Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 6-Dec-2008 11:12 Email | Share | Bookmark
MAJLIS PERSANDINGAN DI KEDIAMAN PENGANTIN PEREMPUAN 16 NOV 08

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiga hari berturut-turut majlis di rumah pengantin perempuan. Jelas membayangkan betapa meriahnya majlis meraikan cinta kedua mempelai ini. Yuk..cuci mata lagi dengan gambar2 sekitar majlis..dari lensaku..


Kalau nak tahu, rombongan pengantin lelaki di pihak kami diiringi oleh 15 buah biji kereta adik-beradik, saudara-mara terdekat serta kawan-kawan yang ingin turut serta meraikan kedua mempelai. Rasanya ini adalah konvoi yang terpanjang dalam sejarah rombongan menghantar pengantin dalam keluarga kami. Kalau dulu-dulu, biasanya siap ada yang sewa bas lagi.. . Masih ada lagikah fenomena seperti itu...???




Pengantin perempuan diiringi pengapit pergi menyambut ketibaan pengantin lelaki.





Pengantin berjalan beriringan menuju ke singgahsana raja sehari. Semuanya bertemakan warna ungu di sebelah pihak pengantin perempuan. Ungu itu adalah warna kegemaran pengantin perempuan




Bonda pengantin perempuan sedang menepung tawar kedua mempelai. Ini merupakan kali kedua menerima menantu di pihak keluarga perempuan. June merupakan anak kedua dari tiga beradik.




Majlis diteruskan dengan lebih ramai sanak-saudara dan tetamu menepung tawar pengantin.




Beralih kepada upacara makan adap-adap. Pertama kali melihat makan adap-adap ada disediakan juadah satay.. . Pengantin agak sporting, tak de nak control ayu dan control macho atau segan-segan nak makan satay !!! Ngap aje lah.





Tidak ketinggalan, upacara memotong kek turut diadakan. Salah satu acara yang semakin popular di kalangan masyarakat Melayu bila tiba majlis perkahwinan. Tambahan pula sekarang ini semakin cantik-cantik dan kreatif deco-deco yang ditawarkan untuk kek pengantin. Tinggal pilih sahaja yang mana berkenan di hati.



Ahakkss...itu gambar Rinn bersama dengan adik perempuanku yang dua tahun lebih muda. Lagi gambar2 pilihan, sila lihat thumbnails ya...






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net