Want your
own Fotopage?






 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 29-Nov-2008 05:56 Email | Share | Bookmark
MAJLIS PERNIKAHAN ADIK LELAKIKU, 14 NOV 2008

Rombongan pihak kami
Pengantin tersenyum girang
Hantaran-hantarannya
Menuju ke rumah pengantin perempuan
Rumah pengantin perempuan
Khemah kenduri
Along turut membawa hantaran
Assalamualaikum....
Hantaran daripihak lelaki
Mas kawin, gelang & AlQuran
Tok Kadi
Tok Kadi dan saksi-saksi
Acara hampir bermula
Pengantin dah berpeluh !!
Pengantin & pengapitnya
Menunggu saat upacara bermula
Tok Kadi membaca khutbah
Sedang bertanya sesuatu?
Masih sempat berjenaka
Surat Nikah
Ramainya jurufoto...
Gementar dan gugup tuu..
"Aku nikahkan akan dikau......"
"Aku terima nikahnya......"
Pengantin lelaki, Safirul @ Epi
Pengantin perempuan, Juliana @ June
Adik perempuanku, Idayu
Berbisik sesuatu
June
Pakcik Lan
Membaca taklik
Last line dah tuuu...
Yahoooooo....dah beres !!!
Hah...lega...
YESS !!!
Senyumlah kauuu ya !
Fuuhh...lega rasanya
Menunggu dgn sabar
Selesai upacara membatal air solat
Epi
June
Gelang & cincin sudah di tangan
Mohon restu mak
Jaga diri elok2..
Epi dan abg ipar
Hantaran Dari Kedua2 pihak
Set wangian
Jamtangan Solvil Et Titus
Kasut
Halwa betik
Buah-buahan
Pot pouri...
Senaskah AlQuran
Sirih Junjung
Tart Buah
Sepersalinan
Mempelai
June
Riang terserlah
Selamat ya...
Pulang duluu
Sekitar majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan pada hari Jumaat,14hb Nov 2008. Alhamdulillah, keinginan hendak menggubah sendiri hantaran untuk adik lelakiku tercapai jua akhirnya. Sembilan dulang dari pihak kami, dibalas 11 dulang dari pihak perempuan.



Pada mulanya Rinn nak guna warna tema biru turqoise tapi memandangkan ini merupakan hantaran dari pihak lelaki ke pihak perempuan maka Rinn telah mengubah fikiran untuk warna sesuai perempuan. Akhirnya memilih gabungan warna peach, orange dan cream. Alas dulang dan sebagainya Rinn ilhamkan dan buat sendiri kecuali bunga dulang yang Rinn tempah khas dari sini.




Ibunda suka dan sungguh gembira dengan sirih junjung ini. Rinn ilhamkan dari pelbagai sumber di internet. Terima kasih kepada rakan-rakan maya. Tetapi yang paling menarik perhatian ramai adalah penggunaan bunga melati putih yang berbau semerbak mengharum itu. Biasanya ia lebih digunapakai di kalangan masyarakat India.




Pengantin perempuan memilih gelang diamond & platinum ini sebagai perantara upacara membatalkan air sembahyang. Katanya, sudah dua bentuk cincin di terima ketika merisik dan bertunang. Sebagai pelengkap kepada cincin diamond & platinum semasa bertunang, gelang ini dirasakan sesuai untuknya...




Senaskah Terjemahan Al-Quran dan Sejadah. Adik lelakiku agak tidak berpuashati dengan warna kulit luar Terjemahan Al-Quran yang dibelinya sendiri bersama bakal isterinya. Katanya oleh kerana dah tiada pilihan, dibelinya juga atas permintaan bakal isteri.




Sepasang telekung putih berbunga silver. Dilipat ringkas berbentuk kipas.




Set peralatan kosmetik. Oleh kerana perjalanan agak jauh maka Rinn memilih untuk tidak membuka balutan plastiknya. Kalau tidak, takut tercicir di perjalanan .




Kasut dari jenama Clark & Keith dan tas tangan Coach. Sebelum gandingan yang ini, diorang dah beli satu set tapi setelah dibeli macam tak berkenan lah pulak. Tu yang beli lagi satu set. Hisshhh....macam2 pulak pengantin ni ya.





Tak banyak pilihan untuk buah-buahan yang berwarna oren. Bosan juga kalau asyik limau sunkist. Kebetulan ternampak buah pisang kaki yang masih segar di Jusco. Rinn sambar aje. Sebagai pelengkap, dicampurkan juga limau-limau mini.





