Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 13-Feb-2009 11:49 Email | Share | Bookmark
BINGKA ROTI BERJAGUNG

Putar telur+gula+mentega+santan+garam
Masukkan tepung gandum
Carik2 roti dan masukkan
Gaul rata dan rendam 20min
Masukkan jagung krim
Kacau rata
Tuang dalam loyang bingka
Dah siap dibakar
Dah suam baru keluarkan
Sepotong ??
"Nampak sedaplah bingka jagung ni mak," ujar Angah ketika dia membelek buku masakku.
"Ye ke, nantilah kalau mak sempat, mak buat," balasku ringkas.
Last-last sampai Angah pulang ke asrama dua minggu lepas pun tak tertunai permintaannya. Hari ini hari melawat, aku sempatkan diri membakar bingka yang Angah maksudkan. Rinn kongsikan bersama di sini , resipi Bingka Roti Berjagung.



BINGKA ROTI BERJAGUNG
Sumber : Chef Azimah Mansor

Bahan-bahan:
3 biji telur
150gm gula castor
100gm mentega (dicairkan)
1/2 tsp garam halus
300gm roti
200gm tepung gandum
1 liter santan (atau 1 liter susu segar atau 500ml santan + 500ml susu segar...... )
200gm jagung krim dlm tin

Cara-cara:
1. Pukul sebati telur dan gula. Masukkan mentega cair, diikuti santan atau susu segar, tepung gandum dan garam halus.
2. Carik-carikkan roti dan masukkan dalam adunan tadi. Rendam selama 15min-20min.
3. Masukkan jagung krim dan kacau sebati.
4. Sapukan mentega pada loyang bingka dan alaskan dasarnya dengan kertas kek.
( Guna loyang biasa pun boleh ...)
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darj celcius selama lebih-kurang sejam.




Seperti membakar apa-apa yang berpandan, begitu juga dengan bingka ini. Bila hampir masak, bau harumnya berlegar-legar sekitar dapur. Elok masaknya. Masih hangat-hangat dah kupotong kerana nak bergegas ke asrama puteri-puteriku. Sempat kucicipi sedikit. Sedap....




Dulu kalau Rinn buat bingka roti dan bubuh kismis, ada anak-anak kuis buang kismisnya. Bila Rinn bubuh mixed fruit, juga dikuis buang. Mujur kali ini jagungnya dikunyah terus, memang sah anak-anakku suka jagung, Alhamdulillah...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net