Want your
own Fotopage?







 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 8-Jan-2009 02:48 Email | Share | Bookmark
JJCC & JJCM SPORE - PART 2

Durian
Ice-Cream
Cake
Belgium
Chocolate Hazelnut
Cake
Fruit tartlet
Choc Tart
Choc & Vanilla layer cake
Fruit Steamed Cake
Pulut Kuning Inti Rendang Daging
Pulut Kuning Inti Serunding
Dark Choc Cake
Pasta Tuna
Chef Lela Samsudin
..of LS Kitchen
Penyu yang demam
Ramah bersembang
Nashitah JB
Nashitah & Chef Lela
Group foto
Nak menyelit gak !!
Menikmati Ice-Cream Cake
Sedap sampai nangih-nangih.!!!!
Makan syikit jer....
Tu dia ice-cream cakes !!!
Utk baking lesson
Choc Rose fondant
Choc Rose Fondant lagi
Eppy Bday Nashitah !!
Rich sungguh !!!
Blok Apartment Chef Lela
No 295 Chua Chu Kang Ave 2
At Rozzan's place
Mee Goreng Sedap
Fried Chicken Lazat
Sedap ehhh..
Konyaku Jelly Nyaman
Puteri Salat Kuning Enak
Kek Lapis Menawan
Epok-epok Enak
Rozzan's Family
Anak bujangnya tak der plak
Group Foto 1
Group Foto 2
Mamazieza & anak2 gadis Rozzan
Posing lagiii...
Sempat toleh lagi tuu..
Ok....sambungan dari entry lepas.



Pada lewat petangnya kami dibawa untuk bertemu dengan Chef Lela of LS kitchen. Langkah kanan lagi sebab setibanya di sana kami dijamu dengan pelbagai lagi hidangan dari air tangan orang SG. Yang paling ditunggu-tunggu adalah Durian Ice-Cream Cake ini. Kebetulan Chef Lela ada kelas baking pada keesokan harinya dan ice-cream cake ini adalah salah satu bahan kelas. Jadi dia buatkan satu untuk kami. Bila chef buka petiaisnya, terkejut kamiii....sebab kat dalam tu ada banyak lagi ice-cream cake yang belum bersalut. Kebetulan juga Chef Lela ada buat jualan Ice-Cream Cake Maker dengan potongan harga yang menarik. Ada jugaklah gang-gang kami yang berminat dan terus order.



Perut dah kenyang semasa sessi bersama Chef Tania tapi mana boleh tolak rezeki sebab kat sini pun penuh semeja dengan hidangan yang tak kurang enak dan lazat. Rinn rasa jugak serba sikit. Yang Rinn makan banyak adalah pulut kuning berinti tuu. Sedap.. . Bila Chef Lela hidang Ice-Cream Cake dan Belgium Choc Hazelnut Cake tuu...Rinn dah tak leh makan banyak dah...tapi rasa jugaklah. Ice-cream durian tu..mmg rasa macam makan lempuk durian gebu...dan choc kek tu sangatlah richnya. Tak leh makan banyak2...cepat muak. Kalau santai2 makan dengan secawan kopi itulah sebaik cara untuk menikmatinya.



Kebetulan pada hari itu adalah hari ulangtahun Nashitah. Memang rezeki sungguh. Dapat potong dua kek sekali gus. Siap nyanyi lagu bday lagi. Cuma tak de acara tiup lilin jer..



Dan adegan yang paling tak senonoh adalah adegan tapau-menapau oleh kami kerana masih terdapat banyak makanan lebih. Walaupun Puan Rumah tak kisah tapi dengan tak malunya kami pun menapau serba-serbinya untuk dibawa pulang. Kami ingin rakamkan rasa terima kasih kami di atas layanan mesra dari Chef Lela dengan ucapan, jangan serik menerima tetamu seperti kami ini..


Ooopssss....sebenarnya kami tak pulang terus ke apartment tapi singgah ke satu lagi destinasi. Agak terlewat sedikit dari masa yang dijanjikan tapi kami tetap disambut mesra oleh Tuan Rumah Bro Rozzan. Yaaaaaa....kami sampai ke kediaman dia.. Tak sangkakan...



Inilah dia keluarga bahagia Bro Rozzan walaupun anak terunanya tak sempat nak enterframe. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi menerima kedatangan kami dan melayan kami dengan sempurna. Isterinya Puan Yati dan anak-anak gadisnya pun sporting, tak kekok beramah-mesra dengan kami. Payah ooooo nak dapat anak2 yang pandai bergaul dengan tetamu, apatah lagi kalau yang baru pertama kali bersua-muka. Kalau anak2 Rinn lah, bila ada tetamu datang, keluar sekadar untuk bersalaman lepas tu semua lari masuk bilik....



Bab hidangan jangan ceritalah, Penuh satu meja makan. Walaupun kami sudah begitu kekenyangan tapi tak dapat nak tahan nafsu makan sebab semuanya sedap2 belaka. Rasa jugaklah serba sedikit. Rinn pertama kali merasa epok-epok SG. Terkejut jugak bila makan "karipap" tu sebab selain inti ubi kentang ada jugak terdapat telur rebus yang dihancurkan. Satu kelainan tu . Yang paling Rinn banyak makan adalah ayam goreng dan mee gorengnya..



Psssttt....sebelum balik kami tapau jugak youuuuu dengan muka tak malunya tapi apakan daya tak upaya nak menolak pelawaan tuan dan puan rumah. Alhamdulillah, rezeki kami dan semoga keluarga ini juga akan dilimpahi rezeki oleh Allah SWT , Amin.

Misi hari pertama kami di SG begitu sempurna. Walaupun agak letih tapi kami gembira berpeluang bertemu dengan personaliti-personaliti yang terdahulunya hanya kami kenali melalui maya. Dunia masakan telah mendekatkan kami dan merapatkan silaturrahim. Apa yang lebih bertuah adalah, kami berpeluang merasa masakan mereka. Kalau dulu kami hanya menjamu mata menatap masakan mereka di alam maya tetapi kali ini kami dapat merasa sendiri keenakannya. Tak semua orang bertuah tau.....

Ikuti kisah seterusnya pada next entry...




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net