Want your
own Fotopage?







 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 24-Feb-2009 07:03 Email | Share | Bookmark
CHICKEN TERIYAKI

Perap ayam
Panggang atas kuali
Tutup
 
Dah lama tak cuba resipi baru masakan ayam. Resipi yang Rinn nak kongsi bersama ni pun bukannya baru sangat sebab dah pernah buat. Selainnya sekadar masak resipi ayam yang biasa sahaja. Apa kata kita ber"teriyaki" pula kali ini..





CHICKEN TERIYAKI
Sumber asal : Japanesefood.com

Bahan-bahan:
5 potong dada ayam atau peha ayam
3 tbsp madu
4 tbsp kicap manis
1 tbsp sugar
3 inci halia, diparut
3 biji bawang putih, diparut
1 tsp garam halus

Cara-cara :
1. Gaul semua bahan dan perap lebihkurang sejam di dalam petisejuk.
2. Panaskan non-stick pan dan panggang. Tutup kuali, sesekali buka dan terbalikkan ayam.
3. Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat.

Di dalam resipi asal ada menggunakan "sake" dan "mirin" tapi Rinn tak bubuh sebab ianya beralkohol. Sebaliknya Rinn tambahkan madu, parutan halia dan bawang putih serta sedikit garam bagi membangkitkan rasa dan aroma. Sepatutnya halia dan bawang putih diparut halus tapi sebab Rinn gagal mencari pemarut halus tu, maka I just make do menggunakan pemarut kasar. Tu yang nampak berserabut sikit.. . Tak kisahlah..asalkan puan punya resipi ni tak berserabut sudahlah !!




Yang ini kalau dibuat lauk nasi ayam pun lebih sedap rasanya hidangan nasi ayam kita..
*** Kalau suka perahkanlah sedikit jus lemon...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net