Koleksi chocolate dari Swiss Bank Of Chocolate. Adik lelaki dah tak mahu lagi Ferrero Roche..chocolate yang popular sebagai hadiah hantaran tuu. Akhirnya dia pi carik sendiri kat The Cocoa Tree. Macam2 yang dia sambar.





Ooopppssss....tidak, tidak !!!! Bukan Rinn yang buat kek ini. Kalau setakat kek kosong tu bolehlah. Tapi kalau dah berfondant dan berbuttercream..heh heh heh. Kek ni Rinn tempah khas daripada siapa lagi kalau bukan Kak Mis kita tu. Seawal 3 bulan sebelum majlis, Rinn dah berurusan dengan Kak Mis. Selalu tengok kat internet aje kek-kek Kak Mis yang georgeous tuu tapi kali ini berpeluang melihatnya sendiri. Walaupun ada sedikit kekeliruan tentang warna dan designnya tapi Rinn puas hati. Ramai yang memuji cuma Rinn agak sedikit terkilan kerana pihak pengantin perempuan ada mengatakan kek choc moistnya ada terasa masam sedikit. Alamak..kenapa pulak tuuu????

Setelah merisik-risik kat Kak MIs, rupanya rasa masam itu datangnya dari sapuan jem strawberry yang Kak Mis gunakan untuk melapis kek dan melekatkan fondant pada kek. Oooooohhhh......macam tu ka?? Almaklumlah, Rinn sendiri pun tak pernah tau macam mana proses nak buat kek fondant tu. Setakat tau gitu-gitu aje. Apapun, Rinn nak rakamkan ucapan terima kasih pada Kak Mis yang sudi melayan kerenah Rinn dan bersusah payah merealisasikan kek tempahan Rinn Sentuhan pakar gituuuu.....



Ok, jom kita lihat wajah-wajah dan sekitar upacara akad nikah.


Debaran pengantin perempuan, menanti upacara akad nikah. Ketika ini sedang khusyuk mendengar Tuan Kadi membacakan khutbah Nikah.






Upacara Akad Nikah sedang berlangsung. Dengan sekali lafaz, sahlah kedua mempelai menjadi suami dan isteri.





Airmata gembira seorang yang baru sah bergelar isteri. Perasaan hiba dan sayu bercampur-baur dengan kegembiraan.





Upacara membatalkan air sembahyang.





Mak memeluk adik lelakiku sejurus selepas adik mencium tangan memohon restu. Sebak dan sayu jer melihat adegan ini.






Mempelai bergambar selepas upacara akad nikah selesai. Ada banyak lagi gambar sebenarnya ya..




Adik ipar baruku, Juliana. Panggil June aje...


Majlis di rumah pengantin perempuan berlangsung selama 3 hari 2 malam. Majlis pernikahan pada 14 Nov, Malam Berinai Kecil pada 15 Nov dan Majlis Bersanding serta Kenduri Besar pada 16 Nov. Rinn akan upload sedikit gambar pada Malam Berinai Kecil pada entry selepas ini ya..



