Want your
own Fotopage?






 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 26-Oct-2008 05:45 Email | Share | Bookmark
KUE TEOW SUP HOR FUN

 
 
 
Kami suka order makanan ini kalau kami ke White Coffee. Kalau tak silap, dalam menu ditulis sebagai Hor Fun Mee. Anehnya, walaupun disebut Hor Fun Mee tetapi ia menggunakan kue teow. Yang ini adalah hasil olahan Rinn setelah dibelek-belek rasanya semasa menikmati hidangan itu beberapa kali di White Coffee...



KUE TEOW SUP HOR FUN

Bahan-bahan:

Sebungkus kuew teow (600gm)
2 potong bahagian dada ayam
10 ekor udang besar
10 biji bebola ikan
5 batang crab sticks
3 biji bawang putih
Sedikit minyak utk menumis
1 camca teh lada putih
Air secukupnya
Sedikit minyak bijan
Garam & gula secukup rasa
Daun kucai
* Kalau nak lebih rasa ayam, boleh masuk 1 kiub ayam. Rinn tak bubuh ya....

Cara-cara:
1. Celur kuew teow hingga lembut. Ketepikan.
2. Panaskan periuk, tumiskan bawang putih hingga agak layu. Masukkan lada putih dan kacau.
3. Tuangkan air secukupnya untuk dijadikan sup. Biarkan mendidih.
4. Masukkan ayam. Apabila ayam dah masak, keluarkan dan sejukkan. Carik-carikkan ayam.
5. Masukkan udang, bebola ikan dan crab stick ke dalam sup ayam tadi.
6. Perasakan dgn garam dan gula. Tambahkan beberapa titis minyak bijan.
7. Ambil sebahagian kue teow yg dicelur tadi dan bubuh ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah sup.
Taburkan ayam dan daun kucai. Lebih sedap jika dihidang bersama sambal kicap.

Bukan nak mendabik dada tapi gembira sebab tak perlu nak kecek resipi kat orang-orang White Coffee .. Kalau kecek pun sure tak dapat punya. Lagi pun resipi ni tak de lah sesukar mana pun. boleh dicuba sendiri. Macam biasalahkan.. kalau makan di Kopitiam tu, dapat sikit aje. Kalau buat sendiri boleh hentam sampai bluuurrrrrrppppp.....

Selain menu tu, suka juga bread toastnya yg warna koko, dicicah dengan kari ayamnya. Sebagai dessert, apa lagi kalau bukan coffee lava ice-cream. Minum...apa-apa aje yg terlintas di fikiran.. Itulah kerja kami kalau pi dating for supper kat White Coffee bila anak-anak tidur awal..jangan mare !!!! Boleh lepak sampai pukul satu pagi..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net