Want your
own Fotopage?






 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 7-Dec-2008 00:11 Email | Share | Bookmark
MAJLIS MENYAMBUT MENANTU 23 NOV 2008

Rumah Mak
 
 
 
 
 
Pintu Gerbang
 
 
Pelamin in the making
Pelamin siap
Gang basuh telur
1600 bijik
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Akhirnya sampai juga ke entry Majlis Menyambut Menantu di kediaman Bondaku di Kelang pada 23 Nov 2008. Pada hari ini jugak lah, Rinn dah mula diserang demam . Tak payah celoteh panjang2, kita lihat paparan terakhir entry cak pong cak pong adik Rinn ni ya...



Beberapa hari sebelum majlis, khemah sudah mula dipasang dan didirikan. Pada mulanya mak request khemah berwarna biru tapi di saat-saat akhir terpaksa ditukar kerana menurut tauke khemahnya, set yang berwarna biru sudah agak lama dan kusam. Akhirnya oren menjadi pilihan mak. A very vibrant colour youuuu...... Dahsyat jugak warna pilihan mak Rinn ni ya !!!



Dengan diiringi paluan kompang, pengantin diarak menuju ke rumah bonda. Warna baju pengantin kekal biru, walaupun warna khemah dah jadik oren.. . Ok jugak sebenarnya, sebab kalau khemah dan pengantin sama kaler..sure tenggelam pasangan pengantin dek kemeriahan warna khemah yang oren tuuuu....




Pasangan pengantin kena berjalan jauh jugak setelah ber"station" dulu di rumah makcik yang paling hampir dengan rumah mak... kira-kira 500 meter jaraknya..exercise kaki sikit naaaa pengantin....




Pada malam pekerja Butik Pengantin tu menghantar barang2 untuk membuat pelamin, mereka sebenarnya dah tersilap bawak kerusi. Maksudnya mereka terbawa dua buah kerusi usatu untuk setiap pengantin, walhal yang adik order adalah satu kerusi untuk dikongsi berdua. Yang kat gambar tu betul dah lah kerusinya...



Hasil usahasama Rinn dan kakak ipar serta beberapa orang lain yang turut sama seronok nak tolong. Menu standard heh heh sebab Rinn dah tak larat nak prepare lebih2..kan dah mula demam dan sakit-sakit badan... Set Queen Ann tu adik yang punya..menjadi penyelamat keadaan. Kalau tidak, kena pakai pinggan mangkuk kenduri jer lah pengantin ooiiii... ..



Makanan dah sedia, tudung dah dibuka. Tinggal tunggu pengantin dan keluarga terdekat untuk menjamahnya. Makcik-makcik Rinn di tepi tu turut sama meninjau suasana, turut teruja menanti ketibaan mempelai nak makan adap-adap. Hmmm....bagusnya pengantin, siap baca doa makan lagiii..




Ada cerita sebenarnya di sebalik ayam golek ini. Ni nak pecah rahsia...sebenarnya ayam golek tu diimport dari "KR"...bukan Kak Rinn ye, tapi Kenny Roger's Roasters..wakakakaka.... . Tak bohong tau sebab Rinn dan kak ipar nak short cut. Macam2 idea timbul..ada yg kata beli aje di Ayamas, Rasa Mas, Dave's Deli, beli kat gerai Nasi Ayam lah bla bla bla...last2 order dari KR. Abih citer. Ayam tu nampak togel sebab belum dicurah brown mushroom saucenya... Adik order 4 ekor youuuu.. Dua untuk meja pengantin. Dua ekor lagi..paham-paham jer laaaah !! Jahatkan kitorang...main order-order aje dari KR. Cita2 nak buat Ayam Rosemary tak kesampaian sebab Rinn demam.



Yang ini pun instant. Isi ketam goreng....



Haaa...Ikan bawal sweet sour ini kami masak ya. Express. Semua nak cepat sebab pukul 10pagi baru nak mula masak dan siap2. Rinn pulak awal-awal pagi dah kena turun Kg Pandan KL, pi amik kek pengantin kat Kak Mis. Pukul 12.30 tengahari pengantin akan tiba. Alhamdulillah, semuanya siap tepat pada waktunya. Pengantin sebenarnya dah siap awal tapi disebabkan ada masalah teknikal, kumpulan kompang lambat sikit..maka pengantin tiba pun lewat setengah jam. Selamat aku......