Most recent comments... (In posting order)
Tahniah Rinn, memang menarik gubahan ko simple tapi menawan, dan June tu seorang yang peramah, kami sempat gak interview dia aritu Sat 29-Nov-2008 13:18
Posted by:Roszana  - [Link]
Selamat pengantin baru utk adik Rinn tu, moga jodoh berpanjangan hingga ke syurga yea...Kek tu menawan kalbu laa, simple but sooo sweeettt kan..and hantaran pun semua cantik..bukan nak pujilah, u ni kan Rinn...ada "taste" lahh..dan nampak "kelas" u hantaran2 tu!!! Sat 29-Nov-2008 13:33
Posted by:ah mat gebu  - [Link]
wah...mmg meriah...tgk gambar pun dah terasa kemeriahan majlis ni.... dpt gak kak rinn tgk live ya kek ng kak mis buat.... hmmm...sukala tgk kaler peach tu...mmg sweet........kak rinn mmg berbakat dlm bab gubahan ni.... sedap je mana memandang... blh mintak khidmat rundingan ni nanti (khidmat berbayar ler...) Sat 29-Nov-2008 14:30
Posted by:kamalina a.k.a aimi  - [Link]
syabas kak rinn...cantik2 hantaran tu..pengantin pun sama cantik, sama padan... apalah komen unnamed ni..jilash gamaknya...
apapun slmt pengantin baru utk adik kak rinn dan june... org mana lah gamaknya majelis sampai 3d2n nih eh...
Sat 29-Nov-2008 14:42
Posted by:cak
salam kak. gubahan sgt menarik, simple and very tasteful
semoga kedua pengantin selamat sejahtera dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat....
dua2 nampak sama padan
Sat 29-Nov-2008 14:46
Posted by:aliza  - [Link]
looo patut lee lama menghilang rupanya bz sokmo tu Sat 29-Nov-2008 14:53
Posted by:ida isk  - [Link]
wahhh cantik sesgt2 gubahan hantaran tuuuu esp sireh junjung
mmg berbakatlaaa kak rinn gubah-menggubah ni hanya tgn2 yg berseni jekk yg buleh wat kije2 cenggini
tahniah tuk adik kak rinn..semoga berbahagia ke akhir hayat...
Sat 29-Nov-2008 15:07
Posted by:shima  - [Link]
oooo,,,dok kalut buat masjid rupanya,,,,,,
kesian,,,sampai demam2,,,,
apapun,,,,,Selamat Pengantin Baru,,,Semoga Kekal Bahagia........
Sat 29-Nov-2008 15:27
Posted by:Mohd Azhari Azizan  - [Link]
Tahniah, semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Cun pengantin perempuan, sepadan ngan adik kak rinn. Sat 29-Nov-2008 17:23
Posted by:zany
waaaa... patutla lama sangat Rinn menghilangkan diri ek.. rupa2 nya membuat persiapan untuk hari penuh bermakna untuk adik... ehemm ehemm.. encem lah adik lelalki awak tu Rinn ni kalau bab menggubah memang bagi la kat Rinn kan... menjadi aje... ingat lagi dulu entry Rinn gubah bunga buat jambangan letak kat rumah tu... kalau suruh kita gubah menggubah ni sure hancus heheh ...

re: kita sekadar berkongsi ilmu dengan rakan2 yang meminati bidang yang sama.... insyaAllah dapat meramaikan lagi usahawanita di kalangan orang2 kita ek

Daalia
http://lea-oven.blogspot.com/
Sun 30-Nov-2008 00:32
Posted by:Daalia  - [Link]
K rinn, cantik gubahan hantaran... Tahniah pada pasangan pengantin...handsome bangat adik k rinn nih...hehehehhee..... Sun 30-Nov-2008 00:35
Posted by:bungaros Oman  - [Link]
Kak Riinnn, Kak Riiinnn, patutlah sampai demam... mcm-mcm dibuatnya... hehe
re: mendy rice tu tak la "tak sedap" tapi compare dgn yg beli kedai...mcm lain je rasanya. sbnrnya abis jugak! hehe.
ps: adik kak rinn hensem, 'secocok sate' lah dgn wife dia
Sun 30-Nov-2008 01:59
Posted by:lee lin  - [Link]
kakrinn ni bukan je pndai memasak tapi berbakat mengubah juga rupa2nya, bertuahla sesiapa yg memiliki kakrinn ni, serba boleh. bukan sng nak siapkan barang hantaran ni, kena ada komitment tinggi jugak ni,patutla smpai demam.
selamat pengantin baru kpd kedua2 mempelai, sama cantik sama padan, moga berbahagia selamanya.
Sun 30-Nov-2008 09:59
Posted by:zaiy  - [Link]
Salam Rinn,

Bila tengok gambar Rinn rasa macam kenal pulak. Now I know, your sister Idayu is my friend.
Btw, I peminat tegar your fotopages.
Sun 30-Nov-2008 11:58
Posted by:misa
cantik gubahan2 yang dibuat tu, terutama nya sirih junjung! Sun 30-Nov-2008 12:30
Posted by:mummy jam  - [Link]
Eh....satu tukang "komen" tu tiba2 kata "huduh pengantin perempuan" tu apa kes?....tetiba kata mcm tu, cuba lah bermoral sikit....tak da baca punya orang!!!!! Sun 30-Nov-2008 13:37
Posted by:ah mat gebu  - [Link]
hi, Kak Rinn ni memang berbakat lah. Mon 1-Dec-2008 00:42
Posted by:june
TAHNIAH DPT ADEK IPAR RINN...AMBOI KACAK TUL ADEK RINN ERKK

