Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 5-Jan-2009 11:24 Email | Share | Bookmark
JJCC & JJCM SPORE 27/12/08 - 29/12 /08 PART 1

Kediaman Zeenat
Berkumpul kat living nya
Zack, Mel & Lin
Sang Penyu Yg Lawa..
Dah siap nak kuar bfast
Zeenat & her youngest
Bfast kat sini..
Pintu masuk nya
Serbuuuu...dah lapar!!
Menunggu tosai dan teh tarik
Kenderaan Rasmi Kami..
Menginap di apartment Zeenat
Polis ronda Singapore
Ada kes ke?
One of the roads
RNet Cawangan SPore
Happy shopping !!!
Yuk window shopping...
Zeenat & Miza
Mesranya...
Pilih jer lebih.....
Koleksi tart bekas tinggi
Unik kan shells nya..
Yummy..yummy...
Apple cinnamon pulak
Kiwi Egg Tart
Donut kedai sebelahnya !!
Sila buat contoh ya..
Contoh lagii...
In the lift
Penyu & doter
Abih window soping
Gembira dgn tangkapan
The Cause Way Mall
Studio Chef Tania
Jadual Kelas Chef Tania
Posing sikit
Mamazieza pooonnnn.....
Nashitah juga...
Chef Tania
The President & other chefs
The other speaker
Lin & Chef
All of us
With the chef
Zeenat, Miza & Mel
The Demo materials
Aksi chef
Adunan dah siap
The inti
Bubuh adunan
Place in the tray
Checking steam oven
The audience
Steam oven
Dah siap kukus
Gebuu youu....
Diterbalikkan..
Teringin nak tolong gak
Macam ni ekkk....
Wanna buy one???
Our food tester..
Gambar beramai-ramai
Julie KJ di kanan sekali
Laili Sarawak in the middle
Explaining sth..
Chef Tania
Org Kuat SG Muslim Chef Assc
The name tag
Ciskek
Kek Marble
Choc Chips Muffins
Agar2 apa entah...
Egg Sandwiches
Cuppies
Pasta Goreng...Sedap !!!
The food spread
Kek...tak dipotong puunnn
Products di Mayer
Bersinar sinar...
 
Waffle maker kot
 
 
Oven2 canggih
Kemeriahan nak sambut CNY
Area "Chua Chu Kang" not "Phua....
 
The Causeway Point
Akhirnya Rinn dan Mamazieza sampai juga di Singapore pada 27 DIs tahun lepas..( Ha Ha Ha..macam dah lamaaaa sgt bunyik nya ya.. ). Disambut di stesen bas express Golden Mile oleh Zack dan Lin. Pertama kali Rinn bertemu dengan diorang tapi mereka amatlah peramah dan mesra.. Terus kami dibawa ke kediaman Zeenat di Kembangan, SG. Dari M'sia adalah kami berdua ditambah lagi dengan kehadiran Anim Penyulawa & anak gadisnya, Laily Sarawak dan Nashitah JB. Rakan-rakan SG ramai. Kami semua berkumpul di kediaman Zeenat. Di sana bertemu pula dengan Mel.


Selepas minum pagi ringan di kediaman Zeenat, kami dibawa ke Velu's untuk sarapan pagi yang sebenarnya. Pekena tosai, Apom, Ulundu Vadai dan minum teh tarik. Rinn sorang aje pekena Teh "O"..
Satu hari yang padat dengan aktiviti yang telah dirancang tapi kita tengoklah dulu apa yang sempat Rinn paparkan kali ni. Kalau tak sempat habis, kita sambung next entry ya.
Selepas tiba di apartment Zeenat di mana kami akan menginap, kami terus bersiap-siap untuk agenda pertama iaitu membeli-belah peralatan baking di Star Net Marketing yang terletak di IMM Complex . Nak kata murah barangan di situ tidaklah juga tetapi ramai di antara kami yang membeli papersoufller dan paperliners untuk kek kenit dan muffins. Agak sukar untuk mendapat corak dan saiz yang sesuai di Malaysia. Jadi, di kesempatan ini, ramailah yang mengangkut sampai berbakul-bakul !!!



Ini gambar setelah selesai shopping di Star Net. Semuanya bergelak ketawa gembira dengan hasil tangkapan masing-masing. Sorry, gambar di kedai tidak dibenarkan. Gambar diluar kedai adalah. Tuuuu kat thumbnail...ada gambar mamazieza dengan papan tanda ..."R Net Marketing" . Kat kedai Star Net ini jugaklah kami bertemu dengan Miza & kidz serta Wan Mastura & kidz. Riuh satu kedai dengan kehadiran kami... tapi tuan kedai tak leh nak kata apa sebab kami dah memborong banyak.



