Want your
own Fotopage?







 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 12-Dec-2008 23:18 Email | Share | Bookmark
MUFFIN PANDAN

Should look lumpy
Dapat 12 biji muffin
Taburkan almond
Sedang membumbung tuu..
Dah masak
Jom rasa..
Dah lama tak share resipi. Kali ni Rinn telah mencuba resipi muffin yang mudah dan cepat disediakan. Masa buat ni pun my MIL ada di rumah, jadi sesuai sangatlah jika dihidangkan dengan sesuatu yang berperisa pandan..




MUFFIN PANDAN
Sumber : -Cari.com

Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.




Rinn tahu ramai yang dah mencuba muffin pandan ini walaupun resipinya mungkin berbeza. Bila mana muffin hampir masak, bau harum pandan tu dah memenuhi ruang dapur. Rasanya pun tidak kurang enak dan tidak begitu manis. Ditambah dengan kehadiran kepingan almonds yang rangup tuu...hmmmmm bertambah sedap minum pagi atau minum petang kita tu nanti.



Kalau nak muffin naik membumbung macam ini dan teksturnya lembut, petua biasanya adalah..jangan diputar adunan atau dikacau terlalu lama. Cukup sekadar bahan kering dan bercampur dengan bahan basah. Bila isi dalam paperliners, isi hampir penuh ya. Kalau isi 1/2 atau 3/4 penuh nanti tak membumbung.... . Selamat mencuba..!!!!



