Want your
own Fotopage?






 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 10-Feb-2009 03:40 Email | Share | Bookmark
APAM ICE-CREAM KUKUS

Pukul telur+ovallet+gula castor
Masuk tepung
Kaupbalik rata
Masukkan ice-cream soda
Warnakan sebhgian adunan
Adun rata
Isi dlm papercup
Dah siap kukus
Yg sengih pun ada
Ice-cream soda
Apam Ice-cream
Dah puas ronda-ronda, jom kita jenguk dapur semula. Kali ini nak share resipi sejenis apam moden. Rinn sebenarnya lebih suka kepada apam tepung gandum yang tradidisional tapi teringin juga nak cuba yang ini. Jangan tertipu dek namanya. Di dalam bahan-bahan tiada penggunaan ice-cream ya... ...sebaliknya nama itu adalah bersempena penggunaan ice-cream soda, sejenis minuman berkabonat..



APAM ICE-CREAM KUKUS
Sumber : Chef Zubaidah Bt Chepa

Bahan-bahan :

Bahan A :
250gm gula kastor ( Elok dikurang sedikit...agak manis niii..)
1 sudu besar ovallet
3 biji telur

Bahan B:
300gm tepung naik sendiri
1 tsp baking powder

Bahan C :
200ml air ice-cream soda

Pewarna merah jambu..atau apa2 warna yg anda suka
*Rinn tambahkan 1 tsp strawberry paste utk menerbitkan sedikit rasa

Cara-cara:
1. Pukul Bahan A sehingga kembang dan pekat. ( 5 minit dengan mixer hi-speed )
2. Ayak Bahan B ke dalam adunan telur tadi dan kaup-balikkan sehingga rata.
3. Akhir sekali, masukkan air ice-cream soda dan kacau sebati.
4. Ambil sebahagian adunan dan warnakan dengan warna merah jambu.
* Rinn perisakan dengan strawberry paste.
5. Sudukan adunan asal ke dalam papercup dan bubuh sedikit adunan pink.
6. Kukus selama 10min - 15min. Balut tudung pengukus dengan kain supaya air
tidak menitis ke atas apam.




Haaa...kepada yang tak biasa minum air ice-cream soda mungkin tak tahu macam mana rasanya. Rinn pun tak berapa suka. Tak semestinya brand F&N..brand lain pun tak pe. Tak de brand pun tak pe... Ada ke???



Dari segi tekstur memang gebu dan lembut macam span. Sesiapa yang biasa beli dan makan Apam CHOGM kat pasar malam, macam tu lah rasanya. Rinn gunakan papersouffler saiz yang besar dan adunan ini memberikan kita 20 biji apam. Puas jugaklah makan. Buat pun mudah...Selamat mencuba


Buat yg bertanya, Blueiris
" Kalau ikut resipi dan gambar asal, apam ini memang tidak merekah.
Apam yg merekah menggunakan yis dan eno. Guna tepung beras. Perap semalaman dgn yis dulu, esok paginya baru gaul dgn eno. Masa nak kukus, panaskan acuan2 kecil sebentar dlm kukusan dahulu baru tuang adunan. Isi adunan hampir penuh. Api mesti kuat. InsyaAllah apam akan merekah... Blueiris boleh rujuk kat sini atau yang tak guna yis & eno, di sini


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net