Want your
own Fotopage?












































 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 1-Apr-2009 10:08 Email | Share | Bookmark
SIMPLE CHOCOLATE CUPCAKES

Campur bahan kering A
Pukul bahan B
Tuang Bahan B ke Bahan A
Terus putar sebati
Tuang air panas
Putar sebati
Isi dan tabur choc chip & badam
Membumbung sat aje niii....
Dah turun sikit...
Buka soufflernya
 
Maklang Azie kata dia selalu guna resipi kek coklat ini untuk kek-kek kenitnya dan juga untuk diajar di kelas-kelas bakingnya. Nak pergi belajar..fuhhhh..nun jauuuuuuuuuh nak kena panjat tangga Batu Caves kot baru boleh sampai. Apa pun, terima kasih pada maklang yang sudi kongsi resipi itu di blognya. Jadi Rinn mintak izin nak "copy" dan mencubanya ya.. Sebenarnya dah cuba buat dah pooooooonnnn

SIMPLE CHOCOLATE CUPCAKES
Sumber : Lizcookies @ maklang's

Bahan-bahan A :
2 cwn tepung serbaguna/tepung gandum
1 cwn serbuk koko
2 tsp baking powder
2 tsp soda bikarbonate
3 tsp serbuk instant nescafe
Secubit garam halus

Bahan-bahan B :
2 cwn gula castor
1 cwn minyak jagung/minyak masak
1 cwn susu cair
3 biji telur

Bahan C :
3/4 cwn air panas (*Air dari dalam thermos, ok )

Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk pengadun, campurkan semua bahan A yg telah diayak.
2. Di dalam bekas lain, campurkan semua bahan B dan pukul sebati.
3. Putar bahan A perlahan2 sambil dimasukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil terus memutar. Lajukan putaran sehingga semua sebati.
4. Tuangkan air panas dan putar sebati.
5. Isikan ke dalam paperliners atau souffler. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 20min-25min bergantung kpd oven masing-masing. Jika membakar dlm bentuk sebiji kek, gunakan suhu 160 darj cel selama 60min atau sehingga masak.




Oleh kerana Rinn tidak bercadang untuk menghias kek ini dengan icing atau buttercream, maka semasa hendak membakarnya Rinn telah mengisi lebih sedikit dari 3/4 penuh paper soufller tu. Biar nampak penuh nanti. Sekadar menabur sedikit choc chips dan almond nibs. Kepada sesiapa yang bercadang nak menghiasnya, isikan adunan separuh penuh ya supaya masih ada ruang di bahagian atas untuk melepa icing atau buttercream.



Kek coklat ini lembut dan sedap. Sesuai dimakan begitu saja atau dihias menjadi kek kenit yang cantik dan menawan. Tak rugi mencubanya....





