Want your
own Fotopage?






 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 7-Feb-2009 07:48 Email | Share | Bookmark
RONDA-RONDA KOTA PHNOM PENH - THE END

Di tgh kota
Univ Of Cambodia
Silver Pagoda
Bendera Cambodia
Di Depan CAMORY
 
Mekong Riverside day view
Mekong Riverside Nite view
Hummer
Lexus
Range Rover
 
 
Tutup mulut..abuk
Gadis kemboja
Riang ke sekolah
Happy sokmo
Cari kutu ???
 
 
 

Hari terakhir di kota Phnom Penh kami sekadar rehat-rehat di hotel ketiga yang kami duduki iaitu Asia Hotel. Lantai jubin hotel masih berkilat-kilat dan bersih sebab baru ditukar rasanya heh heh heh... . Satu malam USD20. Hajat nak ke Angkor Wat di Siem Reap terpaksa dibatalkan kerana jauh dan takut tak sempat nak patah balik walaupun penerbangan pulang agak lewat pada sebelah petang.



Untuk bersarapan pagi kami cuba mencari sebuah butik biskut yang bernama CAMORY. Seperti biasa, kami naik Tuk Tuk. Tanya pemandu akan lokasi tapi gagal ditemui. Mujur kami temui juga setelah berpusing-pusing di Sisowath Quay atau lebih dikenali sebagai "RiverSide". Ia sebenarnya adalah kawasan pinggiran Sungai Mekong. Night life kat riverside memang hidup terutamanya dengan ramainya kehadiran pelancong-pelancong asing. Agak cozy suasana restoran dan cafe pada malam hari.



Ini adalah antara koleksi biskut di CAMORY. Butik ini diasaskan pada tahun 2006 oleh sekumpulan orang Kemboja bersama beberapa rakan-rakan antarabangsa terutamanya dari Singapore. Mereka menggunakan bahan-bahan mentah hasil bumi Kemboja seperti kekacang, palm sugar, bijan dan beberapa jenis rempah. Mereka bekerja bersama beberapa NGO tempatan dimana ramai pembuat biskut ini datangnya dari keluarga miskin dan kanak-kanak jalanan. Sebahagian dari hasil jualan akan didermakan kepada the New Cambodian Children's Life Association. Kami beli sekotak.




Kami meneruskan rondaan, setakat melihat Istana dan Silver Pagoda dari luar pagar. Tak rugi kot walau tak masuk.





Sempat bergambar berlatarbelakangkan Cambodia Independant Monumen. Ianya tersergam indah di tengah-tengah sebuah bulatan jalanraya di tengah kota. Rasanya tak boleh masuk ke kawasan berhampiran.



Tak lepas peluang bergambar di samping antara kereta idamannya, Hummer. Jangan terkejut kalau kami katakan yang kereta-kereta mewah terlalu banyak membanjiri jalanraya-jalanraya. Hummer ini tak kurang dari 5 biji yang kami nampak. Selainnya Lexus, Range Rover, Land Cruiser dan segala jenis kenderaan 4WD yang kebanyaknnya adalah model baru dan tanpa plet kenderaan lagi.
Rinn ada bertanya kepada pekerja di Mekong Tours, budget hotel tempat kami menginap pada hari kedua. Dalam pemikiran hanya ada 2 kemungkinan, sama ada mereka benar-benar kaya atau kenderaan-kenderaan itu memang murah. Namun jawapan lain yang kami dapat. Pekerja itu berkata, itu semua adalah kerana korupsi. Habih lah.....



Pemandangan ini agak biasa di kota Phnom Penh. Walaupun di taman-taman atau di pintu masuk hotel terdapat simiskin yang melarat, mengesahkan lagi pembacaan Rinn tentang Phnom Penh sebelum menjejak kaki ke sini selain dari kotanya yang agak kotor. Mungkin Majlis Bandarannya kurang efektif kot.
Kenderaan mewah, taburan motosikal di atas jalan serta simiskin melarat membayangkan betapa tingginya perbezaan taraf hidup di sini.



