadi kat FPnya. Sesekali mummy bawak keluar resipi pilihan, terpaut jugak hati ini nak mencubanya. Thanx mummy.....


POPIA KENTANG
Sumber : MummyJam

Bahan-bahan inti :
5 biji ubi kentang, direbus empuk, dibuang kulit dan dilecek
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 tsp serbuk lada putih
Secubit serbuk lada hitam kasar
5 tbs daging cincang
1/2 cwn bawang goreng
Sepokok daun saderi, dicincang
Sepokok daun bawang, dicincang
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak utk menumis

Kulit popia secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan lada putih dan lada hitam. Kacau seketika.
2. Masukkan daging cincang. Masak sehingga air daging kering. Perasakan dengan sedikit garam.
3. Masukkan kentang lecek. Kecilkan api. Gaul rata semua dan tutup api.
4. Akhir sekali masukkan bawang goreng, daun saderi dan daun bawang. Gaul rata. Sejukkan seketika.
5. Sediakan kulit popia, isikan inti, gulung dan goreng. Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sos cili pilihan.





Nampaknya tak de rezeki lagi nak merasa Donut Kentang Cak ni. Tengoklah esok lusa. Popia ni amat mudah dan cepat disediakan sekiranya semua bahan ada dalam simpanan. Boleh juga disejukbekukan. Dengan bahan-bahan sejumlah ini, Rinn dapat sedozen popia bersaiz besar. Kalau guna kulit popia saiz kecil boleh dapat lebih banyak lagi tuuu...




Kali ni tak sejukbekukan. Rinn goreng semua untuk hidangan minum petang kami anak-beranak 4 orang. Dear hubby keluar daerah lagi. Tak dapek lah dio merasa hidangan petang yang ringkas dan enak ini. Amat sesuai jugak kalau disajikan untuk jamuan teh selain karipap.







Yuk minum petang.....



Quote:



Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan wangian Onedrop Perfume boleh hubungi saya di email nazhatulrinna@yahoo.com.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net