NAMPAK CAM SENANG TAPI NAK BUAT TU TAKUT TAK MENJADI.. Wed 1-Apr-2009 12:07
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
sedaplah...
boleh masuk dlm list dulu ni..
Wed 1-Apr-2009 14:15
Posted by:zaiy  - [Link]
salam kak rinn... mengancam betul choc kek tu.. izan dah copy nya nanti nak cuba Wed 1-Apr-2009 15:25
Posted by:izanman
kak rinn,air panas tu yg suam ke yg panas mendidih? Thu 2-Apr-2009 00:49
Posted by:dila  - [Link]
sedap... sedapp...
masa tuang air panas tuh... mixer on ke tak?
kalo guna air panas yg dlm termos leh tak?? kiranya takde ler air panas yg baru lepas mendidih...
Thu 2-Apr-2009 00:59
Posted by:attyra (atie)
Merelit-relit kilat CC k.rin tu... Thu 2-Apr-2009 02:10
Posted by:wawa  - [Link]
Buncit nampaknya cc Rinn... Dah cukup bulan eh? Hihii...jangan mare! Thu 2-Apr-2009 02:14
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
salam kak rinn...waaaah mnyelerakan sungguh miffin ni...yg paling utama simple ....nak trylah ni...tq... Thu 2-Apr-2009 03:20
Posted by:suzi  - [Link]
yaaa...ini resipi pojaan atiku...hehehehe....
mmg maklang x kedekut ilmu kan..kan kakrinn...
Thu 2-Apr-2009 04:11
Posted by:jasmeen armadean@gmail.com  - [Link]
NAMPAK MENYELERAKAN...BILA RINN BUAT DEMO...MESTI RAMAI YG LAYAN..SBB NAMPAK MENARIK BILA ADA STEP BY STEP...TERMASUKLAH SAYA SEKALI,W/PUN DAH PERNAH BUAT.... Thu 2-Apr-2009 05:12
Posted by:k.zai  - [Link]
nampak menarik..walaupun simple..saya pun dah tergoda hendak mencubanye.. nti nak wat arr..lg2 cup krinn tu sama mcm saya punye kt umah tu.. Thu 2-Apr-2009 07:06
Posted by:rozamy amelia@pernec.com.my  - [Link]
salam rinn..ct nak tanya lah..kenapa kalau ct buat muffin, bila ct isi 3/4 penuh dia akan membuak keluar dari cup.ct ikut macam yang rinn buat dan isi ikut sukatan yang sama semua,tapi dia membuak keluar.. bole bagi tips x. Thu 2-Apr-2009 07:17
Posted by:ct.delima ct.the5@gmail.com  - [Link]
sedap la nmpk k.rinn...nnti nk try laa!! Thu 2-Apr-2009 10:37
Posted by:are are3646@hotmail.com  - [Link]
tergoda giler nengok. pepagi besok blh a try.bebudak ni mmg gemor coklat@ ni
Thu 2-Apr-2009 14:01
Posted by:angah familypos@yahoo.com
tergoda giler nengok. pepagi besok blh a try.bebudak ni mmg gemor coklat@ ni
Thu 2-Apr-2009 14:01
Posted by:angah familypos@yahoo.com
nak tunggu bila Rinn nak buat complicated chocolate cupcake pulak...... Thu 2-Apr-2009 14:24
Posted by:Muna muna_fadaaq@yahoo.com  - [Link]
Salam..tumpang lalu ye tuan rumah.

I'm selling PONEY children's clothes at only RM25 each pc. agents/distributors are most welcomed(special rates will be given to you!). I also have Avents, Fisher Price & McLaren products at a discounted price. Discounts starts from 20%!!! It's a great deal isn't it?

my fp: http://soadorablebabies.fotopages.com
tel: 016-2488832
Fri 3-Apr-2009 00:46
Posted by:Elly soadorable.babies@yahoo.com  - [Link]
SALAM RINN .. AAH LAH NAMPAK CANTIK .. CUTE2 JER .. RESEPINYER PUN NAMPAK SIMPLE .. HUHUHU .. MALAS DAN RAJIN JER NAK MENCUBA NYER KAN .. Fri 3-Apr-2009 03:53
Posted by:ieda~ibu nina, riena & zahrien  - [Link]
kak rinn,...comel.. kena buat gak ni... sbb kiut sangat.. Fri 3-Apr-2009 08:45
Posted by:shafahanz_iman sha1655@yahoo.com
hmmm.. i think i must give this recipe a try lah! Fri 3-Apr-2009 10:16
Posted by:ummi zufayri  - [Link]
amboi sodap nih..
nmpk moist je..
Fri 3-Apr-2009 14:29
Posted by:srsfeqah  - [Link]
salam rinn, nampak sedap ajer kek coklat tuh...nie mesti cuba nie... Fri 3-Apr-2009 15:44
Posted by:aima rizaima@yahoo.com  - [Link]
Cupcakes nih dah jadi trend noo,,,
Zaman internet nih,,,kalau nak belajaq,,,,
antara mau dengan tak mau saja,,,,
dunia dihujung jari,,,
Sat 4-Apr-2009 01:06
Posted by:Mohd Azhari Azizan  - [Link]
dah try buat. rasanyer? ok. macm kek choc kukus pun ada. budak3 bertiga tu suker tp abahnyer kureng a Sat 4-Apr-2009 12:35
Posted by:angah familypos@yahoo.com
salam tuan rumah..tumpang iklan....1. Duit xcukup??puas memikirkan cara bagaimana dan dari mana nak dapatkan duit..mengharapkan ihsan orang?blum tentu ada yg sudi..pendek kata kene usaha sendiri..sy juga seperti anda..jgn risau, saya membuka peluang kepada anda..mudah..senang dan cepat..hanya memerlukan kemudahan internet..sedikit usaha yang konsisten..ikuti program JANA DUIT MELALUI INTERNET!!! http://janamodal.com/rm2018.htm