DAH LER PANDAI MASAK PANDAI PLAK GUBAH HANTARAN NOO..
Mon 1-Dec-2008 02:51
Posted by:zai KuLiM  - [Link]
salam k.rinn.tahniah dpt adik ipaq baru.comel2 belaka pengantin.amboi k.rinn hantaran pun bukan main vogue lagi posing.cantik2lah k.rinn.berseni sungguh k.rinn nie. Mon 1-Dec-2008 03:16
Posted by:Chek Yam
Selamat pegantin baru buat adik Rinn. Semuga kekal ke anak cucu amin...
Berbakat jugak Rinn nie ye dalam bab gubah mengubah...bagi noor ini sudah cantik.Tak sabar nunggu entry selanjutnya sebab ahli keluarga noor semua dah kahwin sekarang tunggu giliran anak buah pulak...entah bila.
Mon 1-Dec-2008 03:21
Posted by:Noor  - [Link]
selamat pengantin baru untuk adik kak rinn...
cantik betul hantaran kak rinn... nampak professional betul...
lepas nih leh buat bisness hantaran plak...
Mon 1-Dec-2008 03:31
Posted by:eixora  - [Link]
comeyyy adik ipar kak rinn Mon 1-Dec-2008 03:55
Posted by:mrs.apple  - [Link]
cupcakes? visit me @ http://willywonka.fotopages.com Mon 1-Dec-2008 04:21
Posted by:willywonka  - [Link]
SALAM KRINN...TAHNIAH KAK DPT ADIR IPAR BARU.. CANTIKLA GUBAHAN HANTARAN AKAK..SAYA SUKE SGT NENGOKNYE..MCM PRO KAK..MMG BETULLA..HANDSOME ADIK AKAK TUH!!! Mon 1-Dec-2008 06:01
Posted by:rozamy  - [Link]
serba serbi cantik...i like!! Tahniah Rinn, dapat adik ipar baru..
Selamat pengantin baru to the beautiful couple..bagai pinang dibelah dua.
Mon 1-Dec-2008 06:11
Posted by:roylazim  - [Link]
ptt ler lama menghilang....kenduri besor ghopernyerr...
lawo la hantaran tu kakrin...pas ni leh ambik uoah lak yer..
ppsssttt...adikmu hensem mcm artis...alamak!!!!!..dah jd org pya daaa...ahaksss2..
Mon 1-Dec-2008 08:21
Posted by:jasmeen  - [Link]
UNTUK DIJUAL!!
Kami mempunyai perniagaan andaman yang beroperasi di rumah...Sekarang Ingin menjual barang2 pengantin, aksesori,baju2 dan kelengkapan andaman...sesiapa yang berminat atau baru mula menceburi bidang ini dialu-alukan...
Semua barangan masih baru dan ada yang masih belum digunakan..
Harga RM23,000-00 (nego)

Sila hubungi 012-2608297
Mon 1-Dec-2008 12:20
Posted by:puteri
salam taaruf kak rinn tahniah dpt adik ipar baru...moga jodoh mereka berkekalan ke akhir hayat, insya'Allah... lawa2 gubahan hantarannya...mmg berseni tangan kak rinn ni rupanya Mon 1-Dec-2008 20:04
Posted by:azian  - [Link]
Lu memang ada taste, wa suka itu sirih junjung, bukan senang nak mengubahnya bukan kerana hanya surf intenet tetapi tiada daya creativiti bole menghasilkan sebegitu cantik n simple nampak exclusive. Tue 2-Dec-2008 02:41
Posted by:misliha  - [Link]
kak rin orang banting ke...ke adik ipar orang banting?tahniah ek... Tue 2-Dec-2008 06:42
Posted by:liza
Selamat Pengantin Baru buat pasangan mempelai yang sama kacak dan jelita tu.. Ayu sungguh adik ipar Kak Rinn erk..

