Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 14-Jan-2009 05:10 Email | Share | Bookmark
JJCC & JJCM SPORE (27/12/08-29/12/08) THE END

Sepanjang
Perjalanan
Ini......
Pokok Cili Api Depan Umah
Anak2 Rozie tuuu
Suasana geder-geder
Makmal Che Mat
Et chewah..mama !!
Daging+sayur goreng
Ayam Kalasan
Sambal Belacan Sedenak
Gulai Pisang + Ikan Masin
Strawberry
Celup
Coklat
Anggur
Limau Mini
Honey Dew
Blueberry Muffin
Dadih Strawberry
Air sirap
Meja desserts
Bunga pun biruuu
Shining youuu...
Koleksi terbaru Che Mat
Biru jugaaa...
Lauk-pauk
Sambal Belacan
Buah-buahan
Homemade dadih niii..
Anak sedaranya...
Tiffin Birunya
Oohhh..Tiffin Biru
Mangkuk kaca pemegang tembaga
Koleksi Che Mat
Lagi koleksinya
Jual tak kereta ni???
Buahtangan dari Mat Gebu
Phoon Huat
Phoon Huat
Persekitarannya
Persekitarannya
Persekitarannya
Berkumpul kali terakhir
Hari ketiga di SG adalah hari terakhir kami di sana. Seawal 7 pagi kami dah bersiapsedia untuk menyeberang Tambak Johor menuju ke Sedenak, Johor. Bunyinya macam jauh sebab menurut cerita teman-teman di sini memang agak jauh perjalanannya, mungkin memakan masa dalam 2 jam. Walau apa pun ceritanya kami tak mahu menghampakan Tuan Rumah. Kami pergi juga. Ke rumah siapa ya??? ..... Ahakkss, ke rumah pemilik harta kesayangan ini !!



Dah tau ?? Yaaa..... Kami ke rumah Mat Gebu. Siapa yang tak kenal kan. Che Mat adalah antara Chef Maya Lelaki yang amat popular di kalangan rakan-rakan FP dan Blog. Rombongan kali ini disertai oleh Mamazieza, Rinn, Nashitah, Linda PTP dan Rozie sekeluarga. Penyulawa dan anak gadisnya tak ikut lantaran demam yang masih belum kebah. Tak jauh mana pun perjalanan ke rumah Mat Gebu. Pemandangan di sepanjang perjalanan pun agak mengasyikkan. Dipendekkan cerita, hari itu adalah rezeki kami untuk makan tengahari di rumah Mat Gebu. Kebetulan Che Mat juga sedang menanti beberapa orang lagi rakan bloggernya yang bakal berkunjung.

Nak tengok hidangan di rumah Che Mat?? Jom......







Makan tengah hari nasi berlaukkan Ayam Kalasan, Gulai pisang dan Ikan Masin, Daging Goreng bersama sayur campur dan sambal belacan. Kombinasi lauk-pauk kampung yang ringkas tapi sungguh menyelerakan. Disusuli dengan pelbagai buah-buahan pencuci mulut, Muffin Beri Biru, Strawberry Celup Coklat dan Dadih Strawberry buatan sendiri..Ummmmmm.... Nyaman sekali.









Apa yang seronoknya dengan Che Mat ni, dia sukakan koleksi pinggan mangkuk ala-ala China Bone dan gelas-gelas ala-ala kristal. Indah dan tersusun rapi dalam almari. Rinn pun tak sampai begitu teliti macam Che Mat. Haaaa...jangan sangka Che Mat ni hanya pandai di dapur tetapi pandai juga menghias dan menjahit. Langsir-langsir di rumah Che Mat semua adalah hasil kerjatangannya.

Tak banyak gambar yang boleh dirakam kerana kami sibuk makan. Nak pulang pun bukan dengan tangan kosong. Che Mat siap bekalkan kami dengan Kek Marble Trionya.



Lebihkurang jam 2 petang, sesudah kami selesai beramah-mesra dengan keluarga Che Mat, kami pun minta diri untuk beransur ...kembali semula ke SG. Keluarga Che Mat amat peramah dan mesra ditambah dengan kehadiran anak saudaranya yang bukan sahaja ramah tapi juga ayu. Terimakasih kepada Che Mat dan semua di atas segalanya.


Jom pulang !!!

Sesampainya ke SG kami terus berkumpul semula dengan rakan-rakan lain di rumah Zeenath. Sebelum pulang ke apartment untuk berkemas pulang ( Bas ke KL dan Penang pukul 10pm... ), sempat lagi kami singgah ke Phoon Huat, sebuah kedai bahan-bahan bakery yang kadang-kala disebut-sebut juga. Kemudian membeli-belah di sekitar kawasan tersebut.



Rinn nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan SG, terutamanya Zeenath dan yang lain-lain kerana telah memudahkan segala urusan kami di sana. Kalau tak ada diorang rasanya pincang jugak kaki ini. Kepada yang telah menghidangkan kami juadah-juadah yang enak-enak belaka itu, Alhamdulillah dan terimakasih daun keladi. Semoga bertemu kembali di lain kali. Bila pulak orang-orang SG nak menyeberang ke Semenanjung????





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net