Want your
own Fotopage?







 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 9-Jan-2009 04:03 Email | Share | Bookmark
JJCC & JJCM SPORE (27/12/08 - 29/12 /08) PART 3

Demo
Oleh
Pasukan
Bomba
Dan
Penyelamat
Singapore
Aksi Memanjat
Pohon Kedondong
Mama Mengunyah kedondong
Menung apa Mel ??
Anak Sulung Penyulawa
Nashitah & Laily
Pn Rumah, Zeenat
Zeenat & Mamazieza
Nak kedondong??
Masa kecik2 x ada chan naik
Mustafa Centre
Mustafa Centre
The building
The building
Ramai Indians di sini
Sekolah or Kolej ???
Di depan Mustafa Centre
Mustafa Centre
Jual Sim Card/Topup credit..
Pasar Lambak ala-ala Rope Walk
 
 
The Concouse
Masjid Berdekatan
Dengan Golden Mile
Gerai
Ayam Penyet
Set Ayam Penyet
Mcm Ayam Goreng Biasa jer..
Sup Tulang Merah
Tulang Kambing yaaa....
Bubuh straw
Sedut sum-sum tulang
Dah abih makan
Kekenyangan...
Masjid Malabar
The new icon in SG
The Reservoir Entrance
The Inside
The Water Play Park
The Park on top
SG Flyers
From another angle
Group foto
The field on top
Penyulawa & Mamazieza
SG Flyers from afar
The reservoir
Just Beautiful
Walkable thru
What a nice view
SG Flyers
SG Flyers
The Ship...blurrr la plak
Viewing deck..pun blurr
At Orchad Rd
The Giant Christmas Tree
Christmas Tree
Gerbang Krismas
Gerbang Krismas
Giant Christmas Tree
Raffle City
Mugs From
Chef Tania..
Hari ke 2 di SG. Pada sebelah paginya kami cuma duduk bersantai di apartment kerana memberi laluan kepada rakan-rakan SG yang menjadi tourist guide kehormat menyempurnakan beberapa urusan keluarga dan kerja. Kebetulan berhadapan apartment ada suatu demo oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat. Kami pun tumpang melihat. Di sebelah tengaharinya kami berkumpul lagi di kediaman Zeenat untuk ke satu lagi destinasi membeli-belah ala-ala MYDIN Malaysia yang bernama MUSTAFA CENTRE.
Sebenarnya kami rancang hendak pergi pada malam sebelumnya tetapi dek kerana dah letih dan Penyu pun demam, maka kami tunda rancangan tersebut ke hari ini. Lagipun Mustafa Centre dibuka 24jam 365hari setahun..dahsat tuuuu


Semasa di rumah Zeenat kami telah mengerjakan pohon kedondong dan pohon mangganya. Nashitah siap volunteer untuk memanjat sebab banyak buah yang agak besar berada di dahan yang tinggi. Mujur tak patah dan tak ada yang jatuh dari pokok.





Di bangunan Mustafa Centre yang bertingkat-tingkat ini terdapat pelbagai barangan. bolehlah dikatakan seperti sebuah pasaraya besar. Kebanyakan kami leka di tingkat yang menempatkan pelbagai rempah-ratus masakan. Sudah tentunya kebanyakan rempah-rempah itu diimport dari India. Beras pun ada bermacam2 jenis dan kategori. Di bahagian pakaian penuh dengan pakaian berfesyen ala-ala Bollywood. Tak murah jugaklah kalau ditukar ke matawang kita. Seperti biasa, "No camera pleasee......" Di sini Rinn telah membeli 6 helai t-shirts bertulis Singapore untuk dear hubby dan anak2. Rinn mmg gemar beli t-shirts kalau ke mana2.



Yang paling ketara kalau kita ke tempat ini adalah ramai kaum India dan yang sewaktu dengannya kelihatan. Menurut rakan-rakan SG, oleh kerana itu jugalah kawasan ini di kenali sebagai "LITTLE INDIA". Banyak barang-barang yang berkaitan dengan India ada dijual di sini.




Pada petangnya, kami sekali lagi mebuat temujanji dengan Chef Tania. Bertemu di Mustafa Centre, kemudian ramai-ramai menuju ke gerai-gerai makan berhampiran Golden Mile. Kami dijamu dengan Ayam Penyet dan Sup Tulang SG yang popular itu. Memang merah..menyala-nyala youuu . Dulu kami hanya tengok kat FP dan blog tapi kini kami dapat merasa sendiri keenakannya. Tidak pasti mengapa dipanggil Sup Tulang kerana rasanya amat jauh sekali dari masakan yang boleh dipanggil sup. Rasa mcm masak merah bertomato lebih. Boleh dimakan begitu saja tapi sedap juga jika dicicah dengan roti benggali.







Lewat petang pula kami telah dibawa ke satu kawasan reservoir baru di SG. Tempat ini dipanggil MARINA BARRAGE dan ia telah menjadi ikon baru di SG selepas Singapore Flyers dulu. Kebetulan SG Flyers di tutup akibat insiden kemalangan beberapa hari sebelumnya.















Secara ringkasnya Marina Barrage ini dibina sebagai (a) Kawasan tadahan air (b) Pusat Kawalan banjir (c) Kawasan aktiviti rekreasi seperti boating, windsurfing, kayaking dan dragonboating di kawasan airnya. Boleh juga bermain layang-layang dan lepak-lepak di kawasan padangnya di bahagian tertinggi kawasan tersebut. Pemandangan di sini memang sungguh cantik dan mengasyikkan terutamanya pada sebelah malam di mana kita boleh melihat keindahan lampu-lampu neon dari bangunan-bangunan tinggi, kapal-kapal laut dan SG Flyers itu sendiri dari kejauhan.



Setelah agak lama lepak-lepak di Marina Barrage, kami telah dibawa melihat suasana malam di Orchad Road, sebuah kawasan membeli-belah yang begitu popular di SG. Terlalu sesak dengan kenderaan dan manusia. Hiasan-hiasan sempena hari Natal juga masih ada. Teringin nak ambil gambar suasana malam tapi tak selesa nak menyusahkan Puan driver. So, amik dari dalam kereta. Tu pasallah banyak gambar yang blurrr. Rugi-rugi....Rasa macam nak datang lagi. Bukan untuk shopping ya..tapi untuk ambil gambar.

Orait, next entry will be our visit ke rumah another Malaysia's Next Top Model...opppsss...silap-silap...Next Top Chef !!! Tungguuuu.......


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net