Want your
own Fotopage?







 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 21-Oct-2008 07:00 Email | Share | Bookmark
WAJAH-WAJAH HARIJADI SEPT & OKT 2008, KEK COKLAT LEMBAP M'SIA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Minta maaf banyak-banyak wahai anak-anak. Tak sempat nak buat entry pada jatuhnya hari lahir tempoh hari. Ni kira sebagai entry tertunda yaa...



Kita share resipi Kek Coklat Lembap Malaysia yang Rinn buatkan untuk Alya. Kek ini dibuat sehari sebelum hari ulangtahunnya 13hb Okt 2008 sebab dia ada majlis sambutan Hari Raya dan Harijadi bagi kawan-kawan sekelas yang lahir pada bulan Oktober. Diorang buat potluck raya dan birthday sekaligus.



KEK COKLAT LEMBAP MALAYSIA
Sumber : Indon2.com

Bahan-bahan :
250gm mentega
1 1/2 cawan gula castor
2 cawan tepung kek (or tepung naik sendiri)
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan air sejuk (dari petiais)
1 camca teh esen vanilla
3 biji telur gred A atau 4 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Ayak tepung dan serbuk koko. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, anggaran 30 saat antara setiap satunya.
Pukul sederhana laju.
4. Perlahankan pukulan, masukkan tepung diselang-selikan dengan susu cair.
5. Masukkan esen vanilla.
6. Masukkan air ais dan gaul sekadar sebati.
7. Tuang dalam loyang 9in x 9in yang telah digris dan dilapik dasarnya.
8. Bakar pada suhu 170 darj cels selama 1 jam atau sehingga masak.

Topping:

250 gm cooking chocolate
3 sudu besar susu cair
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar margerin atau butter.

Cara-cara:

1. Larutkan susu pekat ke dalam susu cair.
2. Masukkan cooking chocolate dan cairkan menggunakan double boiler.
3. Apabila chocolate menjadi cair, masukkan margerin atau mentega dan kacau hingga sebati.
4. Tuang di atas kek yang telah sejuk dan ratakan.


Rinn pinjam sepotong kek Alya untuk amik gambar sebab pagi-pagi tu dia dah ready nak bawak pi sekolah. Rinn buat kek tu pun dah pukul 1.30pagi. Buat ganachenya siap2 dan sapu. Di subuh hari potong siap2 sebab Alya tak mau bawak sebijik kek besar. Pulak dah.. Katanya nanti mesti bnyk kek dan makanan. Apa-apa aje lah nak oooiiii.....

Ken sambut hari lahir pada bulan puasa. Rinn buat kek sponge vanilla topping dengan whip cream dan buah peach.




Marisa sambut hari lahirnya betul-betul pada malam raya 30hb Sep 2008. Semua orang sibuk masak ketupat rendang, isi kuih raya dan berkemas apa yang patut di rumah nenek. Jadinya kek Marisa beli aje di kedai. Deconya cair akibat duduk lama sangat dalam kereta . Cuaca siang harinya panas sangat.



Masa bday Alya cuma tinggal kami berempat beranak di rumah. Ayahnya pun tiada, keluar daerah. So, beberapa hari lalu bila ayahnya balik, ayah belanja makan di Chicken Rice Shop...Kok Kok Kok Koooooookkk...