Orait, dah siap nak balik. Pekena teh "O" segelas dulu. Harap dapat memberi sedikit sebanyak gambaran tentang kehidupan di bumi Kemboja walaupun hanya sebahagian sahaja. Jumpa lagi di lain episode. Ada rezeki, kami ronda-ronda dan cerita lagi

Most recent comments... (In posting order)
WOW..JENJALAN SAKAN NIE.. Sat 7-Feb-2009 13:00
Posted by:zai KuLiM  - [Link]
salam akak...
syok nyer ronda2 tu...
bawak balik omiyage tak?
Sat 7-Feb-2009 13:11
Posted by:aishah@ummiaqil  - [Link]
Wah Rinn! seronoknya melihat perkembangan Rin dan keluarganya. malangnya comment yang i hantar tak pernah dapat respond dari Rin.Give me your email add, mungkin itu lebih berkesan..... thanks Sat 7-Feb-2009 14:26
Posted by:haizam
salam...
seronoknye gi jenjalan... baru balik singapore dah gi cambodia pulak...
Sat 7-Feb-2009 20:00
Posted by:kak anum  - [Link]
waahh..
seronoknya dpt g jenjalan..
jarang dgr pasal Kemboja..
Sat 7-Feb-2009 23:46
Posted by:srsfeqah  - [Link]
sronok baca catatan perjalanan kak rinn..gambo pon cantik2..nak tggu anak2 beso br bule jalan2 berdua2an cam kak rinn ni...
tersentuh hati tgk yg org xde rmh..tido kt tmn..siap ade dapo portable lagi...kesian
Sun 8-Feb-2009 03:23
Posted by:umieaisyah  - [Link]
RE:EMM TAK SNAGKA SAMA PLAK DGN BESDAY ANAK KRINN JER...ZAI MMG DAH DIBAGITAU KALAU 11MAY TU TAK BERSALIN GAK KENA PAKSA HA.. Sun 8-Feb-2009 06:43
Posted by:ZAI KULIM  - [Link]
Rinn...gambar awak yang last tu ayulah ...hihi tak kan minum teh saja jalan jauh jauh tu. Memang istimewa sekali lah tempat kat sana sebab seni bina yang berlainan dan unik tapi dalam hatiku berkata kejadian kejadian ngeri masa lampau tu buat nak tidor malam seramlah. Sun 8-Feb-2009 09:55
Posted by:noor  - [Link]
suka dgn fp ni..selain cite pasal masak2..ada cite pasal jalan-jalan jgk. bes Sun 8-Feb-2009 12:39
Posted by:min472  - [Link]
>> nice place to meronda sebenarnya...
>> especially at night sebab sejuk...
Sun 8-Feb-2009 15:26
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
tu yg syok mai fp kak rinn ni.. selain buleh blajar masak, buleh jugak belajar subject sejarah, geografi, pendidikan moral, isu2 semasa..bla..bla..bla...
kesimpulannya, toche2 sebab membuatkan fp ni among de best utk para pembaca...
Mon 9-Feb-2009 00:52
Posted by:Bonda RaqynR @ EJay  - [Link]
Ni yang seronok masuk rumah rinn..dapat dgr cite masak2 dan jalan2...tgk gaya mcm berdua je..honeymoon lagi ke.
re: Alhamdulillah..ibu kmal dah semakin sihat...tak pa..manatau ada rezeki...nanti2 rinn dtg kita dapat sembang2 kat beranda tu..mana tau impian jg kenyataan.
Mon 9-Feb-2009 04:37
Posted by:amal5041  - [Link]
antara sume-sume paling minat ngan hummer, kelmarin gi ke kuala terengganu..nampak hummer warna kuning cam gini belah malam..mungkin tuan empunya tengah makan kat resturant tepi pantai batu buruk tu kot...kalu kita nak lepas rindu kat hummer tengok puas-puas cite csi le....yok jom beli satu sorak yok!!!! Mon 9-Feb-2009 05:59
Posted by:boxhousestudio  - [Link]
Salam.... aduh seronoknya... saya pun teringin juga nak p sana jalan2 ... tapi not now lah coz tahun nie macam2 nak buat so schedulenya dah agak penuh sangat....actually bagus juga ye FP nie kan dimana kita boleh dapat ilmu secara tak langsung dari kengkawan kan........ anyway thanks for the info....... Mon 9-Feb-2009 11:44
Posted by:Kuyah  - [Link]
bestnya jalan2....
Tue 10-Feb-2009 01:26
Posted by:mama irfan,alia&hariz  - [Link]
