Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 2-Feb-2009 07:54 Email | Share | Bookmark
"THE KILLING FIELD"

The "Killing Field" Genocide Center
Depa beli tiket dulu
Kita pun belilah jugak
Di depan muzium tengkorak
Tak leh buat bising tau
Sebahagian tengkorak
Tingkat2 berkaca
Kain baju tinggalan
Inilah yang tinggal
Satu drpdnya
Cerita benar
Pelancong M'sia ini
Suami pelancong Malaysia ini
Panjang cerita nii...
Journlist2 yg terlibat di saat itu
Lagi kisah benarnya
Muzium Tengkorak
Dari kejauhan
Lubang2 "mass grave"
Mass Grave utk org tanpa kepala
Mass Grave utk wanita n kids
The Killing Tree
Besi pemukul tahanan
The Skull
Masih ingat lagi dengan filem berdasarkan kisah benar "The Killing Field" yang ditayangkan sekitar awal tahun 80an dulu?? Seingat Rinn, dah tiga empat kali Rinn tonton filem tersebut masa dulu. Tak sangka pulak pada usia sebegini Rinn berpeluang melihat dengan mata dan kepala sendiri akan keadaan tempat yang dipanggil "The Killing Field" itu walaupun ia hanya tinggal kesan sejarah sahaja. Ya, Rinn ikut dear hubby ke Phnom Penh, Cambodia masa cuti CNY baru-baru ini. Bagi yang ingat-ingat lupa atau tidak tahu langsung pasal "Killing Field", bolehlah rujuk kat sini atau kat sini.



Jom masuk !!! Bayar tiket dulu..... USD2 per person. Kat Kemboja ni diorang guna matawang USD atau Cambodia Riel denoted as KHR. Tapi rasanya diorang prefer guna USD. USD1 = KHR4000 = RM3.50...lebih kurang laaaa.


Bangunan di belakang Rinn itu adalah muzium yang dibina khas untuk menempatkan ratusan ribu mungkin jutaan tengkorak dan tulang mangsa kekejaman Rejim Pol Pot ke atas penduduk Kemboja semasa pemerintahan rejim tersebut dari tahun 1975 hingga 1979.



Lihatlah betapa tingginya binaan kaca di dalam muzium ini. Setiap tingkat dikhaskan untuk kategori tertentu, misalnya tengkorak kanak2, tengkorak wanita dewasa, tengkorak lelaki dewasa dll. Di bahagian bawah sekali, ditempatkan cebisan-cebisan pakaian mangsa yang sempat dikutip dan dikumpulkan.



Antara tengkorak yang dipamir. Walaupun tengkorak2 ini terlalu banyak tetapi semuanya telah dibubuh bahan pengawet atau bahan kimia untuk mengelakkannya dari berbau busuk.



Besi ini telah digunakan untuk menyiksa dan memukul mangsa tahanan. Gambar mengenai kejadian ada dipaparkan di salah satu papan tanda di kawasan Genocide ini tetapi agak kabur.



Ada beberapa papantanda yang menceritakan serba sedikit tentang "The Killing Field" ini. Baca lah ya..if you care to



Beratus-ratus lubang digali untuk menimbus mayat-mayat. Menurut orang muzium itu, sekurang-kurangnya terdapat 100 mayat bagi setiap lubang. Yang paling banyak pernah ditemui kira-kira 450 mayat untuk satu lubang. Omputih panggil ni "mass graves". Kawasan "The Killing Field" ini luas. Hanya separuh yang sudah digali. Tengkorak-tengkorak dan tulang-tulang mangsa telah dikutip, dikumpul dan dibersihkan. Masih terdapat sebahagian lagi kawasan yang masih belum digali.



Antara lubang yang menyimpan ceritanya yang tersendiri. Di lubang inilah ditanam mangsa kekejaman Pol Pot dimana lebih dari 100 wanita dan kanak-kanak perempuan yang telah ditanggalkan pakaian dan dirogol sebelum dibunuh dan ditanam di lubang ini. Menurut ceritanya lubang-lubang ini mempunyai kedalaman sekurang-kurangnya 10 hingga 15 kaki.




Pokok ini telah digunakan untuk menghempas kepala kanak-kanak kecil secara hidup-hidup untuk membunuhnya. Kesan hitam pada batang pokok itu adalah bekas hentakan dan lelehan darah. Walaupun pokok ini telah tumbuh membesar dan tua namun kesan tersebut masih utuh. Terdapat juga sebatang pokok yang digunakan untuk menggantung mangsa tahanan. Ada sebatang pokok lagi yang dipanggil "Magic Tree" di mana beberapa buah alat pembesar suara telah dipasang. Alat-alat ini akan memperdengarkan bunyi yang begitu kuat untuk menutup bunyi jeritan suara mangsa-mangsa tahanan yang disiksa di situ.

Ada seorang pemandu pelancong wanita memberi penerangan kepada kumpulan-kumpulan pelancong asing yang datang menerusi pakej pelancongan tapi Rinn dan dear hubby tumpang sekaki mendengarnya. Begitu bersungguh-sungguh dia bercerita dan melalui cara dia bercerita itu jelaslah betapa kejamnya komunis Rejim Pol Pot pada masa itu. Apa yang mereka lakukan itu seolah-olah ingin menghapuskan secara total akan peradaban The Kingdom Of Cambodia. Semua mangsa tak mengira status dan keturunan, segala buku dan hasil penulisan mengenai ugama, budaya dan sejarah, segala harta-benda dan alat-alat yang berkaitan, banyak yang telah terhapus.

Ok, itulah serba-sedikit ceritanya. Next entry..Rinn bawak ronda-ronda pekan Phnom Penh ekkk.... Ciaoo....



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net