Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 4-Nov-2008 04:52 Email | Share | Bookmark
ALMOND CHOC CHIPS BISCOTTI

Membakar
Siap dibakar utk dipotong
Potong guna pisau bergerigi
Potong leper-leper
Susun utk dibakar semula
Siappp....
Tetiba saja dear hubby minta Rinn buat Biscotti. Alaaaa...yg macam kat Starbucks tuu . Rinn pernah lah makan dua kali. Pernah juga buat biscotti ni dulu, kat sini. Resipi Biscotti ada pelbagai, terpulanglah kepada kita untuk memilih yang mana. Kali ini Rinn telah mencuba resipi yang asalnya dipanggil Chocolate Hazelnut Biscotti, tapi oleh kerana tiada hazelnut di dalam simpanan, Rinn telah menggantikannya dengan Almond nut..




ALMOND CHOC CHIPS BISCOTTI
Adapted from : Novice Baker

Bahan-bahan :

3 1/2 cwn tepung gandum (Resipi asal guna 2 1/4 cwn)
1/4 cwn serbuk koko
1 tsp soda bicabornat
1 cwn gula castor (Resipi asal guna 1 1/2 cwn)
1 tsp garam halus
1 1/2 cwn almond nuts
12 oz semisweet or bittersweet chocolate chips
3 biji telur (Resipi asal guna 4 biji telur)

Cara-cara :
1. Panaskan oven 175 darj cel. Alas dulang pembakar dgn grease proof paper. Ketepikan.
2. Pukul Telur dan gula hingga kembang.
3. Ayak tepung, soda bicarbonat, serbuk koko dan garam. Gaulkan sekali kacang & choc chips.
Masukkan dalam bancuhan telur dan gula. Gaul perlahan-lahan hingga membentuk doh.
Boleh tambah tepung sekiranya melekit di tangan.
4. Bahagikan doh kepada 3 bahagian. Bentukkan menjadi seperti roti panjang. Leperkan sedikit.
5. Letakkan atas dulang pembakar dan bakar selama 20min-25min.
6. Keluarkan dan sejukkan seketika. Potong leper setebal 1cm-2cm. Susun semula atas tempat pembakar dan bakar
sekali lagi untuk mengeraskannya selama 10min. Terbalikkan dan bakar selama 10min lagi.
7. Keluarkan dan sejukkan. Simpan dalam bekas kedap udara. Enak dimakan bersama kopi atau teh panas.



Jika diikut resipi yang asal doh yang terbentuk agak lembik dan melekit. Mungkin org tu silap tulis jumlah bahan. Sebab tu Rinn buat sedikit adjustment supaya dohnya boleh dibentuk seperti membuat roti. Masa pertama kali mencuba dulu, doh dia mudah dibentuk. Tu yang Rinn rasa macam ada sesuatu yg tak kena bila menguli doh pada kali ini.

Tidak mengapa, asalkan Biscotti ku menjadi. Kepada yg tak biasa makan boleh lah mencubanya. Kalau malas nak buat, boleh saja dapatkannya di Starbucks..bukan percuma ya tapi kena beli ler !! Biscotti ni seperti roti yang dibakar sehingga betul2 garing. Krup Krap Krup Krap kalau digigit. Awas kepada yang bergigi palsu, dikhuatiri akan terlekang gigi tu akibat biscotti yang agak keras. Kalau nak makan jugak, sila lah celup dalam kopi atau teh panas dulu yaa...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net