Want your
own Fotopage?












































 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 8-Apr-2009 02:29 Email | Share | Bookmark
MARBLE CHEESE BROWNIES

Cairkan butter
Masukkan serbuk koko
Kacau sebati
Pukul telur & gula
sampai sebati
Tuang dlm adunan choc
Kacau lagi
Masukkan susu cair
Kacau sebati
Masukkan tepung
Kacau sebati
Masukkan esen vanilla
Lapik dan gris loyang
Tuang adunan
Ratakan
Putar cream cheese
Masukkan gula
Putar sebati
Masukkan telur
Putar sebati
Keluarkan brownies dr oven
Tuang adunan cheese
Ratakan
Gariskan dgn adunan coklat
Lorek ler......
Dah siap lorek
Dah siap bakar
Mcm logo MAS plak....
Sejuk dah niii...
Dah potong
Orang yang kerap buat Marble Cheese Brownies ni rasanya.....ialah Jasmeen Nadiya...sebab dia rajin promo dan orang yang telah mencuba brownies ni pulak suka order kat dia sampai berulang-ulang kali. Sebab apa...sebab sedaplah !!!! Rinn pun dah lama nampak brownies ni cuma dok tahan-tahan tak nak buat lagi. Tapi bila Rinn sebut nak buat hujung minggu lalu, terus anak-anak bagi green light sebab kedua-dua puteri yang dari asrama tu ada kat rumah dan nak balik asrama semula. Biasalah...mesti nak bawak bekalan bila balik asrama. Jadi kita pun buat laaaah....



MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.





Kombinasi coklat dan keju memang tak dapat disangkal keenakannya. Buatlah dalam bentuk apa sekali pun, pasti tidak mengecewakan melainkan kalau kita buat tak menjadi atau hangus di dalam oven heh heh heh... Kepada yang teringin bolehlah mencuba. Kalau malas boleh lah order saja..tapi bukan dengan Rinn tapi dengan toke-toke kek cyber macam Jasmeen ni atau yang lain-lain ya. Jumpa lagi....




Quote:



Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan wangian Onedrop Perfume boleh hubungi saya di email nazhatulrinna@yahoo.com.



Kak Liza, nur tumpang lalu iklan ok.

Promosi Pembukaan D'Ratu Bridal House
Membantu bakal mempelai untuk mendapatkan nilai yang rendah dan hasil yang memuaskan
Pakej Pernikahan semurah RM300
Pakej Perkahwinan semurah RM490
Menjanjikan busana yang baru untuk ratu dan raja sehari

