Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 18-Dec-2008 06:49 Email | Share | Bookmark
MUFFIN PRUNE

Pitted Prunes Sunsweet
Resipi asalnya..
Bahan cair-telur,susu & butter cair
Buat "kolam" ya..
Gaul lebihkurang jer..
Isi dalam paperliners
Sedang dibakar
Naahhh...dah siap
Muffin Prune
Asalnya adalah resipi "Classic Blueberry Muffin" tetapi oleh kerana Rinn tiada stok blueberry maka Rinn dah gantikan dengan pitted prune Sunsweet. Lebih kurang lah kan.......



MUFFIN PRUNE
Adapted from : "Classic Blueberry Muffins" of Cupcakes & Muffins R&R Publications

Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 tsp baking powder
1/3 cawan gula castor
Secubit garam
2 biji telur, dipukul seketika
1 cawan susu segar
60g butter, dicairkan
130g pitted prunes, dihiris kasar

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 200 darj cel. Sediakan paperliners dalam muffin tray.
2. Ayak tepung naik sendiri, bakingpowder dan secubit garam ke dalam sebuah mangkuk.
3. Campurkan gula dan prune ke adunan tepung tadi. Gunakan whisker utk menggaulnya sebentar sahaja.
4. Di dalam bekas yang lain, campurkan telur, susu dan butter cair. Kacau seketika.
5. Tuang bahan basah ke bahan kering dan gaul sekadar kedua-dua bahan bercampur.
6. Sudukan adunan ke dalam paperliners dan bakar selama 20min - 30min.




Seperti biasa, muffin akan kelihatan membumbung serta merekah seperti ini dan teksturnya pun Alhamdulillah gebu. Menghasilkan 10 biji ke 12 biji muffin bergantung kepada saiz paperliners anda. Rinn gunakan paperliners yang besar dan tinggi sedikit daripada yang Rinn guna semasa membuat Muffin Pandan tempoh hari. Jadi, Rinn cuma menghasilkan 10 biji muffin yang montok-montok...




Selamat mencuba...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net