Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 3-Feb-2009 14:25 Email | Share | Bookmark
RONDA-RONDA KOTA PHNOM PENH

Di blkng Hotel Phnom Penh
Masjid di kejauhan
Masjid Phnom Penh
lumba! lumba!
Bawak pisang & org
6 beranak 1 motor
Sarat...
Bawa pokok naik basikal
Penarik beca
Penolak beca kot
Hotel Puncak
Sarat sesaratnya..
kek di Kemboja
Kedai makanan halal
Pasar Thmei
Beli pelekat bang..??
Fasih BI
Penimbang unik
Bakar satay
Satay daging
"Pate" or Baguette
Raw Russian Stone
Dah jadi accesories
Jual ayam kampung
Dah lawa tu kak....
Nasi kandar Kemboja
Rumah kedai
Gong Xi Fa Chai gaaakk...
Ada pembeli ke?
Anak Muda Msia di Kemboja
Jambanan Bunga
Red roses
Roses lagi
Gerai jualan bunga
Pink lily
Yellow lily
Rinn dan dear hubby pergi ke Phnom Penh as backpackers. Tak ikut mana-mana pakej pelancongan. Budak-budak pun tak ikut. Kiranya main redah ajelah sepanjang perjalanan tu. Mana yang sempat, kami cari dan pergi. Selain dari ke "The Killing Field", dear hubby settlekan kerjanya dengan beberapa orang yang perlu ditemuinya, selebihnya kami just ronda-ronda bandar Phnom Penh. Banyak "pemandangan" yang menarik perhatian kami rupanya. Yuk kita tengok....



Kesibukan kota Phnom Penh memang dah diduga. Kereta, motor, van, lori dan apa saja yang boleh bergerak di atas jalan akan bergerak ikut suka diorang aje. Sampai traffic light pun macam dah tak berfungsi. Ingatkan KL tu dah sesak sesesak-sesaknya..rupanya kat sini lagi haru-biru.



Weiii...ni kalau kat Malaysia, dah lama masuk lokap. Silap-silap tertiarap anak-beranak atas jalan raya. Tapi sepanjang kami berada di sana, tidaklah pulak kami terserempak dengan apa-apa insiden kemalangan. Kira dahsyatlah jugak lesen memandu diorang ni ya...



Jimat kos sungguh kan. Sekeluarga 6 beranak boleh naik satu motor. Tak perlu beli topi keledar lebih, tak perlu beli MPV agar semua boleh pakai tali keledar keselamatan dan tak perlu isi minyak banyak-banyak. Semenjak kerajaan Malaysia menguatkuasakan pemakaian tali keledar keselamatan, keluarga yang mempunyai anak lebih dari 3 orang tentunya pening kepala .. Pilihan terbaik mungkin beli MPV. Kalau boleh naik motor macam orang Kemboja ni thrill jugak kan..!! Cumanya, perlakuan ini seperti sedang menggadai nyawai. Pernah tak anda saksikan pemandangan ini di Malaysia???..Hmmmmm...




Aikk...Pak Polisi pun turut sama menyelit heh heh heh. Agaknya tak ada istilah saman-menyaman kot kat Kemboja ni.



Cuba kira berapa ramai yang ada dalam van tu.. . Sebenarnya pemandangan yang lebih hebat pun ada di mana dalam satu van diorang boleh memuatkan manusia, ayam, perabut, basikal, pokok bunga dan segalanya selagi boleh disumbat. Pintu belakang van siap kena ikat dengan tali lagi takut terburai di tengah jalan.




Bila tengok motor ini, terus teringat motor yang Mr Bean cuba curi dalam filem hitnya tak lama dulu "Mr Bean's Holiday". Orang berjalan kaki lebih laju lagi dari motor tersebut !!!



Antara dua darjat. Satu kenderaan moden dan satu lagi kenderaan tradisi. Kenderaan tradisi itu dipanggil TUK TUK. Sepanjang kami berada di sana, ia merupakan kenderaan rasmi kami berdua. Seronok menaikinya cuma tak tahan persekitaran kota Phnom Penh yang sungguh kering dan berabuk.