http://d-ratu-bridal.fotopages.com/
Wed 8-Apr-2009 09:05
Posted by:d-ratu-bridal-house d.ratu.bridal@gmail.com  - [Link]
k rinn buat corak tu pakai ruler ke? tegak betul! re: jadi... apakah sbnrnya benda yg serupa jintan tu? mmg jintan ke? ishh, kalau la time chef hyderabad tu buat demo k rinn dah aktif-fp, kan bestttt! ...mmg saya sorang je yg rasa daun ketumbar tu rasa kumbang ye? hehe. hehe. Wed 8-Apr-2009 10:31
Posted by:Lee Lin
rinn..sukanya tgk brownies rinn ni..cantik jer kat mata..blom kat tekak lagi hehehe arini ct pun belajar buat fudge brownies rinn gak..nampak sedap jer..tapi ct saje tambah topping..maaf ya rinn.lain kali nak cuba try test brownies marble cheese lak..sedap tgk
Wed 8-Apr-2009 10:38
Posted by:ct.delima ct.the5@gmail.com  - [Link]
KRinn kalau buat ape2 je mesti menjadi.... Hasilnya pun kemas aje. Wah! nampak sedap la.... .Saya mesti cuba. Oh! ye!! Thanks ye bagi saya respi kuih denderam tu. Kalau saya tanya org lain sure tak nak bagi. Thanks skali lagi. Wed 8-Apr-2009 14:25
Posted by:Adawiyah sazuwa44@yahoo.com.my
bila lah nak punya kepakaran mcm Kak Rinn nehhh Wed 8-Apr-2009 15:14
Posted by:mama_danish  - [Link]
Salam Kak Rin, terpegunnya saya tgk brownies nie cantik dan kemas sekali. Rasanya kalu dapat merasa tentu lagi sedapkan . Saya selalu menjengah FP kak Rin dan ada juga mencuba resepi2 dr FP kak Rin. Alhamdulillah hasilnya pasti tak mengecewakan. Nampaknya saya kena try resepi brownies nie plak. Thanks.. Wed 8-Apr-2009 15:20
Posted by:unnamed
mmg btol... kak rinn buat nampak sooooo kemas.. mcm pakai ruler
reli envy ur work
saya rasa bersalah btol skrg ni sbb kekadang masak ari2 pun miss, gara2 dok kejar 'projek besar' yg satu tu... hopefully by ujung bulan ni dah settle la.... lega!!
Thu 9-Apr-2009 01:20
Posted by:Aliza  - [Link]
salam...dah lama tak tinggal komen kt fp k.rinn nih..tp mmg slalu jengah...komen saya ialah macam depa yg lain2 nih....brownies k.rinn nih sungguh mengancam jiwa...baru dok berkira2 dalam kepala nk wat choc cup cake lam entry k.rinn ni dis wiken...tup2 k.rinn bagi satu lg resipibaru...hmmm cheese ada seketul tu...lama dh peram lam fridge tu...so wiken ni 2-2 resipi buat....hehe..sempat ker? best ek k.rinn jadik fully housewife,,,yg nih memang sy jeles ngan k.rinn....love ya Thu 9-Apr-2009 01:39
Posted by:mOk nDa marre8892@yahoo.com
kak rinn mmg rajin..tak dpt disangkal lagi..
*last day kusus kat intura tapi rasanya takdan nak p ziarah kak rinn.. jadual pack betoi.. lagipun tak bawak buah tgn, malu lak nak singgah time balik tu... nanti ej p umah kak rinn lagi nooo..
Thu 9-Apr-2009 02:13
Posted by:EJay/Rafiqin
Salam perkenalan kak Rinn.. dah lama ikut fp akak ni.. dah pernah cuba satu dua resepi pun.. tq. tgk akak buat marble cheese brownies ni terliur plak..tapi hubby saya tak suka coklat.. tu yg leceh skit.. kalau buat mkn sorang la jawabnya. Anyway, thanks akak utk resepi2 tu.. byk yg saya belajar bunga utk akak..heheheh Thu 9-Apr-2009 03:34
Posted by:riena riena_mohd@yahoo.com
Rinn..amboiii kat sini pun ada marble cheese brownies gak..baru balik dr dapur Mamasya pun dah buat jugak..xleh jadi ni...nak kena menggodek gak..kalau Rinn dekat, harus pinggan kosong akak letak dpn pintu dpur Rinn dah..hehe Thu 9-Apr-2009 03:43
Posted by:ummi  - [Link]
yeeehaaaaaa...kita sesama demam cheese bronis...kekekkekekek
lg lawo dr i nyer...hehhehe
Thu 9-Apr-2009 04:47
Posted by:jasmeen armadean@gmail.com  - [Link]
Perfection!!!! Thu 9-Apr-2009 05:17
Posted by:Muna muna_fadaaq@yahoo.com  - [Link]
Iklan bagi penggemar selendang panjang....sila layari http://zaisuficollections.blogspot.com bg mendapatkan selendang yang cantik dan menarik.