Xnak guna MODAL??boleh..cuba yg ini pulak..Maklumat rahsia dan panduan hebat untuk semua. Segera ketahui bagaimana setiap orang sebenarnya mampu menjana pendapatan sendiri dengan mudah. Jadilah orang terawal mendapatkan resipi hebat ini dan berpotensi jana pendapatan tanpa MODAL. Lawati : http://resipirm.wyxcess.com?ref=az_witty
Sat 4-Apr-2009 15:57
Posted by:aziyana az_witty2001@yahoo.com  - [Link]
cantik je k rinn tuang dlm cups... kalau kita, sememeh tumpah²... Mon 6-Apr-2009 04:17
Posted by:Lee Lin  - [Link]
kak rinn, mmg tak lekang ka resepi tu? nampak naik cantik ja.. sure sodap..nanti nak cuba jugak lah.. toche2 arr.. Mon 6-Apr-2009 06:20
Posted by:EJay/Rafiqin
salam kak rinn.. nmpk so moist la cuppies tu Mon 6-Apr-2009 06:32
Posted by:fara aris farah_aris@yahoo.com  - [Link]
bravooooo..... krin kalo buat sumer nampak cantik....bg sapa2 yg nak buat tu, jgn risau, kek ni tak lekang tau sbb adanya minyak dlm adunan yg pegang papercup tu jadi kuat....tapi tak digalakkan buat kek besor, risiko tanggung sendiri ye....kek kenit takpe... Mon 6-Apr-2009 09:16
Posted by:maklang
Iklan bagi penggemar selendang panjang....sila layari http://zaisuficollections.blogspot.com bg mendapatkan selendang yang cantik dan menarik.
Thu 9-Apr-2009 12:32
Posted by:Sufina  - [Link]
http://www.duriankahwin.com melancarkan produk kami iaitu Kad Kahwin Indonesia di web Promosi 40% untuk KAD KAHWIN INDONESIA. WOW!!! Jgn lepaskan peluang anda untuk mendapatkan kad yang eksklusif ini pada harga DURIAN RUNTUH!!

http://www.duriankahwin.com - Creative Wedding Cards. Unique Souvenier. on your Special day.
Tue 14-Apr-2009 08:53
Posted by:Durian kahwin  - [Link]
mmmm..tgk chocolate cupcakes nie menyelerakan sgguh! nk try uat la... Tue 21-Apr-2009 04:02
Posted by:unnamed  - [Link]
Salam... saya pasti nak cuba resepi cup cake nie. Suami pasti suka... Wed 22-Apr-2009 10:49
Posted by:AbbySuraya
saya dah cuba resepi cupcake ni..memang sedap..minta c n p resepi ye...mekasih.. Thu 30-Apr-2009 12:13
Posted by:Ann ann_zihan@yahoo.com  - [Link]
Dear rinn, boleh tahu tak u beli bekas cup cake warna kuning ni di mana yer? Cantiklah. Thanks. Thu 14-May-2009 08:24
Posted by:Aida aidaadam2171@hotmail.com
Salam kak Rin,, kalu KUKUS bole tak? memandai2 lak yek.. Fri 15-May-2009 05:11
Posted by:cik Has hastuzam@gmail.com  - [Link]
salam k.Rinn, untuk satu adunan blh dpt brape biji cupcake? Tue 26-May-2009 01:48
Posted by:muniey muniey_cancer@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.