Salad Garden ini adalah atas permintaan pengantin. Kenalah buatkan. Bahan-bahan semuanya dah siap basuh dan disejukkan dalam petisejuk. Pada paginya..Rinn tinggal potong dan gaul dengan olive oil dan perahan lemon. Dressingnya standard jugaklah....



Yang ini udang. Mak awal-awal lagi dah pesan, jangan buat udang panjat2.. Alaaaaah, hidangan yang biasa tu lah. Udang dicucuk meninggi atas buah nenas. Kebetulan masa makan adap-adap kat umah June, ada pulak udang panjat2 ni. Epi pulak pesan, buangkan kulit udang siap2 biar senang nak makan. Macam2 hal. Udang2 tu Rinn dah siang dan bersihkan pada sebelah malamnya. Ni kak ipar yang masak, Udang Tiga Rasa.




Yang ini Acar Rampai dan Acar Buah. Acar Rampai, gang-gang dapur yang masak. Acar Buah, isteri sepupu yang order dari kampung dia. Banyak dia order sebagai pemberian ikhlas kepada mak, untuk dibuat lauk kenduri.



Dessert ini adik sepupu yang buat. Rinn bagi arahan aje bila dia tanya apa nak buat dengan strawberry tu. Pucuk dicita ulam mendatang. Sekurang2nya.. banyak kerja boleh disiapkan dengan lebih cepat kalau ada tangan2 yang sudi membantu. Ramai gak yang teringin nak rasa Strawberry Celup Coklat tu, almaklumlah..ia mengingatkan diorang kepada Dato'CT. Mujur Honey Dew tu tak dicelup sama !!




Puding oren ni Rinn buat siap-siap pada malamnya. Ada lagi satu iaitu perisa honey dew. Sebenarnya ada lagi hidangan lain yang tak sempat nak klik gambar sebab Rinn dah bergegas nak set-upkan kek pengantin dan nak shoot gambar pengantin yang dah nak tiba.

Oh ya, antara hidangan lain yang ada ialah Ayam Masak Merah, Daging Masak Kicap Masam Manis dan Fresh Fruit Salad. Buah manggis dan pulasan pun kebetulan ada, hubby adik yang beli. Nampak gayanya begitu banyak hidangan pencuci mulut di meja makan pengantin pada kali ini heh heh...



Yaa... makan..makan... . Oh ya..nasi kendurinya berupa Nasi Jagung dan Nasi Putih. Bubur Candil juga turut disajikan kepada semua tetamu sempena makcik yang nak meraikan kelahiran cucu barunya. Pendek kata dari hari rewang hinggalah ke hari kenduri, macam2 hidangan dan masakan yang gang-gang dapur masak.




Lauk-lauk kenduri termasuk Ayam Masak Merah, Daging Masak Kicap Masam Manis, Sambal Goreng Tempe, Ikan Bilis Masak Taucu dan Umbut Kelapa Masak Lemak Ketumbar Pedas pun ada. Ada orang tolong tebang pokok kelapa 3 batang guna gergaji rantai kat belakang rumah. Lauk ni idea mak...sebab dia nak sedikit kelainan. Yang terkilannya gang dapur tak dapt nak masak Gulai Pisang sebab pisang dah hilang dari pokok !!! ... Menurut mak, orang yang biasa datang meraih pisang datang amik tak sound .... Melepas nak makan Gulai Pisang



Taraaaaa....ini lah dia kek pengantin yang ditempah khas dari misscreativecake. Asalnya memang Rinn request kek bersalut BC pastel turqoise dengan bunga2 ros berwarna light yellow tapi since kaler tema dan jadik kombinasi oren dan biru, maka Rinn mintak Kak Mis adunkan sikit dengan rose warna oren/peach. Kek bawah sekali Choc Moist, yang tengah kek sponge vanilla dan yang atas kek sponge oren. Habis majlis...habis kek, tinggal sepotong bahagian tengah Choc Moist yang penuh dengan bunga rose tu saja. Sekali lagi terima kasih buat kak Mis.




Potong jangan tak potong.. ..Suap jangan tak suap







Hampir ke penghujung majlis, pengantin mengucapkan terimakasih dan selamat tinggal kepada beberapa tetamu yang hadir.


Haaa...selesai dah walaupun sebenarnya masih ada lebih seribu keping gambar. Sebagai paparan terkahir, ni ada gambar panglima Melayu zaman dolu-dolu...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net