Thu 9-Apr-2009 12:21
Posted by:Sufina  - [Link]
Mmg menggoda ni....tang corak tu nampak kemas jer... Thu 9-Apr-2009 14:51
Posted by:wawa  - [Link]
k.rin...lama xtgl jejak..tp mmg selang 2-3hari mesti singgah cni thank you so much dgn all da pics yg step by step tu..sgt2 membantu!!!teringin jek nk buat..tgh tunggu oven(brg kargo) smpi dr nihon..skrg lepak gurun* ni..bolehla nnt g wat xmalu berguru ngan k.rin ye... Thu 9-Apr-2009 17:17
Posted by:mommy izzdanish
saya pun teruje bile nengok kak jasmeen punye marble chis brownis..pastu dtg umah krinn pulak wat benda yg sama..pasni mmg nk g wat arr..resepi pun dh c&p..tunggu masa & ketika jer.. Fri 10-Apr-2009 01:16
Posted by:rozamy amelia@pernec.com.my  - [Link]
hmm...nampak sedap...nak kena try nie.. Fri 10-Apr-2009 02:53
Posted by:Diana mydisha2203@yahoo.com.my  - [Link]
Aiyooo jalur jalur tu yang wat tak tahan tengok nih.......
Sabar ma, sabar... tarik nafassss..... lepas.... tarikkkk.... lepas.......
Fri 10-Apr-2009 10:04
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
kak rinn..ini macam kalooo, lemak mahal ku bertambah pun boleh buat2 lupa...nampak sungguh lahh mengiurkannnn...... Fri 10-Apr-2009 11:46
Posted by:ah mat gebu  - [Link]
haruss nak cuba nih.. Fri 10-Apr-2009 14:43
Posted by:min472  - [Link]
cantik jalur nya yang dilorek atas brownie ni, mesti nak dicuba nanti... Sat 11-Apr-2009 12:29
Posted by:mummy jam  - [Link]
Krin... sedapnya brownies nie terliur tgknya... teringin nak buat tapi penyakit M sentiasa menghatui kepala nie.... aduh tolongggggggg camne nak buang penyakit M nie... Sun 12-Apr-2009 09:39
Posted by:Kuyah kuyah95@yahoo.com.my  - [Link]
eiiiiiiiiiiiiii meleleh air liur nengokkan brownies nih , kalau rinn dok sebelah, dah lama dah ketuk pintu ni Sun 12-Apr-2009 09:53
Posted by:yangmazni  - [Link]
salam perkenalan ... waaa.. best nyer ..rase nak makan dan dan ni jugak... Sun 12-Apr-2009 10:06
Posted by:ina ummie_iman@yahoo.com  - [Link]
Terima kasih untuk resipi ni. Dah try buat Sabtu baru ni... simple dan sedap.. Tengok Mat Gebu pun dah try... Yang lain, boleh try... Mon 13-Apr-2009 04:36
Posted by:maz_maz
Salam K.Rinn.. Saya selalu tgk FP ni.. and dah try byk resepi.. terima kasih kerana share... he he he... Mon 13-Apr-2009 09:26
Posted by:becky bakhiah@gmail.com
zana pun dah copy rspi ni kat fp jasmeen hehehe tapi k/rinn dha buat dulu...nyum2 tergoda tgk brownies k/rinn wat nih plan nak wat ari sabtu ni. nak bekal kan member gi jepun ngan anak gi swimming hehehe. Mon 13-Apr-2009 10:15
Posted by:zanaz zanaz70@yahoo.com  - [Link]
adeiii dugaan tui!
td masuk masuk dapur mamasya dah nampak brownies kak meen ni...
tup2 masuk dapur kak rinn pun ada gak...cam dah sampai seru jekkk
ikshhh mmg lama dah teringin nk mkn brownies ni nk order joh bebenor...
Mon 13-Apr-2009 10:18
Posted by:shima27  - [Link]
group akak pi c siang, shop bakery kat jb ye malam tadi kul 8-10 mlm. Mon 13-Apr-2009 15:55
Posted by:azmah ajreka88@yahoo.com
Bagus-bagus step by step bole ku suruh anak ku yang rajin SoOFEA membuatnya dia suka siap jual di sekolah. heheh. Thank RIn share di sini. Mon 13-Apr-2009 23:17
Posted by:misliha misscreativecakes@yahoo.com  - [Link]
dah expert tu boleh jadi cikgu baking nanti.... Tue 14-Apr-2009 00:09
Posted by:kak ija eijahashim@yahoo.com
produk2 kecantikan dan kesihatan khusus untuk lelaki dan wanita dan bg mereka yg mementingkan kecantikan dan kesihatan luaran dan dalaman..layari http://dehouseofbeauty.blogspot.com/ Tue 14-Apr-2009 02:07
Posted by:dehouseofbeauty dehouseofbeauty@gmail.com  - [Link]
http://www.duriankahwin.com melancarkan produk kami iaitu Kad Kahwin Indonesia di web Promosi 40% untuk KAD KAHWIN INDONESIA. WOW!!! Jgn lepaskan peluang anda untuk mendapatkan kad yang eksklusif ini pada harga DURIAN RUNTUH!!

http://www.duriankahwin.com - Creative Wedding Cards. Unique Souvenier. on your Special day.
Tue 14-Apr-2009 08:52
Posted by:Durian kahwin  - [Link]
sedapnyeee..meh tgk baju lawa-lawa pulak. http://lawa-lawala.blogspot.com Tue 14-Apr-2009 13:32
Posted by:wanriza  - [Link]
Salam..jom jengok.. design baru...baju kurung, kebaya, jubah, tlkung...CANTIK untuk RAYA 2009!!!!! http://exclusiveapparel.blogspot.com/ Tue 14-Apr-2009 17:14
Posted by:mamaluqnqis  - [Link]
Salam rinn, zue ni.. alor Star. I nak add you in my link sebab resepi rinn selalu menjadi bila Zue cuba, So bila2 nak masak tu , boleh bukak your fotopage and select nak menu apa..hi..hi...kalau rajin2 tu singgahlah my blogspot.cantiklah marble cheese brownies ni, nanti nak cuba lah... Wed 15-Apr-2009 04:36
Posted by:zue
salam again rinn, lupa bubuh my blogspot. www.cekmekzue-zue.blogspot.com Wed 15-Apr-2009 04:38
Posted by:zue
dah lama sebenarnya tak masuk fp...tengok ada fp untuk resepi..besttnyeee...berbunyi perut niii
boleh tak saya request untuk rinn buat buku resepi yg ada step by step mcm nii....boleh hadiah kat mak mentua..mesti dier happy! tak pun....e-book pun kire oklah! email saya yee bila dah ada..hehe...