Agenda kedua adalah sessi bertemu dengan Chef Tania di Baking Studionya. Kalau tak silap, ianya terletak di Causeway Point, Woodlands Centre. Di dalam Showroom Mayer inilah terletaknya Baking Studio Chef Tania. Selain ada platform dan dapur untuk aktiviti kelas masakannya, di showroom ini juga terdapat banyak baking utensils dan beberapa electrical appliances berjenama ARISTON untuk jualan. Tidak ketingglan ada jugak Mixer "Kitchen Aid" yang pelbagai warna. Sebut saja nak warna apa, merah, hijau, ungu, biru, putih, kuning...semua ada. Jamu mata ajelah dengan semua barangan tu. Kalau harganya dalam SG Dollar pun dah mahal, andai ditukar ke matawang kita bergandalah lagi harganya ya.. Ada beberapa keping gambar peralatan-peralatan tersebut di thumbnails. Silalah tengok sendiri ya.



Lihatlah mixer yang menjadi idaman setiap wanita tu. Suka dengan warnanya yang oren. Penyemarak semangat untuk terus memutar heh elehhhh..... . Anda tak teringin ke?



Sebenarnya kami bukanlah menghadiri kelas masakan anjuran Chef Tania tetapi lebih kepada menghadiri majlis ramah mesra yang diikuti oleh satu courtesy demonstration olehnya. Kami sungguh berbesar hati kerana selain daripada sambutan mesra yang diberikan, Chef Tania dan groupnya telah membuat satu demo masakan. Resipinya adalah Apam Kukus Berinti Daging. Kepada ahli-ahli RNet (Rinn bukan ahli berdaftar yaaa.....cuma ahli tak bersekutu sebab mamazieza tak bagi borang ahli lagi keh keh keh..)..mungkin boleh mendapatkan resipinya di petibesi RNet. Tak pasti sama ada Chef dah masukkan resipinya ke sana atau belum. Sila check sendiri ya.




Sejurus selepas Apam kukus siap, kami pun terus menerkam ke pentas dapur. Ada yang nak tolong keluarkan apam, ada yang tolong rasa.. ...ada yang nak tangkap gambar..dan ada jugak yang nak bergambar.



Haaa...beginilah rupanya Apam Kukus Berinti Daging tu. Dari segi adunan, rasanya lebih mirip adunan kek sebab menggunakan butter dan telur juga. Sedap tapi ramai yang setuju kalau apamnya dikurangkan sedikit kemanisannya pasti lebih ummphhhh !!! Selain dapat merasa Apam Kukus ini, Chef Tania talah menjamu kami dengan pelbagai juadah yang sedap. Lihat sahajalah menunya di thumbnails ya. Ada dua tiga hidangan yang terlepas lensa kameraku, sorryyy...



Bergambar beramai-ramai sesudah sessi demo dan majlis menjamu selera tamat. Walaupun sessi ini agak ringkas tapi banyak juga tips masakan yang dikongsikan bersama oleh Chef Tania. Kami juga diberitahu yang Chef Tania serta beberapa lagi tenaga pengajar yang berugama Islam di SG ini telah bernaung di bawah satu pertubuhan baru yang dikenali sebagai Muslim Chefs Association of Singapore.



Haaa..inilah tag nama di uniform Chef Tania berserta dengan lambang persatuan yang diwakili oleh mereka. Seronokkan bila nama dah tersohor begini. Bukan sekadar nama saja gah tetapi kebajikan yang bakal mereka lakukan di bawah payung persatuan ini yang perlu diambilkira.



Oleh kerana kami masih berada di dalam bangunan sebuah shopping complex, usai sessi bersama Chef Tania kami pun ronda-ronda. Ada yang shopping dan ada yang sekadar window shopping. Secara peribadinya Rinn rasa masih tidak praktikal untuk membeli belah di SG kerana harganya mahal. Masih murah unutk berbelanja di negara sendiri. Pun begitu, kalau ada budget tidaklah manjadi kesalahan untuk membeli barangan yang susah untuk kita temui di Msia. Ikut keperluanlah ya.



Antara pemandangan MERAH sempena sambutan CNY yang bakal menjelma. Merah sungguh ya Mak Ngah. Oklah.. itu baru sessi setengah hari pada hari pertama di SG. Masih ada lagi aktiviti bertemu "Chef-chef Maya" pada sebelah petangnya. Siapakah mereka??? Tunggu entry selepas ini ya... Banyak sangat gambar yang nak Rinn share tapi tak larat nak tunggu uploading process...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net