Want your
own Fotopage?






 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 19-Feb-2009 06:27 Email | Share | Bookmark
FETTUCCINE WITH TOMATO CREAMY SAUCE

 
 
 
Ni makan malam kami semalam. Apa-apa saja jenis pasta sentiasa mendapat sambutan kat rumah ni. Selalunya spagheti. Sesekali bertukar kepada spiral, macaroni atau twist. Rinn dah ada resipi tersendiri kalau masak pasta tapi kali ni cuba resipi pada bungkusan Fettuccine walaupun ada juga Rinn tambah-tambah bahannya




FETTUCCINE WITH CREAMY TOMATO SAUCE
Serves 7

Bahan-bahan:
500gm Fettuccine, direbus sehingga lembut
2 tbs extra virgin olive oil ( Minyak masak biasa atau butter pun ok jer.. )
1 biji bawang besar (Yellow onion lebih sedap... )
3 biji bawang putih, dicincang halus
800gm tomato puree ( Rinn guna 3 biji tomato masak ranum yg dikiub kecil2)
500gm cendawan butang, di hiris nipis
2 tbs daun parsley segar ( Tak ada..Rinn bubuh yg dried jer.. )
1/2 cup cream (Ganti dengan cream cheese)

Rinn added:
Segenggam Udang segar
Yellow and Green Capsicum
Tomato segar dikiub
2 tbs Sos tiram
2 tbs Sos lada hitam
2 tbs Sos Cili
2 tbs Kicap cair
* Kalau tak cukup masin sila tambah garam secukup rasa

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan-bahan sehingga masak.
2. Masukkan fettuccine yg telah ditoskan. Kacau rata.
3. Hidangkan dengan taburan capsicum dan tomato yg didadu.



Kalau rasa banyak sangat, buatlah separuh aje. Kami 7 sekeluarga, kalau sebungkus 500gm pasta InsyaAllah habis....





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net