satu lagi...saya terinigin nak wat cupcakes..yelah, tak lama lagi ammar makin besar..kalau homemade cakes kan lagi bagus..
boleh tak suggest peralatan basic with affordable price (hehehe) yg perlu ada...saya ni oven pun takde gi ni

iklan: quality and branded babykids apparel, jom singgah at http://manjakuhappy.blogspot.com
Wed 15-Apr-2009 08:48
Posted by:djazzxp djazzxp@yahoo.com  - [Link]
rin nak tanya, kalau resipi guna sukatan cawan tu bersamaan dgn berapa gram Wed 15-Apr-2009 10:55
Posted by:zurin zurinimustapha@yahoo.com
tq rinn..ngan segera kita akan buat ...nampak cam sng jek..org dalam umah kita ni mmg semua hantu ceklat Wed 15-Apr-2009 12:14
Posted by:GEDUNG CADAR ONLINE manis_25@yahoo.com  - [Link]
salam akak rinn...
kite duk tahan2 lagi nengok nih...resepi dah salin...sekali bahan dah cukup pi buat benda alah lain plak...
nih jwbnye telan air liur je ahh...
akak mai amik award ya...
Wed 15-Apr-2009 12:15
Posted by:aishah@ummiaqil  - [Link]
wah.. bagusnya akak rin ni.. siap kasi step by step lagi...siap saya copy lagi.. tak sabar nak buat ni.. terima kasih Wed 15-Apr-2009 13:04
Posted by:nora norashamsida@yahoo.com  - [Link]
nak tanye saper2 boleh bagitau...mcm mana nk masuk rozzan blogspot...sbb x leh masuk lah....or saper2 ada email abg rozzan???? Thu 16-Apr-2009 05:27
Posted by:WARIEZZA nurinfariza@yahoo.com
cuba tengok kat sini....menarik?????
http://shaz-collection.blogspot.com/
Sun 19-Apr-2009 09:15
Posted by:shaz  - [Link]
ya allah..kak rin..tertelan air liur saya dibuatnya....
sedappp nyerrrrrr.....tak sabar nak mencuba..
btw kak rin...tq sebab tak lokek dengan resepi...
Thu 23-Apr-2009 08:58
Posted by:jeema... ima_azlim1@yahoo.com  - [Link]
kak rinn.. nak tanya sikit... masa bancuh brownies tu, kite mmg buat double boiler sampai abis ye.. maksud eija, dari coklat sampai la masukkan tepung.. semua double boiler ker... Sat 2-May-2009 01:42
Posted by:eija ct_eija_ct@yahoo.com
niza dah try buat marble cheese brownies memang terlalu sedap.....thks rinn..... Sun 3-May-2009 05:31
Posted by:unnamed cattyniz@hotmail.com
salam kak.nape bila saya buat brownies ni, dah bakar 20 min pun masih lagi tak masak2?adunan masih cair.lepas 45 min baru adunan keras..tapi terlebih keras la pulak.pastu, lapisan cheese tu kan, tetap lembik cam asal walaupun dah 15 min di bakar?..bila siap, susah lak nak potong dengan kemas harap akak dapat bantu..tq Thu 7-May-2009 15:38
Posted by:liza wkj_2569@yahoo.com
nak keluar kan dari loyang ada payah sikit lah rinn..... Tue 19-May-2009 12:28
Posted by:unnamed cattyniz@hotmail.com
Kak rinn.. saya pun dah try brownies ni.. mmg best... siap hubby bwk pi opis.. and opis mate dia sayang nk mkn... minta halal yek mencuba tapi tk minta izin... Tue 26-May-2009 05:00
Posted by:bakhiah bakhiah@gmail.com
jom kongsi resepi & tgk video masak-masak di http://www.trymasak.my. macam ni senang je nk masak! Fri 3-Jul-2009 10:12
Posted by:TryMasak trymasak@geoflex.com.my  - [Link]
Tahniah buat Rin.Seronok btul dpt tgk mcm2 rsepi yang mengancam di hp ni.ntah bla le saya blh jd serajin Rin ni. Wed 26-Aug-2009 06:20
Posted by:ELLY yusly1972@yahoo.com.my
salam kak rin..saya baru nak berjinak2 ngan buat kekni..saya dah cube dah browniesni.tapi tak tau mane silapnye kek mendap cheese hangus...tolong saya kak rin... Tue 8-Sep-2009 07:14
Posted by:lin  - [Link]
k rien..thnkx kongsi resepi..sangatlah menjadi..heheh...best hubby suker... pasni nk cuba resepi lain lak.. Mon 5-Oct-2009 02:46
Posted by:salmi anakmakabah6@yahoo.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.