salam siber... lama tak visit blog.. rupanya jalan-jalan ambil angin ya.. Tue 10-Feb-2009 06:23
Posted by:che mid
mkn angin kak rinn...syoknya!!! Thu 12-Feb-2009 02:08
Posted by: ha  - [Link]
sedap...nyer....mknn nie... Thu 23-Apr-2009 01:12
Posted by:salina binti samingan
http://www.thetotebag4u.com/category-105-b0-Bottega-Veneta.html bottega bags
http://www.thetotebag4u.com/category-113-b0-Fendi.html authentic fendi handbags
http://www.thetotebag4u.com/category-177-b0-Celine.html celine bags
http://www.thetotebag4u.com/category-113-b0-Fendi.html cheap fendi handbags
Wed 28-Jul-2010 00:14
Posted by:replicahandbags  - [Link]
http://www.vogueugg.com/ugg-amberlee-c-16.html UGG Amberlee
http://www.vogueugg.com/ugg-bailey-button-c-20.html UGG Bailey Button
http://www.vogueugg.com/ugg-brookfield-c-21.html UGG Brookfield short
http://www.vogueugg.com/ugg-swell-tall-c-22.html UGG Swell
Thu 4-Nov-2010 14:10
Posted by:cheap uggs on sale  - [Link]
http://www.uggskensington.com UGG Kensington
http://www.uggskensington.com UGGs Kensington
http://www.uggskensington.com Cheap UGGs Kensington On Sale
Wed 10-Nov-2010 06:51
Posted by:ugg kensington  - [Link]
http://www.uggkensington.org/ UGG kensington
http://www.uggkensington.org/ UGGS kensington
Thu 11-Nov-2010 09:12
Posted by:ugg kensington  - [Link]
http://www.uggsdelaine.com/ ugg delaine
http://www.uggsdelaine.com/ uggs delaine
http://www.uggsdelaine.com/ugg-delaine-boots-c-5.html ugg delaine
Tue 23-Nov-2010 03:58
Posted by:ugg delaine  - [Link]
http://www.toghd.com/ GHD straighteners have becom/ e extremely popular over recent years, and whilst they may be more expensive than many otherhttp://www.toghd.com/ ghd straightening irons there are many women who refuse to use anything else once they have tried them.such as:
http://www.toghd.com/ GHD Babyliss
http://www.toghd.com/ GHD Benefit
Tue 7-Dec-2010 02:41
Posted by:GHD straighteners  - [Link]
http://www.uggkensington.co.uk UGG Kensington and so on. http://www.uggkensington.co.uk/ugg-amberlee-c-2.html UGG Amberlee http://www.uggkensington.co.uk/ugg-retro-cargo-c-3.html UGG Retro Cargo Tue 14-Dec-2010 03:36
Posted by:uggs on sale  - [Link]
But Marilyn Monroe is being in love with in Mill, they talk to the nature, the drug dependency, the star, http://vibramfivefingers.us.com/ the stature, the marriage and so on easily. http://vibramfivefingers.us.com/kso-women-shoes The common people see only its red color corona, http://vibramfivefingers.us.com/button-men-shoes but Capote and Marilyn Monroe actually innermost feelings purely that like the child to be ordinary. Wed 26-Jan-2011 08:03
Posted by:maochenyu  - [Link]
But Marilyn Monroe is being in love with in Mill, they talk to the nature, the drug dependency, the star, http://vibramfivefingers.us.com/ the stature, the marriage and so on easily. http://vibramfivefingers.us.com/kso-women-shoes The common people see only its red color corona, http://vibramfivefingers.us.com/button-men-shoes but Capote and Marilyn Monroe actually innermost feelings purely that like the child to be ordinary. Wed 26-Jan-2011 08:05
Posted by:maochenyu  - [Link]
Buy MS office 2010 Today with our 30-day refund promise! Wed 23-Feb-2011 08:38
Posted by:Office 2010  - [Link]
http://www.mbtfootwearusa.com Sun 20-Mar-2011 08:45
Posted by:mbt shoes  - [Link]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

widgets01.bt.pidgintech.com