Tak tau pulak yang syarikat Mercedez Benz ada jual pagar besi




Pada hari pertama kami menginap di Hotel Puncak, milik seorang rakyat Malaysia. Sarapan pagi halal disediakan, selamat untuk pagi itu heh heh . Berhadapan dengan hotel tersebut ada sebuah Wat atau Tokong Buddha. Ada peluang mengintai kehidupan para sami muda. Mungkin asrama mereka. Perasan akan kehadiran kami di sebalik cermin tingkap hotel sedang menembak curi, terus mereka menutup pintu dan tingkap.



Sami sekarang nampak lebih terbuka. Pakai selipar dan kasut. Ada juga yang tak berapa botak kepalanya. Kalau sami yang lebih lama atau senior, biasanya mereka berkaki ayam. Ada satu kali tu Rinn nampak seorang sami membonceng motor siap pakai kacamata hitam, berkasut dan bawak beg yang biasanya orang akan isi komputer riba...heh heh...Sami moden ya...



Salah satu menara kat rumah penempatan sami di Wat tersebut. Nampak pudar warna cat tapi perasan tak, ada pakaian yang tersidai kat situ



Di sebalik pembangunan pesat di kawasan kota, masih terdapat rumah-rumah setinggan di pinggirannya. Mungkin lebih tepat kalau dipanggil khemah-khemah setinggan. Macam khemah pelarian pun ia jugak. Dulu-dulu mungkin kita masih dapat lihat pemandangan ini di KL. Sekarang dah clear kot..



Aktiviti perniagaan di pasar adalah antara punca pendapatan penduduk pendapatan rendah di sini. Tak perlu van atau lori untuk mengangkut barang dagangan yang sebegini banyak. Cukup kalau ada sebiji motor. Apa pun boleh diangkut !!!





Bangunan "Central Market" atau "Psar Thmei" dalam bahasa Cambodianya ini dan persekitarannya adalah tempat tumpuan penjual dan pembeli sekirannya anda berada di kota Phnom Penh. Walaupun bahagian dome bangunan ini nampak seperti tinggi dan besar tapi bila masuk ke dalam ternyata hanya bahagian ground floor sahaja yang digunakan. Tiada tingkat 2, 3 atau seterusnya. Lampu juga tiada kerana kedai-kedai di dalamnya hanya beroperasi pada waktu siang dan mereka hanya bergantung kepada cahaya yang masuk menerusi celah-celah lubang cahaya di bangunan dome itu. Ada juga penggerai yang memasang lampu2 kecil sendiri untuk menerangi barang jualan mereka. Barangan jualan seperti biasalah...Pakaian, aksesori, jamtangan, kasut, kraftangan dll.



Untuk urusan membeli-belah tidak menjadi masalah kerana kebanyakan pekedai boleh berbahasa Inggeris yang mudah-mudah. Barang-barang di sini bolehlah dikatakan standard pasar malam. Namanya pun pasar kannn....




Kain batik gabungan dari Indonesia, China, Kemboja dll. Tak kuasa nak belek..kot lah ada tersesat batik Trengganu atau Kelantan !!!!




Gadis ini menjual barangan dari fabrik sutera dan cotton. Lapik meja, tudung, pashmina, lapik kotak tisu, lapik pinggan macam2 lagilah. Boleh tahan mahal jugak sutera kemboja ni.



Di bahagian persekitaran bangunan dome ini banyak penjual buah-buahan dan sayur-sayuran. Pasar basah pun ada juga. Rinn beli limau tu 4 biji USD2. Kira mahal lah tu. Manalah kita tau ianya semahal itu !!










Ada jugak buah-buahan yang tak kukenali. Yang bawah sekali tu buah mempelam tapi suka tengok warna kulitnya yang ternyata lain dari yang lain.



Tak tahan kecur air liur tengok buah mempelam ni tapi ini mempelam yang biasa. Sampai tiga empat kali ulang beli. Tak dapat diskaun poooonnnnnn Dapat senyum aje.





Selain dari seronok ke gerai buah-buahan, hati tambah berbunga bila dikelilingi jambangan-jambangan bunga. Gubahannya standard, design memuncak macam pokok krismas. Ingatkan mahal juga seperti buah-buahan rupanya murah juga kalau dibanding kat Malaysia. Lebih kurang USD25 bagi setiap jambangan yang besar tuu.




