Rinn tak berapa gemar makan yoghurt. In fact tak pernah pun makan kalau diberi saja-saja begitu. Tapi, sibongsu Marisa suka, Angah Dania pun suka juga kot. Kalau ke pasar raya, Marisa yang selalu menyambar beberapa cups dan masukkan dalam troli. Dalam peti sejuk masih ada 2 cups yoghurt berperisa asli dan berperisa mangga. Sengaja simpan untuk buat kek keju. Mulanya Marisa nak makan begitu sahaja tapi Rinn dah curi-curi ambil untuk buat muffin resipi Aunty Yochana ni. Agak menarik..mungkin rasanya juga menarik. Jom kita cuba....
Oopppss...oleh kerana Rinn dah "tercuri" Marisa punya yoghurt dan dia ternampak..maka terpaksa akur dengan rengekannya nak main tepung sama.... . Bersungguh-sungguh tu...tapi kena control gak takut terlebih kacau nanti bantat pulak muffin tuu...
Bahan-bahan : 200 gm self raising flour
1 tsp baking powder
1/2 biji lemon, perah jusnya
1 cup (140ml) plain yoghurt
100 gm castor sugar
100 gm butter
2 biji telur
Secubit garam
Sedikit parutan kulit leon utk hiasan
Cara-cara: 1. Cairkan gula castor dan butter secara double-boiler. Kacau menggunakan hand whisker sahaja.
Sejukkan seketika.
2. Campurkan yoghurt, jus lemon dan telur ke dalam bancuhan butter & gula tadi.
3. Ayak tepung bersama baking powder dan secubit garam.
4. Masukkan tepung ke dalam adunan butter dan kacau sekadar rata sahaja.
5. Sudukan adunan ke dalam papercups dan bakar pada suhu 180 darj cel selama 20min -25min.
Rinn buat dua adunan sebab kalau satu adunan cuma dapat 6 biji. Takut tidak kecukupan pulak nanti. Ada beberapa perubahan Rinn lakukan seperti menggantikan tepung kek dengan tepung naik sendiri. Jumlah yoghurt pun Rinn tidak gandakan, sekadar menggunakan 1 cup 140ml sahaja. Yang lelain tu macam yang dah Rinn tulis di atas. Kalau nak follow strictly to the original recipe, pergi saja ke dapur Aunty Yochana ya...
Seperti selalunya, muffin ini juga tidak mengecewakan dari segi rupa dan rasanya. Tak pasti kat mana perbezaannya tapi kombinasi lemon dan yoghurt itu memang sesuai.. Ada masin-masin sikit dan tidak terlalu manis. Teksturnya lebih kepada tekstur kek.
Sun 1-Mar-2009 13:49 Posted by:din luvins86@yahoo.com - [Link]
Salam... another recipe for breakfast.. yeap, many thanks sis..tapi I kalau buat muffin, tak pernah 'membumbung' dia punya look.. pasal apa ek? any tips and advice..selalu my muffin flat top. mujur anak and hubby tak kisah..
saya pun tak suka yogurt...mungkin sebab dah set kat kepala ni, yogurt tu masam... tu yg tak pernah nak cuba.... bila tgk kak rinn buat mcm ni, mesti dah takde rasa msm2 tu kan...
Salam Kak Rinn, salam perkenalan dari saya sekali lagi..........
I really like your blog ...it is among the few websites yang wajib saya buka setiap hari....for de-stressing......Nampak sedap muffin tu....yummy......Insya-allah, ada kelapangan saya akan cuba...tu pun kalau mood baking saya ada......hehehe.....saya tabik betul kak Rinn dan bro Rozzan....haiz....wonder where both of you got that energy memasak....hehehe........Kak Rinn's recipe ni pun simple dan mudah.......
Mon 2-Mar-2009 14:47 Posted by:Puan Tiara Sera
salam kak Rin, saya try bingka roti berjagung tu...memang sedap...laju jer hubby makan without any complaint...bawa pegi opis, semua kata sedap...
Emmm... nampak sedap muffin tu, Tapi kak rinn, dalam resipi muffin tu, kenapa dah guna self rising flour, kenapa guna 1 tsp baking powder lagi. Kena belajar buat ni.
Salam Rinn..alahaii nmpak moist jek lemon muffin Rinn tu..terbau2 lemon tu smpai ke Ktn..hehe..tgk fettuccine with creamy tomato tu pun buat akak terliur..sessuaaaiii tuk diet ni..badan pn makin kembang dah..
Rinn..ct selalu mengikuti resepi Rinn setiap masa.maaf selalu datang tapi x meninggalkan jejak so baru harini ingin mengenali Rinn..salam kenal dari CT