Tak sangka Kak Rinn pandai bab gubah menggubah ni.. Kagum Sab tengok hasilnya.. macam tempah kat kedai la.. hehehe.. Majlis pun meriah dan nampak 'mewah'... hehehe.. Sab suka lah set kasut dan handbag tu..
Tue 2-Dec-2008 11:43
Posted by:Sabrina  - [Link]
Selamat Pengantin Baru buat adik rinn...moga berbahagia
Mcmana jumpa kakliza semalam best tak...rugi kmal tak dapat join sekali..kmal ada jemput kliza datang rumah..kalau kebetulan rinn ada di a/star..jemput le sekali.
Tue 2-Dec-2008 13:21
Posted by:amal5041.fotopages.com  - [Link]
Salam k.rinn

Terima kasih, terima kasih & terima kasiiiiiiiih yang amat sgt + sori banget atas ape jua kekurangan dlm majlis yang lalu. June m'bayangkn if k.rinn x m'bantu mesti de yg 'patah kaki' kt umah tu. JASAMU DIKENANG, luvly hantaran tu sampai de bunga hias yg hilang but dpt juge june cari & dptkn balik. Mak & makcik2 june suke sume deco hantaran tu, june cume dgr puji2an je especially sireh junjung. June cube yg terbaik menjaga adik k.rinn seorg tu.. june tau june bukan la manusia yg purr..fect. Syukur alhamdulillah, june dpt 'ramai kakak' yg baik banget bile kahwin dgn org de keluarga besar ni sumenya bantu june lebih dewasa.

Salam & gud day k.rinn'z fan,

Terima kasih buat k.rinn'z fan for all ur wishes & doa either gud or bad, really appreciated it.. really! June doakan juge sume dlm keadaan yg sejahtera & bahagia hendaknya especially to my beloved s-i-l, k.rinn & luvly family.

Wassalam.

regards,
June
=^._.^=
Tue 2-Dec-2008 14:42
Posted by:June (ur s-i-l)
lawa hantaran yg u buat tu...

------------------------------------------------------
do visit us..
our photoblog: http://kasihabadi.fotopages.com
our official website: http://www.kasihabadi.com

want to be partners with KasihAbadi & advertize at our website? email us your banner: kasih.abadi@yahoo.com
limit to first 15 partners!!!
Wed 3-Dec-2008 05:26
Posted by:Elly  - [Link]
tahniah ye wat Kak -dapat adik ipar baru juga tahniah tuk pengantin..
wahh gubah sendri ye..mmg puas ati kan lagi2 tuk aidk tersayang
Wed 3-Dec-2008 09:40
Posted by:bibu@wilda  - [Link]
Alahai Rinn... ada orang jeles lerrr ngan adik ipar baru Rinn tu.. Ni mesti jeles ni.. hahahaha..

Hello unnamed.. kami pun jeles gak.. tapi jeles sebab Rinn dapat adik ipar yang cantik..bukan saja rupa paras.. tapi budi bahasa...
Wed 3-Dec-2008 13:00
Posted by:mamazieza
GET PAID !!! with no investment at all..JOIN us at: *******************************
http://www.millionaireprofit.blogspot.com
Wed 3-Dec-2008 20:21
Posted by:Millionaire  - [Link]
tahniah & slmt pengantin baru..
kreatif k-rinn ni..
bkn kreatif di dapur je..
Thu 4-Dec-2008 03:31
Posted by:srsfeqah  - [Link]
JUALAN MUTIARA DARI SABAH KHAS UNTUK WANITA
potongan harga dari 20% hingga 50% jika menjadi ahli sekali seumur hidup
http://jblnetwork.blogspot.com

layari juga
http://bonuspokok.blogspot.com
Thu 4-Dec-2008 04:22
Posted by:tokey mutiara  - [Link]
salam kak rinn,

