Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 10-Mar-2009 06:23 Email | Share | Bookmark
DONUT PESONA

Putar doh...he he he
Lepas 10 minit putaran
Perap 30 min
Dah kembang
Uli lagi sekali dgn tangan
Canai dan gelek
Terap dan perap lagi
Goreng
Angkat dan toskan minyaknya
Untuk frozen
Golek dgn gula castor jer
Choc topping
Tabur kekacang
Tabur choc rice
Lorek white choc
Mmmmm..yummy !!
Mencuba sesuatu resipi bagaikan ada wabaknya. Seketika dulu Donut Suria pernah popular. Kebelakangan ini Donut Pesona pulak telah mengambil tempatnya. Oleh kerana sudah lama tidak ber"donut" maka dengan ringan jari-jemarinya Rinn pun mencuba juga. Nak jugak tahu di mana terletaknya kehebatan Donut Pesona ini. Yuk kita lihat hasilnya...



DONUT PESONA
Sumber : Donut@myresipi.com

Bahan-bahan:

3 cwn tepung gandum
2 tbs gula castor
11 gm instant yis mauripan
2 tbs air suam
3/4 cwn susu cair ( Rinn guna susu segar )
1 biji telur
3 tbs mentega
1/2 tsp garam halus
1 titik esen vanila (opt.)... tak bubuh
1 titik esen ros (opt.)... tak bubuh
1 1/4 tsp pelembut BIOSTAN ( Rinn gantikan dengan bread improver)

Cara-cara :

1. Di dalam mangkuk pengadun, larutkan yis ke dalam air suam dan apabila telah rata (pekat), tuangkan susu dan ratakan. Biarkan 2 minit.
2. Masukkan gula, telur dan mentega. Campur sehingga sebati dengan memukul atau gunakan mixer letrik.
3. Ayak tepung bersama garam dan bread improver. Masukkan separuh tepung ke dalam bancuhan yis dan gaulkan sekurang-kurangnya tiga puluh saat. Tambah lagi tepung baki dan uli sehingga rata (10 minit). Taburkan sedikit tepung jika perlu untuk memudahkan ulian. (Rinn putar dengan mixer letrik jer.. )
4. Tutup mangkuk dan biarkan selama lebih kurang 30 minit (atau apabila ulian doh sudah berganda)
5. Uli doh sekali lagi sehingga ulian menjadi pejal (4 atau 5 minit).
6. Terap doh menjadi lapisan kurang sedikit dari setengah inci. Tabur sedikit tepung untuk memudahkan pengendalian doh.
7. Gunakan pencetak doh atau ciptaan sendiri untuk menebuk doh tadi.
8. Sapu hanya sedikit minyak pada bekas untuk mengelakkan doh melekat. Perap selama 25 minit atau apabila doh sudah naik secukupnya.
9. Goreng pada api yang sederhana dan balikkannya dengan kerap. Goreng sehingga kuning keemasan. Sekiranya hendak dibekukan, memadai kuning pucat sahaja.



Dengan adunan ini, Rinn mendapat 36 biji donut bersaiz kecil. Kalau saiz sederhana, boleh dapat dalam 20 biji. Oleh kerana agak banyak, Rinn telah menyimpan sebahagian untuk didinginbekukan.



Donut yang disalut dengan gula castor sahaja


Dicelup coklat dan ditabur chocolate rice


Dilorek dengan white chocolate


Ditabur kekacang almond


Quite a few juga kenkawan cyber yang dah mencuba dan rata-rata mengatakan ianya lembut dan gebu. Psstt... manakan tidak..untuk tiga cawan tepung, resipi menggunakan 1 paket yis mauripan... naik kembang lah dia !! Kalau dah namanya donut tetaplah donut tapi rasanya seperti dah nak jadik span pulak. Itu pendapat peribadi lah kan. Apa pun kali ini ada sedikit kerajinan dan Rinn dah bubuh toping kesukaan Acik Alya, apalagi kalau bukan coklat... Dia boleh makan empat lima ketul sekali jalan youuuuu... Lepas ni nak cuba Donut Kentang Cakcibur pulak heh heh heh.....




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net