Quote:
1.Hajar : Wsalam. Tq Hajar atas ucapan
2.wanzee : Wsalam. Tq juga atas semua ucapan.
3.wawa salwa : Tu yg tak sempat masukkan entry awal2 sbb berderet2 heh heh. Oppss..nanti Krinn jenguk ya projek amal wawa tuu
4.MaMaAiNa : Celebrate kecil2an dan biasa2 aje. Ha ah laa... elok bersahabat dari kecil, saling kenal dan dapat memahami jiwa dan hati masing2..
5.MaDiHa : Sampai dah tak larat makan kek...tapi buat jugak !!! Terima kasih atas segala doa MaDiHa ya.
6.zai@umiaimanzulfaqar : Wsalam. Buat kek yg biasa-biasa aje. Kalau nak lukis kartun2 tu siang2 angkat bendera
7.chendana : Tak pe..anak2 punya pasal, buatkan ajelah Ha. Asalkan diorang gembira, kita Ok jer. Ayam pencen berkokok tu !!
8.amal5041 : Aiseyy..k amal pun terrer buat kek jugak. Boleh lukis2 lagi kann. Kesiannya...mcm mana laaa diorang boleh lupa bday mama depa ekk...
9.srsfeqah : Kek biasa2 aje...
10.mummy jam : Kalau tak buat pun diorang sure tanya heh heh heh.
11.Leila Daniel : Tu diaaa... punyer google resipi CMC sampai merata dunia dia mencari ya !! Rinn pun kalau buat CMC, jarang stick to one, mesti nak cuba dari pelbagai sumber. Sedap sgt ke CMC Betty Crocker?? Nanti Rinn try carik...
12.ah mat gebu : Tq che mat. Isshhhh....mana ada !! Kek Rinn sempoi jer. Tak reti nak deco maut-maut punyer. Lebih simple, lebih mudah dan pasti semua dimakan...kalau bericing-icing tu pastinya kena sodok..tinggal kek aje yg dimakan. Whip cream tu ok lagi.... CMC mmg pujaan ramai !!!
13.MamaFaMi : Tq mama Diorang lah racun..dioranglah penawar hu hu hu.
14.bibu@wilda : Tq bibuwilda. Setuju sgt.. yg penting kita ingat. Kalau lupaaa...mampuih !!!
15.Haniss : Tq Haniss. Nak wat mcm mana. Balik raya di kg biasalah kena gotong royong masak ketupat rendang. Nak buat kek tak sempat, lagipun tak de bahan2 mcm kat umah sendiri !!
16.Aliza : Tu lah pasal. Rasa mcm baru buat kek..ek ehh..tetiba nak kena buat pulak !!! Apa2 pun thx 4 da wishes
17.Roszana : Tq Ana. Ha ah..bila tgk anak2 dah besar terasa diri pulak yg makin berusia heh heh heh..
18.inassally : Wsalam lina. Tq atas semua ucapan dan doa. Alhamdulillah kalau resipi tu sedap, boleh jadik a keeper. Krinn mmg suka kek oren tu jugak.
19.jeff : Hah Hah Hah...kek pun bole memanggil2 ya !!!
20.shima : Tq shima atas ucapan. Kek2 all time feveret jer tuu. Kalau nak yg maut2 punya deco..siang2 surrender.
re : Krinn rasa mungkin adunan tepung shima kuang tepung atau pun terlebih butter atau minyak. Sebab bila dia lembik, dua adunan tepung2 tu akan lebih mudah melekat dan bercampur antara satu sama lain. Cuba bagi jgn terlalu lembut ya.
21.Mas estiem79 : Wsalam. Whip cream tak payah tambah gula sebab dah manis. Kalau whip cream yg dah dipukul kembang then ditambah gula, ia akan jadi cair dan berketul semula. Cuba cari brand Anchor atau Rich. Pukul setakat ia kental. Kalau terlebih pukul, ia akan lembut dan mungkin mencair semula. Seeloknya guna bekas metal dan sejuk.
22.unnamed : Wsalam. Oh ye ke? Sama bday ya. Alhamdulillah menjadi, ada juga ketikanya kantoi..tapi seboleh2nya tak dibuang, cuba olah dan jadikan makanan lain agar tidak membazir.
23.asihah@ummiaqil : Wsalam. Tq for da whishes ya.
24.Lee Lin : Bukan setakat cheeky..mulut pun boleh tahan mcm upin & ipin !!! Tq for da wishes ya.
25.Mamasya : Tq mamasya. Sila lah cuba CMC tu. Krinn mmg suka mencuba dari pelbagai sumber.
26.dapurimpian : Wsalam kzai. Tq atas ucapan dan doa tuuu.
27.roylazim : Tq so much kroy.
28.rozamy : Tq rozamy. Cubalah kek tu...nak bagi rasa pun hmmmmmmm....tak upaya nak hulur kat screen monitor tuu !!
29.myhealthcaremia :
30.kak jie jie : Tq kak jie jie. Buat kek span topping buah peach tu sbb bulan posa laaa.... kek lain tak berapa terliur !!
31.Noor : Cubalah kek tu, insyaAllah hasilnya pasti tak mengecewakan. Dan terima kasih atas ucapan. Dah jadik tradisi, mmg kena ada kek sebijik utk setiap seorang. Dulu2 selalu beli aje..tapi bila dah boleh buat sendiri, lebih selesa buat saja.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net