Quote:
1 & 2. aliza : Tu lah pasal. Asyik sibuk dengan benda lain, masak tu masak lah jugak tapi tak amik gambar dan mula rasa malas nak update. InsyaAllah..lepas ni sambung balik xtvt. And thnx a lot sbb bgtau pasal pandan tu. Mmg Krinn tertinggal masa salin resipi. Buat kerja bawah lampu tidur, mata dah ngantuk, pas tu tak double check dgn internet sat ok sat ko..kita pun jadik careless. Dont wori, mata liza still tip top..tak rabun
3.anawahid : Salam kenal juga ya. Tu diaaaa...sampai 10x baca. Maaf, itu kesalahan rinn sbb tak double check lepas type. Rinn dah tuliskan di atas tuu ya. Selamat mencuba.
4.kakliza : Ye ke tuuuu?? ..... kakliza kan bz sokmo. Dah balik Kerteh semula kot tuuu. Heh heh..kalau dah di rumah..boleh lah cuba ya. Jgn lupa update ya..
5.zubaidahmz : Maaf sbb tertinggal bahan pandannya. Rinn dah tuliskan di atas tu. Selamat mencuba..
6.ha : Krinn saja tak bubuh pewarna hijau. Sebab nanti jadik tak suka bila tgk warna hijau tu tak natural. Kekadang ada gak tgk kenkawan buat bubuh terlebih warna hijau...jadi pelik warnanya..Selera masing2 lah kan.
p/s Alamak!! ni mesti ada benda bagus ni. Nanti krinn pi laman Ha ekk...
7.Daalia : Hari-hari pun masuk dapur Lea cuma lately ni masak ulangtayang aje. Tu yang tak berapa nak boleh share resipi. InsyaAllah lepas ni..kita zasssss semula..
8.Rfah : Sangatlah betull.... jgn lupa teh atau kopinya ya
9.ida isk : : Cuba jangan tak cuba....
10.Jasmeen : Alaaa...time mood baik ok lah gambar tuu. Time mood KO..macam hampeh jugak
11.zubaidahmz : Most welcome...
12.unnamed : Tq atas penjelasan. Apa pun akak harap adik faham maksud akak ya.
13.umieaisyah : Tq, camera DSLR biasa aje. Dah pernah jatuh pun dan lensenya ada rosak sikit.
14.Noor : Ye ke? Tapi Rinn rasa homemade muffin dan muffin di bakery ada bezanya Noor. Homemade punyer boleh dimakan fresh from the oven..panas/hangat2 lagi...
15.jeff : 3 kali tengok kalau..?????
16.rozamy : Alamak...tapi pada krinn kalau sukatan betul, cara kacau betul, suhu betul dan jumlah adunan dalam tray ok, InsyaAllah akan membumbung muffin tuuu. Isshhh...ni yg nak kena tengok mcm mana amy buat niii....
17.Bonda Raqyn : Ngada2 lah EJ ni !! Buat malu jer kalau Pro photographer baca ayat Ej ni. Pada kita2 ni mungkinlah nampak mcm bagus jer..tapi pada Pro.... masih jauh panggang dari api !!! Kalau nak berguru jugak meh ler......
18.Ouled Kenitra : Mmg betul tu. Dengan fotografi mcm2 yg kita boleh buat tapi kalau lebih menjurus kepada arah yang baik adalah lebih bagus kan.
19.Eryne Jasmeen : Biasalah kalau kenduri kawen. Sebelum dan selepas majlis mmg penat. Keluarga Krinn dah lebih 12 tahun tak kenduri kendara ni. Esp mak, mulalah gelabah takut ada yg kekurangan. So, kenalah bagi perhatian pada bnyk perkara. Alhamdulillah semuanya berjalan baik, walaupun ada yg demam2 .
Waahh....tahniah, eryne dah maju selangkah dlm dunia bznz internet. Semoga berjaya ya.
20.farah yusri : Tq. Alhamdulillah, they were enjoyed by everyone at home and I'm sure you can do as good as that.
21.mamafarish : Handmixer mixer Singer dan oven Sasaki. Krinn tak guna microwave utk baking ya. Tapi utk buat muffin kita tak perlu guna mixer. Cukup sekadar dikacau dan gaul guna hand whisker saja..
22.noriz : Waalaikummussalam noriz. Dah try buat belum???
23.nur : No prob. Memasak makanan ni nampaknya mmg kena pentingkan semua segi..agar orang yg melihatnya berselera nak menjamah... Nur cubalah nanti.
24.MaDiHa : Heh Heh..tak yah nak terliur lama2 sgt laaaa. Godek aje...bukan payah guna mixer pun..
25.MamFaMi : Hai mama. Mengada2 lah mama ni...muffin mama pun jauh lebih baik dari ini...nak penyek2 muffin kita pulak ekk...
26.Leen yusleen : Mmg sedap. Topping tuu..ikut selera masing2 leen dan ikut apa yg ada dlm stok kita. Kelapa kering pun sedap jugak tuuuu...
27.srsfeqah : Heh Heh...kalau tak puas jugak tak tau lah !!!!
28.kamalina : Tau tak pee......
29.bungaros Oman : Amacam...dah harum satu Oman dengan bau muffin pandan ???
30.Lee Lin : Isshhh...rasa mcm nak pi ngajor Lin buat muffin laaa. Manjang kata tak reti !!!
31.afairuz : Nak pos kan sungguh ke niii ???? Tunggu afai ngidam lagi sekali !!
32.azie : Betul lah tuuu...Year 82-83, pioneer group. Nii azie yg mana ya??
33.amalhayati : Semua mulut asyik nganga jer cuti-cuti ni kak amal.... Jenuh masuk dapur !!
34.MiraJohar : Sila..sila..resipi mmg utk dikongsi. Kena cuba ya. Pasal loyang tu kalau tak ada pun tak apa. Boleh juga guna paper cups. Kan ada bnyk dujual di kedai bahan2 kek. Kalau ada paperliners tapi tak ada loyang, boleh letak paperliners tu dalam acuan tat yg aluminium tu. Kalau tak ada jugak...beli aje muffin siap di kedai bakery.. ..lawak jer nooo.
35.nor : Waalaikummussalam. Kalau boleh capai hebatlah nor niii....
36.wawa : Elok sangatlah tuuu....
37.ruzalila nik : Waalaikummuslm. Sila sila...no hal buat krinn.
38.feena rfina : Waalaikummuslm. Dah try ke??
39.hanizura : Rajin zura ekk. Cubalah yg ini pulak. Lepas ni ada satu lagi resipi tau....
40.Haniss : Anytime boleh try Haniss ooiii.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net