Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 9-Nov-2008 04:09 Email | Share | Bookmark
UDANG WANGI

Resipi asal
 
 
Baru ada peluang mencuba sesuatu yang ringkas dari buku masakan yang baru Rinn dapat masa birthday tempoh hari.. Kelihatan macam Sambal Tumis Udang yang biasa tetapi dari segi rasa ada sedikit perbezaan. Jom kita tengok gambar dan bahan-bahannya.




UDANG WANGI
Sumber : Buku Masakan Tradisi Halimah Shuib

Bahan-bahan:
300gm udang basah saiz sederhana/besar, dibersihkan dan dibelah belakang
Segenggam udang kering, direndam dan dirumbuk halus
3 sudu besar cili kisar
3 tangkai cili api, dicincang halus
3 tangkai DAUN KARI...
5 ulas bwg putih, dicincang halus
1/4 cawan air
Minyak masak utk menumis
Beberapa titis minyak bijan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bwg putih bersama daun kari.
2. Masukkan udang kering, cili kisar dan cili padi.
3. Tuangkan air dan kacau. Biar medidih.
4. Masukkan udang dan minyak bijan. Kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan hidang.




Agaknya nama resipi ini diambil bersempena dengan wanginya aroma udang kering dan daun kari dalam masakan ini. Memang ada kelainan daripada Sambal Tumis Udang yang biasa. Walaupun Rinn masak ini sebagai lauk untuk hidang makan tengahari tapi pada sebelah petangnya, sebab masih ada lebihan kami telah makan bersama pulut tanak. Jadilah pulut sambal udang.

Ok, selamat mencuba !!!


MINTAK MAAAAAAAF LAH BNYK2 DAN TERIMA KASIH KPD YG TELAH MENEGUR RINN PUNYA "TYPING ERROR"...NI SEMUA GARA-GARA NAK CEPAT TAPI MASIH NAK UPDATE FP NI JUGAK. DALAM KEPALA DOK PIKIR HAL LAIN... DAUN KARI YA, BUKAN DAUN KERING !!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net