Selamat Pengantin Baru moga kekal hingga ke syurga...sama cantik sama padan
bagai pinang di belah dua...gubahan kak rinn tip top ada kelas gituu... sweet & lovely
kena ngan pengantin perempuan.
Thu 4-Dec-2008 06:27
Posted by:nur  - [Link]
SALAM KAK RINN...1ST TIME NENGOK ENTRY AKAK TANPA MASAKAN...HEHHEEHE...
LAWALAH HANTARAN AKAK TUHHH...CHUNTEKK KALER TUHH....PENGANTIN PUN LAWA...SAMA PADANN....
SEMOGA BAHAGIA KE AKHIR HAYAT...
Thu 4-Dec-2008 07:33
Posted by:AZUE  - [Link]
hi kak rinn, tahniah dapat adek ipar baru, pengantin sama cantek sama padan.semoga berbahagia hendaknya.bracelet dan handbag itu memang ku suka... dan hantaran2 l\yang lain juga sangatla canteknya..betuah dapat kakak cam kak rinn.. Fri 5-Dec-2008 03:39
Posted by:cikwan  - [Link]
sama cantik sama padan. ada rupa k/rinn, adik k/rinn tu. ye lah nama pun adik kan hehehe...ye lah coz anak2 saya rupa agak berbeza kih kihkih. Fri 5-Dec-2008 04:44
Posted by:zanaz70  - [Link]
Salam Rinn...cantik2 sume hantaran yang Rinn buat tu..kreatif sekalik!! Elok juga Rinn letak kat fp ni, at least boleh jugak dijadikan panduan membuat dan menghias hantaran tu kan...mmg class!! Bertuahnya adik dapat akak2 macam Rinn ni...Hidangan pengantin wpun simple, tp bila dah letak dalam set Queen Anne tuh! waaahhhh, lagi berselera..kna pulak dgn hiasan segalanya.. Tahniah Rinn..!! Tue 16-Dec-2008 08:17
Posted by:ummi  - [Link]
hai..nk tny, u wat ke hntaran halwa betik tu?or u tempt kt someone?i berminat la..plz sent contct detail pd email i yer..tq=) Tue 4-Aug-2009 04:09
Posted by:ain
Askm...tumpang iklan ye.. kami andaman nasliana kini mengadakn promosi p'tunangan N p'kahwinan,. dan pada bakal pengantin yg sedang tercari2 pekej singah lah ke blog kami untuk keterangan lebih lanjut,http://nasliana.blogspot.com kami juga sedia mengikut bajet penganti... tq Tue 8-Dec-2009 18:06
Posted by:andaman nasliana
Hi kak Rin,
Boleh tumpang tanya kat mana sy boleh beli Halwa betik yg macam dalam gambar kawin diatas.... kalo boleh bg contact pun jadi la... tolong ye kak Rin..

tq
Mon 7-Jun-2010 06:12
Posted by:Liz
http://www.standardwatch.com/category-70-b0-Maurice-Lacroix.html replica Maurice Lacroix
http://www.standardwatch.com/category-71-b0-Montblanc.html replica Montblanc
http://www.standardwatch.com designer watches
http://www.standardwatch.com/category-73-b0-movado.html replica movado
Wed 28-Jul-2010 00:31
Posted by:replicahandbags  - [Link]
http://www.uggskensington.com UGG Kensington
http://www.uggskensington.com UGGs Kensington
http://www.uggskensington.com Cheap UGGs Kensington On Sale
Wed 10-Nov-2010 06:52
Posted by:ugg kensington  - [Link]
http://www.uggkensington.org/ UGG kensington
http://www.uggkensington.org/ UGGS kensington
Thu 11-Nov-2010 09:12
Posted by:ugg kensington  - [Link]
http://www.uggsdelaine.com/ ugg delaine
http://www.uggsdelaine.com/ uggs delaine
http://www.uggsdelaine.com/ugg-delaine-boots-c-5.html ugg delaine
Tue 23-Nov-2010 03:59
Posted by:ugg delaine  - [Link]
http://www.toghd.com/ GHD straighteners have becom/ e extremely popular over recent years, and whilst they may be more expensive than many otherhttp://www.toghd.com/ ghd straightening irons there are many women who refuse to use anything else once they have tried them.such as:
http://www.toghd.com/ GHD Babyliss
http://www.toghd.com/ GHD Benefit
Tue 7-Dec-2010 02:58
Posted by:GHD straighteners  - [Link]
http://www.uggkensington.co.uk UGG Kensington and so on. http://www.uggkensington.co.uk/ugg-amberlee-c-2.html UGG Amberlee http://www.uggkensington.co.uk/ugg-retro-cargo-c-3.html UGG Retro Cargo Tue 14-Dec-2010 03:38
Posted by:uggs on sale  - [Link]
http://www.uggkensington.co.uk UGG Kensington and so on. http://www.uggkensington.co.uk/ugg-amberlee-c-2.html UGG Amberlee http://www.uggkensington.co.uk/ugg-retro-cargo-c-3.html UGG Retro Cargo Tue 14-Dec-2010 03:38
Posted by:uggs on sale  - [Link]
Microsoft Office 2010 is the best software in the world.
Office 2010 is powerful!
Microsoft Office 2007 can give you more convenient life.
Buy Office 2007 you can get much convenience.
Office 2007 key is very convenient!
Office 2007 download is helpful!

Tue 8-Mar-2011 09:51
Posted by:Office 2007  - [Link]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

widgets01.bt.pidgintech.com