Dah siap digoreng ni !!! Tinggal beli dan makan. Sanggup tak??? ...Rinn..pegang boleh, makan heh heh heh..... . Nampaknya tak layaklah untuk sertai Fear Factor, Amazing Race atau Survisor . Tengok Ida Nerina makan benda seumpama itu masa dia masuk Amazing Race Asia pun sampai nangis-nangis nak perabih tapi habih jugak.



Ini mungkin satu-satunya gedung membeli-belah terbesar di Phnom Penh yang dipanggil SORYA Market. Kalau dilihat dari luarannya mungkin anda akan menyangka ianya setaraf dengan Jaya Jusco atau The Store. Kami meninjau suasana di dalamnya. Hmmmm...biasa sahaja. Tiada konsep departmental store yang setiap tingkat mengkhaskan kepada bahagian-bahagian tertentu. Boleh katakan ikut suka sahaja nak jual apa sebab setiap tingkat telah dibahagi-bahagikan kepada kedai-kedai kecil. Restoran fast food banyak juga di dalamnya. Ada juga sebuah pasaraya di dalamnya, bernama LUCKY MARKET.




Alhamdulillah, pada hari keduanya hajat kami untuk ke masjid Phnom Penh tercapai. Untuk memudahkan pergerakan, kami checked-in di sebuah budget hotel berdekatan dengan masjid tersebut. Yang mudahnya di hotel ini juga ada menyediakan makanan halal. Terdapat sebuah lagi gerai berdekatan yang menyediakan makanan halal sebenarnya.

Walaupun masjid ini besar tapi sayang, seperti tiada yang memunafaatkannya. Kami ternanti-nanti kot lah akan terdengar laungan azan pada sebarang waktu solat namun sekali pun tidak kedengaran. Dear hubby berpeluang bersembahyang di masjid tersebut setelah bertemu dengan seorang ustaz berbangsa kemboja yang memang sudah dijanji temu. Ustaz fasih berbahasa Melayu. Besar kemungkinan dia dari keturunan Melayu Champa heh heh heh. Main teka aje Rinn ni ya !!! Ustaz inilah yang menyelenggara sebuah madrasah di sebuah perkampungan Islam bernama Kampung Cham. Kami tidak sempat ke Kampung Cham kerana perjalanan terlalu jauh.



Ini Restoran Malaysia, milik seorang rakyat Malaysia. Diuruskan oleh isterinya yang berbangsa Kemboja. Antara makanan yang kami makan di sini adalah nasi ayam kampung, nasi goreng seafood, satay dan "pate". Pate tu sebenarnya roti ala-ala roti peranchis atau "baguette" tapi versi kontot. Rupanya ia adalah antara makanan ruji di sini selain nasi. Isinya pelbagai. Yang dalam gambar itu dibubuh isi bakso. Ada lagi sekali tu kami makan pate berisi tuna-mayo berkeju, sedap. Ayam kat sini selalunya ayam kampung, tak jumpa lagi ayam inject. Tengoklah kat gambar, isi ayam tu kan warnanya gelap sedikit. Yang macam appetizer itu adalah salad timun dan sedikit lobak merah.








Sataynya pula hanya ada satay daging. Dari segi rasa memang berbeza dari satay Haji Samuri. Lebih mirip kepada rasa daging salai. Warna pun kemerah-merahan. Tak ada kuah kacang, timun atau nasi impit. Makan begitu sahaja.


Ini sebuah restoran India. Mungkin boleh cuba vegetarian foodnya tapi kami tak masuk pun. Sebenarnya ada sebuah lagi restoran milik pengusaha Melayu. Nama restoran itu adalah Mamak's Corner. Diuruskan juga oleh isterinya yang berbangsa Kemboja. Terletak berhampiran Maybank dan bertentang dengan Canadian Bank serta Indochina Bank. Kami pi pekena nasi untuk makan malam sekali. Maaf tak ada gambar. Jenuh jugak masa nak mencarinya kerana, walaupun ada businesscard dan peta tapi bila tanya pembawa Tuk Tuk dan Pak Polisi..sorang pun tak tau. Sehingga terpaksa bertanya orang awam.

Oklah..nanti sambung lagi edisi terakhir perjalanan ini pada next entry.,




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net