Want your
own Fotopage?







 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 29-Mar-2009 05:32 Email | Share | Bookmark
ALMOND CHEESE TART

Ramas-ramas tepung dll
Masukkan yolk+air
Gaul dgn hujung jari
hingga jadi doh
Putar cream cheese+gula
Masuk yolks
Gaul rata
Masukkan parutan dan jus lemon
Kaupbalikkan putih telur
Gaul rata
Terap pastry dan prick dgn garpu
Isi filling n tabur almond flake
Siap dibakar
Ada masalah dengan hard disk laptop. Itu yang sepi seketika. Sampai masuk ICU laptop Rinn tuu... . Ni dah ok kot. Maaf banyak-banyak pada yang tetap datang singgah...terima kasih kerana masih sudi berkunjung.

Kali ini nak kongsi satu resipi yang Rinn tukil dari Grace Kitchen Corner. Asalnya kawan kita ini menggunakan loyang pie yang besar tapi untuk memudahkan cerita, Rinn gunakan acuan tart yang kecil sahaja. Hasilnya tetap sama juga. Thanx Grace for the lovely recipe..

ALMOND CHEESE TART
Sumber : Grace Kitchen Corner

Untuk short crust pastry :
1 kuning telur
20ml air sejuk
75gm tepung gandum
150gm butter sejuk, dipotong kiub
15gm gula icing
Secubit garam

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan kering dan gaul seketika dengan hujung jari.
2. Tuang campuran kuning telur dan air sedikit demi sedikit sambil terus menggaul adunan tepung dengan hujung jari sehingga menjadi ala-ala bread-crumb.
3. Uli sekadar terbentuk doh. Balut dengan plastik sejukkan dlm petisejuk selama 30minit.
4. Keluarkan doh dari petisejuk, gelek setebal 1/2cm dan terap ke acuan tart. Cucuk-cucuk doh dengan garpu dan sejukkan semula selama 20min. Bakar selama 10min-15min pada suhu 200 dar cel. Sejukkan atas penderai.


Untuk isiannya :
160gm cream cheese
30gm gula castor
30gm butter
2 biji kuning telur
1 biji lemon, parut kulitnya dan ambil jusnya sebanyak 2 sudu makan
2 biji putih telur
2 tbs gula castor
Almond flake secukupnya

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese dan gula sehingga kembang. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul terus.
2. Masukkan parutan kulit lemon dan jusnya sekali.
3. Di dalam mangkuk pengadun yang lain, pukul putih telur dengan 2 sudu besar gula sehingga kental.
4. Kaupbalikkan putih telur ini ke dalam adunan cream cheese tadi. Boleh masukkan sebahagian almond flake.
5. Tuangkan ke dlm cengkerang tart yg telah siap tadi. Taburkan lebihan almond flake dan bakar semula selama 25min-30min pada suhu 180 dar cel.


Rinn malas nak guna acuan pie yang besar sebab acuan pie Rinn tu agal tebal dan macam lambaaaaaaaat jer kalau nak tunggu pastry crust tu masak. Guna acuan tart yang saiz kecil lebih cepat masak dan senang heh heh... Lepas tu tak payah nak potong-potong ala-ala gaya piza Kira nak cepat sajer......




Alhamdulillah, dari segi rasa sesedap cheese tart yang selalunya tu. Kebetulan ada tetamu datang, dapat juga dihidang untuk minum petang. Mereka pun kata sedap rupanya home made tart ni ya. Biasalahkan...apa-apa yang homemade walaupun rasanya tak serupa macam yang di kedai tetapi ia seakan-akan mempunyai citarasa yang tersendiri.. fresh from the oven lagi...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net